Home / darulkautsar.net / Hadis Online / Lanjutan / Asbaabul Wuruud / Sebab Wurud Hadis Hendaklah Orang Yang Hadir Menyampaikan Kepada Orang Yang Tidak Hadir
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sebab Wurud Hadis Hendaklah Orang Yang Hadir Menyampaikan Kepada Orang Yang Tidak Hadir

www.darulkautsar.net

 

Rasulullah s.a.w. bersabda:

 

وَلْيُبَلِّغِ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ

“Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada orang yang tidak hadir”.

Sebab kedatangannya:

عَنْ أَبِي شُرَيْحٍ أَنَّهُ قَالَ لِعَمْرِو ابْنِ سَعِيدٍ وَهُوَ يَبْعَثُ الْبُعُوثَ إِلَى مَكَّةَ ائْذَنْ لِي أَيُّهَا الامِيرُ أُحَدِّثْكَ قَوْلا قَامَ بِهِ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْغَدَ مِنْ يَوْمِ الْفَتْحِ سَمِعَتْهُ أُذُنَايَ وَوَعَاهُ قَلْبِي وَأَبْصَرَتْهُ عَيْنَايَ حِينَ تَكَلَّمَ بِهِ حَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ مَكَّةَ حَرَّمَهَا اللَّهُ وَلَمْ يُحَرِّمْهَا النَّاسُ فَلا يَحِلُّ لامْرِئٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الاخِرِ أَنْ يَسْفِكَ بِهَا دَمًا وَلا يَعْضِدَ بِهَا شَجَرَةً فَإِنْ أَحَدٌ تَرَخَّصَ لِقِتَالِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيهَا فَقُولُوا إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَذِنَ لِرَسُولِهِ وَلَمْ يَأْذَنْ لَكُمْ وَإِنَّمَا أَذِنَ لِي فِيهَا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ ثُمَّ عَادَتْ حُرْمَتُهَا الْيَوْمَ كَحُرْمَتِهَا بِالامْسِ وَلْيُبَلِّغِ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ فَقِيلَ لابِي شُرَيْحٍ مَا قَالَ عَمْرٌو قَالَ أَنَا أَعْلَمُ مِنْكَ يَا أَبَا شُرَيْحٍ لا يُعِيذُ عَاصِيًا وَلا فَارًّا بِدَمٍ وَلا فَارًّا بِخَرْبَةٍ

Daripada Abu Syuraih bahawa dia telah berkata kepada Amar bin Said ketika mana dia menghantar pasukan-pasukan ke Mekah: “Wahai Tuan Gabenor izinkan saya untuk saya ceritakan kepadamu satu ucapan yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w keesokan hari selepas Pembukaan Mekah. Ia didengar oleh dua telinga saya mendengarnya dan hati saya mengingatnya, serta dua mata saya melihat kepada baginda ketika mengucapkan kata-kata itu. Baginda memuji-muji Allah, kemudian bersabda:“Sesungguhnya Mekah telah diharamkan oleh Allah bukan diharamkan oleh manusia. Kerana itu ia tidak halal kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk menumpahkan darah padanya. Juga tidak boleh memotong pokok-pokok. Jika ada sesiapa yang beralasan dengan peperangan Rasulullah s.a.w. (untuk mewajarkan perbuatannya), maka katakan sesungguhnya Allah telah izinkan kepada Rasul-Nya dan Dia tidak mengizinkan kepada kamu. Allah telah mengizinkan kepadaku hanya sesaat sahaja pada siang hari (pada pembukaan Mekah) dan kehormatannya telah kembali hari ini seperti kehormatanya kelmarin. Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada orang yang tidak hadir”.

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari (104), Muslim (1354), Abu Dawud (2017), al-Nasa`i (2876), al-Tirmidhi (809), Ahmad ( 16373)

عَنْ عَبْدِالرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ ذَكَرَ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَعَدَ عَلَى بَعِيرِهِ وَأَمْسَكَ إِنْسَانٌ بِخِطَامِهِ أَوْ بِزِمَامِهِ قَالَ أَيُّ يَوْمٍ هَذَا فَسَكَتْنَا حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ سَيُسَمِّيهِ سِوَى اسْمِهِ قَالَ أَلَيْسَ يَوْمَ النَّحْرِ قُلْنَا بَلَى قَالَ فَأَيُّ شَهْرٍ هَذَا فَسَكَتْنَا حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ سَيُسَمِّيهِ بِغَيْرِ اسْمِهِ فَقَالَ أَلَيْسَ بِذِي الْحِجَّةِ قُلْنَا بَلَى قَالَ فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ بَيْنَكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا لِيُبَلِّغ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ فَإِنَّ الشَّاهِدَ عَسَى أَنْ يُبَلِّغَ مَنْ هُوَ أَوْعَى لَهُ مِنْهُ

Daripada Abdul Rahman bin Abu Bakrah daripada ayahnya menyebut bahawa Nabi s.a.w. duduk di atas untanya dan ada seseorang yang memegang tali unta itu, baginda pun bertanya: “Hari apa ini”? Kami diam sehingga kami menyangka baginda akan menamakan hari itu dengan nama yang lain. Baginda pun bertanya: “Bukankah hari ini hari Nahar? Kami menjawab: “Ya”. Baginda bertanya lagi: “Bulan apakah ini”? Kami diam sehingga kami menyangka baginda akan menamakan dengan nama yang lain. Baginda pun berkata: “Bukankah bulan ini bulan Zulhijah”? Kami menjawab: “Memang”. Nabi s.a.w bersabda: “Darah-darah kamu, harta-harta kamu, dan kehormatan kamu di antara sesama kamu haram seperti mana haramnya hari kamu ini, bulan kamu ini, di negeri kamu ini. Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada orang yang tidak hadir, kerana orang yang hadir itu boleh jadi dia menyampaikan kepada orang yang lebih mengerti darinya tentang apa yang disampaikannya itu”. (al-Bukhari : 67, Muslim, 1679)

Pengajaran hadis

  1. Hendaklah mereka yang menghadiri majlis ilmu menghafaz apa yang didengar untuk disampaikan pula kepada orang yang tidak hadir dan tidak disyaratkan bahawa dia memahami apa yang didengarinya itu kerana mungkin orang yang disampaikan itu lebih memahami daripadanya.[1]
  1. Maksud orang yang tidak hadir itu merangkumi orang yang tidak berada dalam majlis ilmu dan juga orang yang belum dilahirkan lagi, ya’ni generasi akan datang. Ini menghendaki ilmu itu hendaklah disimpan dan dijaga dengan apa cara yang ada sesuai dengan kemudahan dan kemajuan yang dicapai pada setiap zaman.
  1. Kepentingan menjaga kehormatan Tanah Haram dan ini difahami melalui penjelasan dan pengishtiharan Rasulullah di waktu dan tempat yang sangat penting di hadapan kumpulan sahabat yang ramai dan penekanan supaya disampaikan kepada orang lain.

 

 

____________________________________

 

[1] Ibn Hajar, Fath al-Bari, jil. 1, hal. 215

Check Also

Sabab Wurud Hadis “Sesiapa Yang Menipu Maka Dia Bukan Dari Kalangan Ku.”

  عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *