Home / darulkautsar.net / Hadis Online / Status Hadis / Hadis Palsu Berkaitan Azan Dan Qamat
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Hadis Palsu Berkaitan Azan Dan Qamat

1. Menyapu Dua Jari Telunjuk Pada Kedua Mata Sewaktu Mendengar Ucapan Muazzin

Ertinya: Mengusap kedua mata dengan bahagian dalam dari kedua ibu jari kemudian keduanya dicium sambil mengucapkan “Asyhadu Anna Muhammad Abduhu Wa Rasuluhu Radhitu Billahi Rabban Wabil Islami Dinan Wa Bimuhammadin Sallallahhu Alaihi Wassalam Nabiyan” ketika mendengar ucapan muazzin ” Asyhadu Muhammadan Rasullullah”

Dalam riwayat lain dikatakan bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a. ketika mendengar muaazin mengucapkan “Asyhadu Anna Muhammadar Rasullullah” beliau telah mengucapkan sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin sambil mencium bahagian dalam dari kedua jarinya lalu beliau usapkan pada kedua matanya . Ketika melihat perbuatan Abu Bakar itu , maka Rasullullah s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang melakukan seperti kekasihku (Abu Bakar) maka pasti dia akan mendapat syafaatku”.

Penjelasan – Hadis ini Dhaif (Tidak sahih)

Diriwayatkan oleh Abdul Abbas tetapi ada dalam sanadnya rawi – rawi yang majhul dan ada pula yang munqathi’.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu – Imam Bukhari – Syk Nurulhas – m.s. 18

Check Also

Benarkah Taubat Nabi Adam Diterima Kerana Bertawasul?

Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya   Tawasul kepada orang yang soleh, terutamanya Rasulullah s.a.w. dipercayai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *