Home / darulkautsar.net / Hadis Online / Lanjutan / Rijalul Hadits / ABDULLAH BIN YUSUF AL-TINNISI
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

ABDULLAH BIN YUSUF AL-TINNISI

Disediakan oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya

 

Abu Muhammad al-Kala’i al-Misri

Beliau berasal dari Dimasyq kemudian menetap di Tinnis. Keutamaannya dalam bidang hadis diakui sebagai seorang imam hadis yang mutqin (kuat hafalannya), teguh (kemas dalam periwayatannya) dan tekun dalam bidangnya.

Guru-guru;

  1. Isma’il bin Rabi’ah bin Hisyam bin Ishaq bin Kinanah
  2. Isma’il bin ‘Ulayyah
  3. Bakr bin Mudhar
  4. Al-Hakam bin Hisyam al-Thaqafi
  5. Khalid bin Yazid bin Soleh bin Sobih al-Murri
  6. Sa’id bin Basyir
  7. Sa’id bin ‘Abdul ‘Aziz
  8. Salamah bin al-‘Ayyar
  9. Sodaqah bin Khalid
  10. ‘Abdullah bin Salim al-Himsi
  11. ‘Abdullah bin ‘Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir
  12. ‘Abdullah bin Lahi’ah
  13. ‘Abdullah bin Wahb
  14. ‘Abdul Rahman bin Abi al-Rijal
  15. ‘Abdul Rahman bin Sulaiman bin Abi al-Jaun
  16. ‘Abdul Rahman bin Maisarah al-Kalbi
  17. ‘Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir
  18. ‘Ali bin Sulaiman bin Kaisan al-Kaisani
  19. ‘Isa bi n Yunus
  20. Kulthum bin Ziyad al-Muharibi
  21. Al-Laith bin Sa’d
  22. Malik bin Anas
  23. Muhammad bin Muhajir
  24. Abu Muti’ Mu’awiyah bin Yahya al-Atrabulusi
  25. Mughirah bin Mughirah al-Ramli
  26. Al-Haitham bin Humaid
  27. Al-Walid bin Muhammad al-Muwaqqiri
  28. Al-Walid bin Muslim
  29. Yahya bin Hamzah al-Hadhrami

Murid-murid;

  1. Muhammad bin Isma’il al-Bukhari
  2. Ibrahim bin Hani` al-Nisaburi
  3. Ibrahim bin Ya’qub al-Jawzajani
  4. Ahmad bin ‘Abdul Wahid
  5. Ishaq bin Sayyar
  6. Isma’il bin ‘Abdullah al-Asbahani
  7. Bakr bin Sahl al-Dimyati
  8. Habusy bin Rizqullah al-Misri
  9. Harmalah bin Yahya
  10. Al-Hasan bin ‘Abdul Aziz
  11. Al-Rabi’ bin Sulaiman
  12. ‘Abdullah bin al-Husain al-Missisi
  13. ‘Ali bin ‘Abdul Rahman bin al-Mughirah
  14. ‘Ali bin ‘Uthman al-Nufaili
  15. ‘Umar bin Mudhar al-Dimasyqi
  16. ‘Amr bin Mansur al-Nasa`i
  17. Al-Laith bin ‘Abdah
  18. Abu Hatim Muhammad bin Idris al-Razi
  19. Muhammad bin Ishaq al-Saghani
  20. Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Rahim bin al-Barqi
  21. Muhammad bin Muhammad bin Mus’ab al-Suri
  22. Muhammad bin Yahya al-Zuhali
  23. Musa bin ‘Isa bin al-Munziral-Himsi
  24. Yahya bin ‘Uthman bin Soleh al-Misri
  25. Yahya bin Ma’in
  26. Ya’qub bin Sufyan al-Farisi
  27. Abu Yazid Yusuf bin Yazid al-Qaratisi

(al-Mizzi, Tahzib al-Kamal, jil. 16, hal. 333-334)

Riwayat-riwayat Abdullah bin Yusuf al-Tinnisi boleh didapati dalam Sahih al-Bukhari, Sunan Abi Daud, Jami’ al-Tirmizi dan Sunan al-Nasa`i.

Selain itu, ‘Abdullah bin Yusuf adalah seorang perawi kitab Muwatta` yang terkenal.

Yahya bin Ma’in berkata: “Orang yang paling teguh dalam periwayatan al-Muwatta` ialah ‘Abdullah bin Yusuf dan al-Qa’nabi. Beliau juga berkata: “Tidak ada yang tinggal di bumi orang yang lebih dipercayai dalam al-Muwatta` berbanding dengan beliau, ya’ni ‘Abdullah bin Yusuf.

Abu Mushir berkata: “Beliau mendengar kitab al-Muwatta` bersama saya pada tahun 166. (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala`, jil. 10, hal. 358)

Check Also

Ja’far bin Sulaiman al-Dhuba’i al-Basri

Beliau seorang yang benar, zahid tetapi mempunyai fahaman Syiah. Ahmad berkata: Dia tidak mempunyai masalah. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *