Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL- KAFI #1043: HUKUM KHATAN WANITA JIKA ADA DHARURAT
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL- KAFI #1043: HUKUM KHATAN WANITA JIKA ADA DHARURAT

Download PDF

khatan w.JPG

SOALAN

Isteri saya memeluk Islam sebelum saya menikahinya. Apabila saya bawa isteri saya berjumpa dengan doktor untuk dikhatankan, doktor memaklumkan sekiranya dilakukan khatan, akan berlaku pendarahan. Oleh itu, saya memohon pandangan mufti?

 

JAWAPAN

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan ke atas ahli keluarga, isteri-isteri baginda dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari akhirat.

Hukum Asal Bagi Khatan Wanita

Persoalan berkaitan khatan ini telah kami jawab secara umumnya di dalam sebuah artikel kami sebelum ini, yang bertajuk Al-Kafi #419: Hukum Berkhatan Bagi Kaum Wanita[1]. Di dalam artikel tersebut, kami telah nyatakan dengan jelas bahawa berkhatan bagi wanita adalah wajib. Kewajipan berkhatan ini dapat dilihat melalui hadis yang disebutkan oleh Aishah R.anha:

وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ

Maksudnya: Apabila masuk bahagian yang telah khatan (zakar) dengan bahagian yang telah khatan(faraj), maka diwajibkan untuk mandi (junub).

Riwayat Muslim (349)

Berdasarkan hadis di atas secara tidak langsung menunjukkan bahawa orang Islam sama ada lelaki atau perempuan diwajibkan untuk berkhatan. Dalam mazhab al-Syafie, hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib mengikut pendapat yang masyhur dan seperti mana yang diputuskan oleh Imam al-Syafie. Imam al-Rafie daripada Syafieyyah ada menyebutkan suatu wajah (pendapat) dalam mazhab Syafie bahawa hukumnya sunat ke atas wanita, tetap pendapat ini dianggap syadz (ganjil).
Imam Ahmad turut menyatakan kewajipannya tetapi Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan majoriti ulama menyatakan ianya sunat. Rujuk Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/300-301).

Selain itu, sudah menjadi suatu perkara yang diterima secara adat di dalam masyarakat Islam di nusantara untuk mengkhatankan bayi perempuan. Maka, adat ini sudah menjadi suatu kemestian di dalam masyarakat melayu dan diterima sejak dahulu lagi. Maka, Islam sebagai agama yang menyeluruh turut mengangkat adat dan budaya yang tidak bertentangan dengan syarak. Ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah yang masyhur, yang menyebutkan:

العَادَة مُحَكَّمَة

Maksudnya: Adat (budaya) boleh menjadi hukum

Isu khatan wanita ini juga turut disebutkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia[2], apabila beliau mengesahkan bahawa berkhatan yang diamalkan di negara ini, tidak sama dengan berkhatan yang ditentang masyarakat antarabangsa yang dikenali sebagai  amalan pemotongan genitalia wanita (FGM). 

 

Namun begitu, seperti mana yang dimaklumkan oleh yang bertanya, seandainya dilakukankhatan akan menyebabkan pendarahan maka perlu untuk kita memahami bahawa Islam turut meraikan keadaan-keadaan darurat. Ini bertepatan dengan prinsip Islam yang rahmat kepada setiap isu, masalah dan individu. Sesungguhnya setiap yang disyariatkan oleh Allah SWT itu tidaklah bertujuan untuk menyusahkan manusia. Begitu juga dengan setiap kesusahan dan darurat yang tertimpa ke atas manusia, pasti akan diberikan jalan keluar. Hal ini jelas, apabila terdapat begitu banyak dalil daripada Al-Quran sendiri yang membuktikan Islam itu agama yang memudahkan umatnya, antaranya:

Firman Allah SWT:

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Surah al-Baqarah: 286

Firman Allah SWT:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya: Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu.

Surah al-Taghabun: 16

Firman Allah SWT:

مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ

Maksudnya: Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan.

 

Surah al-Maidah: 6

Firman Allah SWT:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

Maksudnya: Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.

Surah al-Haj: 78

Firman Allah SWT:

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Maksudnya: Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

Surah al-Baqarah: 185

Jelaslah, berdasarkan firman-firman Allah yang disebutkan, bahawa Islam bukanlah agama yang zalim ke atas umatnya. Seiring dengan sifat Al-Rahman dan Al-Rahim, iaitu maha mengasihani dan maha menyayangi ke atas hamba-hambanya, Islam tidak sesekali memaksa perkara yang yang menyebakan kesakitan apatah lagi perkara yang boleh membawa kepada maut. Terdapat kaedah fiqhiyyah lain yang menyebutkan:

المَشَقَّة تَجْلِبُ التَّيْسِير

Maksudnya: Kesusahan akan membawa kepada kemudahan.

 

Kesimpulan

Berdasarkan nas dan hujah di atas, kami berpendapat di dalam masalah ini, apabila doktor atau pakar perubatan mengesahkan bahawa sekiranya dilakukan khatan itu, akan menyebabkan pendarahan yang teruk, maka kami berpendapat tidak perlu untuk berkhatan.

Walaupun, berkhatan itu adalah wajib, tetapi apabila terdapat kes-kes tertentu yang tidak dapat dilakukan, maka kami memilih untuk mengatakan tidak perlu berdasarkan pendapat jumhur yang mengatakan khatan wanita adalah sunat.

Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah untuk kita memahami dan mengamalkan syariat-Nya.

[1] http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1336-al-kafi-419-hukum-berkhatan-bagi-kaum-wanita?highlight=WyJraGF0YW4iXQ==

[2] http://www.astroawani.com/berita-malaysia/khatan-bayi-perempuan-di-malaysia-berbeza-dr-dzulkefly-191357

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Download PDF

Check Also

AL-KAFI #1158: SOLAT JENAZAH GHAIB KEPADA WARGA MUSLIM NEW ZEALAND

Soalan Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti, bolehkah kita solat jenazah ghaib kepada warga Muslim New …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *