Home / darulkautsar.net / Hadis Online / Lanjutan / Hadits Dhaif Dan Maudhu` / KEPALSUAN RIWAYAT HURU HARA BULAN RAMADAN
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

KEPALSUAN RIWAYAT HURU HARA BULAN RAMADAN

 

حدثنا أبو عمر عن ابن لهيعة قال حدثني عبد الوهاب ابن حسين عن محمد بن ثابت البناني عن أبيه عن الحارث الهمداني عن ابن مسعود رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه و سلم قال إذا كانت صيحة في رمضان فإن يكون معمعة في شوال وتميز القبائل في ذي القعدة وتسفك الدماء في ذي الحجة والمحرم وما المحرم يقولها ثلاثا هيهات هيهات يقتل الناس فيها هرجا هرجا قال قلنا وما الصيحة يا رسول الله قال هذه في النصف من رمضان ليلة جمعة فتكون هذه توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العواتق من خدورهن في ليلة جمعة في سنة كثيرة الزلازل فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة فادخلوا بيوتكم واغلقوا أبوابكم وسدوا كواكم ودثروا أنفسك وسدوا آذانكم فإذا حسستم بالصيحة فخروا لله سجدا وقولوا سبحان القدوس سبحان القدوس ربنا القدوس فإن من فعل ذلك نجا ومن لم يفعل ذلك هلك

Nu’aim bin Hammad berkata Abu ‘Umar daripada Ibn Lahi’ah katanya ‘Abdul Wahhab bin Husayn menceritakan kepada saya daripada Muhammad bin Thabit al-Bunani daripada ayahnya daripada al-Harith al-Hamdani daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu… “Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa.”

 

Penilaian

Hadis ini diriwayatkan oleh Nu’aim bin Hammad dalam kitabnya al-Fitan, hal. 228 dan disebutkan oleh ‘Ali al-Muttaqi dalam kitabnya Kanz al-‘Ummal.

Lima orang berturut-turut dalam sanad ini tidak mengikut kaedah penerimaan riwayat hadis.

Pertama, pengarang kitan al-Fitan sendiri. Al-Nasa`i mengatakan beliau tidak thiqah. Al-Zahabi menyatakan tidak harus berhujah dengannya, dan beliau menulis kitab al-Fitan dan membawanya di dalamnya pelbagai keajaiban dan kepelikan dan hadis-hadis yang munkar. (Siyar A’alam al-Nubala`, jil. 10, hal. 609)

Kedua, guru kepada Nu’aim, Abu ‘Umar. Berdasarkan kepada sanad lain, namanya ialah Hammad bin Waqid al-Saffar. Al-Bukhari menghukumkannya sebagai munkar hadis.

Ketiga, Abdullah bin Lahi’ah, seorang yang terkenal dengan kedaifannya setelah mana kitab-kitabnya telah terbakar.

Keempat ‘Abdul Wahhab bin Husain. Seorang yang tidak dikenali melainkan dengan sanad yang dhaif ini sahaja.

Kelima, Muhammad bin Thabit al-Bunani, seorang yang dhaif.

Keenam, al-Harith bin ‘Abdullah al-A’war al-Hamdani. al-Sha’bi menyatakan bahawa beliau salah seorang pendusta. (Kitab al-Du’afa` al-Kabir, jil. 1, hal. 226)

Kesimpulannya, hadis ini tidak sahih dan sanad ini amat lemah dan hampir kepada maudhu’ kerana berturut-turut diriwayatkan oleh para perawi yang dhaif lagi munkar hadis,

Check Also

Hadis Maudhu- Kemunculan Dan Usaha Ulama Menanganinya

Share...TwitterPrintPinterestLinkedinFacebookDigg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *