Home / darulkautsar.net / Hadis Online / Lanjutan / Hadis Mutawaatir / HADIS MUTAWATIR SEGERA BERBUKA DAN MELEWATKAN SAHUR
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

HADIS MUTAWATIR SEGERA BERBUKA DAN MELEWATKAN SAHUR

Disediakan oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya

 

Ibn ‘Abd al-Barr mengatakan hadis-hadis tentang menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur adalah sahih lagi mutawatir. (Ibn Hajar, Fath al-Bari, jil. 4, hal. 713). Dalam Musannaf Abdul Razzaq dengan sanad yang sahih daripada ‘Amr bin Maymun ak-Awdi katanya, sahabat-sahabat Rasulullah adalah orang yang paling segera berbuka dan paling lambat bersahur. (jil.4, hal. 226)

Mutawatirnya hadis ini adalah dari segi ma’nawi atau qadr musytarak bukan mutawatir lafzi (mutawaatir di segi lafaz).

Riwayat Sahl Bin Sa’d (al-Bukhari, Muslim)

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ

‘Abdullah bin Yusuf menceritakan kepada kami bahawa Malik telah meriwayatkan kepada kami daripada Abu Hazim daripada Sahl bin Sa’d bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia akan tetap mendapat kebaikan selagi mereka segera berbuka puasa. (al-Bukhari)

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ

Yahya bin Yahya telah menceritakan kepada kami bahawa ‘Abdul ‘Aziz bin Abi Hazim telah meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya (Abi Hazim) daripada Sahl bin Sa’d bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Manusia akan tetap mendapat kebaikan selagi mereka segera berbuka puasa. (Muslim)

و حَدَّثَنَاه قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ ح و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ عَنْ سُفْيَانَ كِلَاهُمَا عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِهِ

Dan Qutaibah menceritakan kepada kami bahawa Ya’qub H dan Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada saya katanya ‘Abdul Rahman bin Mahdi telah menceritakan kepada kami daripada Sufyan dan mereka berdua daripada Abu Hazim daripada Sahl bin Sa’d bahawa Rasulullah s.a.w bersabda sama seperti hadis sebelumnya. (Muslim)

Riwayat Abu Hurairah (al-Tirmizi)

حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ مُوسَى الْأَنْصَارِيُّ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ عَنْ الْأَوْزَاعِيِّ عَنْ قُرَّةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَحَبُّ عِبَادِي إِلَيَّ أَعْجَلُهُمْ فِطْرًا

Ishaq bin Musa al-Ansari menceritakan kepada kami katanya al-Walid bin Muslim menceritakan kepada kami dari al-Awza’i daripada Qurrah bin ‘Abdul Rahman daripada al-Zuhri daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Hamba yang paling Aku kasihi ialah mereka yang paling segera berbuka. (al-Tirmizi)

Riwayat ‘A`ishah (Muslim)

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى وَأَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ قَالَا أَخْبَرَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ قَالَ دَخَلْتُ أَنَا وَمَسْرُوقٌ عَلَى عَائِشَةَ فَقُلْنَا يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ رَجُلَانِ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ الْإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلَاةَ وَالْآخَرُ يُؤَخِّرُ الْإِفْطَارَ وَيُؤَخِّرُ الصَّلَاةَ قَالَتْ أَيُّهُمَا الَّذِي يُعَجِّلُ الْإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلَاةَ قَالَ قُلْنَا عَبْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ قَالَتْ كَذَلِكَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Yahya bin Yahya dan Abu Kuraib Muhammad bin al-Ala’ menceritakan kepada kami, kata mereka berdua, Abu Mu’awiyah memberitahu kepada kami daripada al-A’mash daripada ‘Umarah bin ‘Umair daripada Abi ‘Atiyyah katanya, saya dan Masruq menemui ‘A`ishah. Kami berkata: “Wahai Ummul mu`minin, dua orang dari sahabat Rasulullah s.a.w, seorang menyegerakan berbuka dan menyegerakan sembahyang dan seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan sembahyang. ‘A`ishah menjawab, siapa yang menyegerakan berbuka dan menyegerakan sembahyang. Perawi berkata, kami menjawab Abdullah ya’ni Ibn Mas’ud. ‘A`ishah menjawab, demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. (Muslim)

Hadis Abu Hurairah (Abu Daud, Ibn Majah, al-Nasa`i)

حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ بَقِيَّةَ عَنْ خَالِدٍ عَنْ مُحَمَّدٍ يَعْنِي ابْنَ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ الدِّينُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرَ لِأَنَّ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُونَ

Wahb bin Baqiyyah menceritakan kepada kami daripada Khalid bin Muhammad ya’ni Ibn ‘Amr daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Agama ini akan terus zahir selama mana manusia menyegerakan berbuka kerana Yahudi dan Nasara melewatkannya. (Abu Daud)

Hadis Abi Hurairah (al-Daruqutni)

حدثنا بن صاعد نا زياد بن أيوب نا النضر بن إسماعيل عن بن أبي ليلى عن عطاء عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : أمرنا معاشر الأنبياء أن نعجل إفطارنا ونؤخر سحورنا ونضرب بأيماننا على شمائلنا في الصلاة

Ibn Sa’id menceritakan kepada kami katanya Ziyad bin Ayyub menceritakan kepada kami katanya al-Nadr bin Isma’il menceritakan kepada kami daripada Ibn Abi Laila daripada ‘Ata` daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Kami para nabi diperintah supaya menyegerakan berbuka, melewatkan sahur dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika bersembahyang. (al-Daruqutni)

Hadis Ibn ‘Abbas

حدثنا أبو داود قال حدثنا طلحة عن عطاء عن ابن عباس قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : انا معشر الأنبياء أمرنا ان نعجل افطارنا ونؤخر سحورنا ونضع ايماننا على شمائلنا في الصلاة

Abu Daud menceritakan kepada kami katanya Talhah menceritakan kepada kami daripada ‘Ata` daripada Ibn ‘Abbas katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kami para nabi diperintah supaya menyegerakan berbuka, melewatkan sahur dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika bersembahyang. (Abu Daud al-Tayalisi)

Hadis Anas bin Malik (Ibn ‘Asakir)

حدثنا أبو العباس محمد بن علي بن سلام الإمام حدثنا عامر بن سيار حدثنا فرات بن السائب عن ميمون بن مهران عن ابن عمرو أبان عن أنس قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من فقه الرجل في دينه تعجيل فطره وتأخير سحوره وتسحروا فإنه الغداء المبارك

Abu al-‘Abbas Muhammad bin ‘Ali bin Sallam al-Imam menceritakan kepada kami katanya Amir bin Sayyar menceritakan kepada kami katanya Furat bin al-Sa`ib menceritakan kepada kami daripada Maymun bin Mihran daripada Ibn ‘Amr Aban daripada Anas bin Malik katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Termasuk dalam kefahaman yang mendalam yang ada pada seseorang ialah menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur. Bersahurlah kerana ianya makanan yang diberkati. (Ibn ‘Asakir, Tarikh Dimashq, jil. 52, hal. 138)

Nota:

Melewatkan bersahur dan menyegerakan berbuka termasuk dalam perkara sunnah dan adab berpuasa. Apabila sudah diyakini matahari sudah tenggelam maka ulama sepakat mengatakan sunnat berbuka dengan segera. Ini bererti tidak ada faedahnya seseorang itu melewatkan buka puasa dengan menganggap selagi mana dia belum berbuka maka bertambah pahalanya. Sangkaan ini jelas menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana puasa merupakan satu ibadat dan ianya terikat dengan peraturan dan adab yang telah ditentukan oleh shari’ah. Ia juga mengisyaratkan bahawa maksud puasa bukan semata-mata berlapar dan dahaga tetapi bagaimana seseorang itu dapat mengawal nafsu dan tunduk kepada aturan agama. Oleh itu tidak boleh menganggap sunnat hanya semata-mata berdasarkan fikiran.

Hadis ini juga mengisyaratkan kepada kita bahawa ada segolongan yang sesat lagi menyeleweng iaitu golongan Syi’ah yang melewatkan berbuka sehingga gelap malam.

 

Check Also

Mutawatir Dan Jenis-Jenisnya

Jenis-jenis Mutawatir 1. Tawatur Isnad – Diriwayatkan melalui banyak jalur sanad dan mungkin mereka berpakat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *