Home / darulkautsar.net / Hadis Online / Lanjutan / Rijalul Hadits / MUHAMMAD BIN BASYSYAR
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

MUHAMMAD BIN BASYSYAR

Disediakan oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya

 

Muhammad bin Bashshar bin ‘Uthman bin Daud bin Kaysan al-‘Abdi. Kuniahnya Abu Bakr al-Basri dan gelarannya, Bundar (seorang yang sangat kuat ingatan). Dipanggil demikian kerana beliau seorang hafiz yang banyak meriwayatkan hadis. Beliau dilahirkan pada tahun 167H.

Guru-Gurunya

Ibrahim bin ‘Umar bin Abu al-Wazir, Azhar bin Sa’d al-Samman, Umayyah bin Khalid, Badl bin al-Muhabbar, Bisyr bin al-Wadhdhah, Bahz bin Asdam, Ja’far bin ‘Awn, Hajjaj bin Minhal, Harami bin ‘Umarah, Hammad bin Mas’adah, Khalid bin al-Harith, Rauh bin ‘Ubadah, Salim bin Nuh, Abu Zaid Sa’id bin al-Rabi’ al-Harawi, Sa’id bin, ‘Amir al-Dhuba’i, Sahl bin Yusuf, Yazid bin Zuray`, Mu’tamir bin Sulaiman, Marhum bin ‘Abdul ‘Aziz al-‘Attar, ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abd al-Samad al-‘Ammi, Ghundar, Yahya bin Sa’id, ‘Abd al-Wahhab al-Thaqafi, ‘Umar bin ‘Ali, Al-Tufawi, Bahz bin Asad, ‘Abdul Rahman bin Mahdi, Mu’az bin Mu’az, Mu’az bin Hisham, Yazid Ibn Harun, Waki’ dan ramai lagi.

Perawi Yang Mengambil Riwayat Daripada Beliau:

Pengarang-pengarang Sunan Sittah, Abu Zur’ah, Abu Hatim, Ibrahim al-Harbi, Baqiyy bin Makhlad, ‘Abdullah bin Ahmad, Abu al-‘Abbas al-Sarraj, Ibn Khuzaimah, Zakariya al-Saji, al-Qasim bin Zakariya al-Mutarriz, Yahya bin Sa’id, Muhammad bin al-Musayyab al-Arghiyani, al-Baghawi, Ibn Abi Daud, Muhammad bin Isma’il al-Basalani, al-Hasan bin ‘Ali al-Tusi, ‘Abdullah bin Najih dan ramai lagi. (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala`, jil. 12, hal. 145)

‘Abdullah bin Ja’far bin Khaqan al-Marwazi berkata, saya mendengar Bundar berkata: “Saya mahu keluar mengembara (mencari ilmu hadis) tetapi ibu saya menghalang saya (kerana uzurnya) lalu saya taat kepadanya dan kerananyalah saya mendapat keberkatan. (al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, jil. 1, hal. 102, al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala`, jil. 12, hal. 145)

Abu Bakr Ibn Khuzaimah berkata, saya mendengar Bundar berkata: “Saya berulang alik menemui Yahya bin Sa’id al-Qattan (untuk mempelajari hadis) selama lebih dari dua puluh tahun.” Beliau berkata: “Sekiranya Yahya hidup lebih lama dari tempoh tersebut tentu saya akan dapat mendengar banyak lagi hadis darinya.” (al-Mizzi, Tahzib al-Kamal, ji. 24, hal. 514)

Ini menunjukkan kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu hadis dan ketekunannya dalam mengambil riwayat dari seorang guru. Seorang ahli hadis yang lama mendampingi seorang syeikh (mulazamah al-shaykh) dikatakan sebagai seorang yang mahir tentang hadis-hadis gurunya dan ini membuktikannya sebagai seorang yang dhabit ya’ni mempunyai penjagaan dan ketepatan yang sempurna terhadap hadis-hadisnya.

Sanjungan Terhadap Beliau

Abu al-Husain ‘Abdullah bin Muhammad bin Yunus al-Simnani berkata: “Ahli Basrah mengutamakan (hadis riwayat) Abu Musa daripada Bundar. Manakala penduduk Ghurba` mengutamakan Bundar daripada Abu Musa.”

Al-Khatib al-Baghdadi berkata: Abu ‘Ali ‘Abdul Rahman bin Muhammad bin Ahmad bin Fadhalah al-Hafiz berkata: saya mendengar Yusuf bin Muhammad al-Tusi katanya, saya mendengar Muhammad bin Musayyab, katanya saya mendengar Bundar berkata: “Orang ramai meminta saya mengajar hadis ketika itu saya berusia 18 tahun dan saya merasa malu untuk menyampaikan hadis kepada mereka di Madinah. Lalu saya membawa mereka keluar ke kebun dan menjamu mereka dengan rutab (buah tamar yang masak) dan saya pun menyampaikan hadis kepada mereka.

Imam Ibn Khuzaimah dalam kitabnya, al-Tawhid menyatakan: “Imam ahli zamannya dalam ilmu dan hadis, Muhammad bin Bashshar telah meriwayatkan kepada kami.”

Abu al-Fath al-Azdi berkata: “Orang ramai menulis hadis daripadanya dan mereka menerimanya dengan baik. Tajrih ke atasnya oleh Yahya dan al-Qarawi tidak memberi kesan terhadapnya. Saya tidak pernah melihat seorang pun yang menyebutkan tentangnya melainkan dengan kebaikan dan kebenaran. (ibid)

Check Also

Ja’far bin Sulaiman al-Dhuba’i al-Basri

Beliau seorang yang benar, zahid tetapi mempunyai fahaman Syiah. Ahmad berkata: Dia tidak mempunyai masalah. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *