Home / darulkautsar.net / Hadis Online / Lanjutan / Hadis Mutawaatir / HADIS MUTAWATIR: SESIAPA YANG DITANYA TENTANG ILMU LALU DIA MENYEMBUNYIKANNYA
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

HADIS MUTAWATIR: SESIAPA YANG DITANYA TENTANG ILMU LALU DIA MENYEMBUNYIKANNYA

Disediakan oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya

 

Hadis Abu Hurairah melalui tariq ‘Ata`:

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ الْحَكَمِ عَنْ عَطَاءٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya pasti Allah akan mengenakannya dengan kekangan dari api neraka pada hari Kiamat.” (Abu Dawud)

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ بُدَيْلِ بْنِ قُرَيْشٍ الْيَامِيُّ الْكُوفِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ زَاذَانَ عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحَكَمِ عَنْ عَطَاءٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ عَلِمَهُ ثُمَّ كَتَمَهُ أُلْجِمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu yang diketahuinya lalu dia menyembunyikannya pasti dia akan dikenakan dengan kekangan dari api neraka pada hari Kiamat.” (al-Tirmizi)

Imam al-Tirmizi berkata:

وَفِي الْبَاب عَنْ جَابِرٍ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ

“Dalam bab ini ada diriwayatkan daripada Jabir, ‘Abdullah bin ‘Amar. Abu ‘Isa berkata: “Hadis Abu Hurairah adalah hadis hasan.”

أخبرنا عبد الله بن محمد الأزدي قال حدثنا إسحاق بن إبراهيم قال أخبرنا النضر بن شميل قال حدثنا حماد بن سلمة عن علي بن الحكم البناني عن عطاء بن أبي رباح عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من كتم علما تلجم بلجام من نار يوم القيامة

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menyembunyikan ilmu pasti dia akan dikenakan dengan kekangan dari api neraka pada hari Kiamat.” (Sahih Ibn Hibban)

حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْحَكَمِ عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أُلْجِمَ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya pasti dia akan dikenakan dengan kekangan dari api neraka pada hari Kiamat.”(Musnad Ahmad, jil. 13, hal. 17)

Hadis Abu Hurairah melalui tariq Muhammad bin Sirin:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ حَفْصِ بْنِ هِشَامِ بْنِ زَيْدِ بْنِ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ حَدَّثَنَا أَبُو إِبْرَاهِيمَ إِسْمَعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْكَرَابِيسِيُّ عَنْ ابْنِ عَوْنٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أُلْجِمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya pasti dia akan dikenakan dengan kekangan dari api neraka pada hari Kiamat.” (Ibn Majah)

Hadis Anas bin Malik melalui tariq Yusuf bin Ibrahim:

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ الْأَزْهَرِ حَدَّثَنَا الْهَيْثَمُ بْنُ جَمِيلٍ حَدَّثَنِي عُمَرَ بْنُ سُلَيْمٍ حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُسَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أُلْجِمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ

Daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya pasti dia akan dikenakan dengan kekangan dari api neraka pada hari Kiamat.” (Ibn Majah)

Hadis Abu Sa’id al-Khudri melalui tariq ‘Abdul Rahman bin Sa’id:

حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ حِبَّانَ بْنِ وَاقِدٍ الثَّقَفِيُّ أَبُو إِسْحَقَ الْوَاسِطِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَاصِمٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ دَابٍ عَنْ صَفْوَانَ بْنِ سُلَيْمٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَتَمَ عِلْمًا مِمَّا يَنْفَعُ اللَّهُ بِهِ فِي أَمْرِ النَّاسِ أَمْرِ الدِّينِ أَلْجَمَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِلِجَامٍ مِنْ النَّارِ

Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menyembunyikan ilmu yang Allah s.w.t. memberikan dengannya manafaat untuk urusan orang ramai , pasti Allah akan mengenakannya dengan kekangan dari api neraka pada hari Kiamat.” (Ibn Majah)

Hadis Talq melalui tariq anaknya Qays:

أنا أبو الحسن محمد بن الحسين النيسابوري أنا القاضي أبو الطاهر محمد بن أحمد أنا الحسن بن علي بن الوليد الفسوي أبو جعفر نا حماد بن محمد البجلي الأزرق نا أيوب بن عتبة عن قيس بن طلق عن أبيه وكان من الوافدين الذين وفدوا إلى رسول الله صلى الله عليه و سلم قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من سئل عن علم فكتمه ألجم يوم القيامة بلجام من نار

Diriwayatkan daripada Qays bin Talq daripada ayahnya, dan beliau salah seorang daripada rombongan yang datang mengunjungi Rasulullah s.a.w., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya pasti dia akan dikenakan dengan kekangan dari api neraka pada hari Kiamat.” (Musnad al Shihab, jil. 1, hal. 267)

Hadis Ibn ‘Umar melalui tariq Nafi’:

حدثنا علي بن سعيد الرازي قال نا عبد السلام بن عتيق الدمشقي قال نا ابو صفوان القاسم بن يزيد بن عوانة قال نا حسان بن سياه قال نا الحسن بن ذكوان عن نافع عن بن عمر عن النبي صلى الله عليه و سلم قال من سئل عن علم فكتمه جيء به يوم القيامة قد الجم بلجام من نار لم يرو هذا الحديث عن الحسن بن ذكوان إلا حسان بن سياه ولا عن حسان إلا القاسم بن يزيد أبو صفوان تفرد به عبد السلام بن عتيق

Daripada Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya maka dia akan dibawa pada hari Kiamat dalam keadaan dikekang dengan kekangan dari api neraka.” (Mu’jam al-Awsat, jil. 4, hal. 183)

Hadis ‘Abdullah bin Mas’ud melalui tariq Abu al-Ahwas:

حدثنا محمد بن الفضل السقطي ثنا إبراهيم بن زياد سبلان ثنا سوار بن مصعب عن أبي إسحاق عن أبي الأحوص عن عبد الله قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من سئل عن علم فكتمه ألجم يوم القيامة بلجام من نار

Daripada ‘Abdullah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya pasti dia akan dikenakan dengan kekangan dari api neraka pada hari Kiamat.” (al-Mu’jam al-Kabir, jil. 10, hal. 102)

Hadis Ibn ‘Abbas melalui tariq Sa’id bin Jubair:

وَقَالَ أَبُو يَعْلَى الْمَوْصِلِيُّ : حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ ، حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ مُحَمَّدٍ ، حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ ، عَنْ عْبَدِ الأَعْلَى ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم : مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مُلَجَّمًا بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ ، وَمَنْ قَالَ فِي الْقُرْآنِ بِغَيْرِ عِلْمٍ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مُلَجَّمًا بِلِجَامٍ مِنَ النَّارِ.

Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya pasti dia akan datang pada hari Kiamat dengan keadaan dikekang dengan kekangan dari api neraka. Sesiapa yang memberikan pendapat tentang al-Qur`an tanpa sebarang ilmu maka pasti dia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan dikekang dengan kekangan dari api neraka.” (Musnad Abi Ya’la al-Musili, lihat juga Hafiz Ibn Hajar, Ithaf al-Khayarah al-Maharah, jil. 1, hal. 255)

Hadis ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-As melalui tariq ‘Abdul Rahman al-Hubali

أخبرنا عمر بن محمد الهمداني قال حدثنا أبو الطاهر بن السرح قال حدثنا بن وهب قال حدثني عبد الله بن عياش بن عباس عن أبيه عن أبي عبد الرحمن الحبلي عن عبد الله بن عمرو أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: “من كتم علما ألجمه الله يوم القيامة بلجام من نار

Diriwayatkan daripada‘Abdullah bin ‘Amr bin al-As bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menyembunyikan ilmu pasti Allah akan mengenakannya dengan kekangan dari api neraka pada hari Kiamat (Ibn Hibban)

Hadis Jabir bin Abdullah melalui tariq Muhammad bin al-Munkadir:

حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ أَبِي السَّرِيِّ الْعَسْقَلَانِيُّ حَدَّثَنَا خَلَفُ بْنُ تَمِيمٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ السَّرِيِّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا لَعَنَ آخِرُ هَذِهِ الْأُمَّةِ أَوَّلَهَا فَمَنْ كَتَمَ حَدِيثًا فَقَدْ كَتَمَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ

Daripada Jabir katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila umat akhir zaman mengutuk generasi awal (para sahabat) maka sesiapa yang menyembunyikan (walau) satu hadis maka bererti dia telah menyembunyikan apa yang Allah s.w.t. turunkan (berkenaan dengan keutamaan para Sahabat).”. (Ibn Majah)

Check Also

Mutawatir Dan Jenis-Jenisnya

Jenis-jenis Mutawatir 1. Tawatur Isnad – Diriwayatkan melalui banyak jalur sanad dan mungkin mereka berpakat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *