Home / darulkautsar.net / Hadis Online / Lanjutan / Asbaabul Wuruud / Apabila Mengantuk Ketika Bangun Malam
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Apabila Mengantuk Ketika Bangun Malam

Rasulullah s.a.w. melarang seseorang yang terus bertahajjud dalam keadaan dia mengantuk dan memerintahkannya supaya tidur bagi memulihkan kecergasan dan kesegarannya.

لِيُصَلِّ أَحَدُكُمْ نَشَاطَهُ، فَإِذَا فَتَرَ فَلْيَقْعُدْ

 Hendaklah seseorang itu sembahyang ketika mana dia cergas. Apabila dia letih maka hendaklah dia tidur. (al-Bukhari dan Muslim)

Sebabnya:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا حَبْلٌ مَمْدُودٌ بَيْنَ السَّارِيَتَيْنِ فَقَالَ مَا هَذَا الْحَبْلُ قَالُوا هَذَا حَبْلٌ لِزَيْنَبَ فَإِذَا فَتَرَتْ تَعَلَّقَتْ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا حُلُّوهُ لِيُصَلِّ أَحَدُكُمْ نَشَاطَهُ فَإِذَا فَتَرَ فَلْيَقْعُدْ

 Daripada Anas bin Malik katanya Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam masjid dan mendapati ada tali yang direntangkan di antara dua tiang lalu baginda bertanya: “Tali apakah ini? Para sahabat menjawab: “Ini adalah tali kepunyaan Zainab. Apabila letih, beliau akan bergantung pada tali itu. Rasulullah lantas bersabda: “Hendaklah seseorang itu sembahyang ketika mana dia cergas. Apabila dia letih maka hendaklah dia tidur.” (al-Bukhari, Muslim)

Hadis ini menunjukkan pentingnya ibadat itu dilaksanakan pada ketika cergas dan penuh minat, iaitu pada ketika seseorang itu dapat memberi tumpuan sepenuhnya dan khusyu’ dalam ibadatnya.

Memaksa diri beribadat dalam keadaan letih akan menjadikannya jemu pada masa akan datang dan tidak lagi mengerjakannya. Oleh itu, penting sekali bersederhana dalam ibadat dan amalan yang sedikit itu lebih utama asalkan istiqamah. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. lebih menekankan kepada kualiti berbanding dengan kuantiti.

Selain itu, terdapat sebuah hadis daripada Sayyidatina ‘A`ishah yang menyebutkan sebab kepada larangan bersembahyang malam dalam mengantuk.

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا نَعَسَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ يُصَلِّي فَلْيَرْقُدْ حَتَّى يَذْهَبَ عَنْهُ النَّوْمُ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا صَلَّى وَهُوَ نَاعِسٌ لَا يَدْرِي لَعَلَّهُ يَسْتَغْفِرُ فَيَسُبُّ نَفْسَهُ

Daripada ‘A`ishah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk ketika sedang bersembahyang maka hendaklah dia tidur sehingga mengantuknya itu hilang kerana sesungguhnya apabila seseorang itu bersembahyang dalam keadaan mengantuk tidak menyedari boleh jadi dia hendak beristighfar tetapi dia mengutuk dirinya sendiri. (Bukhari, Muslim)

 

 

Check Also

Sabab Wurud Hadis “Sesiapa Yang Menipu Maka Dia Bukan Dari Kalangan Ku.”

  عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *