Home / darulkautsar.net / Hadis Online / Asas / 99 usul utk mengenali hadis palsu / Sesi 6 – (Samb) Usul Ketiga: Hadits-Hadits Atau Riwayat-Riwayat Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Nabi-Nabi Dan Mengaibkan Mereka
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sesi 6 – (Samb) Usul Ketiga: Hadits-Hadits Atau Riwayat-Riwayat Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Nabi-Nabi Dan Mengaibkan Mereka

 

10.  Isi kandungan riwayat-riwayat itu ketara berbeza dan ia menjadikannya muttharib. Hadits muttharib merupakan hadits dha’if di sisi para `ulama’ hadits. Antara yang berbeza dalam riwayat-riwayat berkenaan ialah:

(1) Tentang tempoh Nabi Ayyub diuji.

  1. Berdasarkan riwayat Anas, lapan belas tahun.
  2. Menurut riwayat Ibnu `Abbaas, Ka’ab al-Ahbaar dan Yahya bin Abi Katsir, tujuh tahun.
  3. Kata Hasan al-Bashri, tujuh tahun dan beberapa bulan.
  4. Menurut Wahab bin Munabbih pula tiga tahun sahaja, tidak lebih dan tidak kurang.

(2) Tentang sebab yang mendorong Nabi Ayyub akhirnya berdoa dan merayu kepada Allah agar penyakit kuliitnya disembuhkan, juga ada perbedaan di antara riwayat-riwayat yang dinukilkan.

  1. Nabi Ayyub pernah mengidam sesuatu makanan. Isterinya tidak mampu mendapatkannya melainkan dengan menjual sejambul rambutnya. Bila Ayyub tahu hal itu, terus beliau berdoa dengan berkata: Itulah sebab yang diriwayatkan oleh ad-Dhahhaak daripada Ibnu `Abbaas.
  2. Allah melupakan Ayyub berdoa supaya disembuhkan, walaupun beliau sentiasa ingatkan Allah. Apabila tempoh ujian terhadapnya berakhir, barulah Allah mengingatkannya supaya berdoa kepadaNya. Sebaik saja beliau berdoa, Allah terus menerima doanya. Ini adalah berdasarkan riwayat al-Aufi daripada Ibnu Abbaas.

11. Apa yang tersebut di dalam riwayat-riwayat Israiliyyat tentang kisah penderitaan Nabi Ayyub itu sebenarnya bercanggah sama sekali dengan `aqidah Islam tentang para nabi dan rasul Allah. Menurut `aqidah Islam para nabi dan rasul juga manusia. Apa yang berlaku kepada orang lain sebagai manusia boleh juga berlaku kepada mereka selagi ia tidak haram. Cuma yang mustahil ada pada mereka atau berlaku kepada mereka ialah penyakit-penyakit yang mengaibkan atau keadaan-keadaan yang menghalang orang ramai mendekati mereka. Penyakit-penyakit seperti gila, kusta buta dan lain-lain tidak mungkin berlaku kepada para nabi dan rasul, kerana ia merupakan penyakit-penyakit yang akan menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin. Masyarakat pula tentu sekali menganggap orang-orang yang mengalami penyakit-penyakit seperti itu sebagai tidak sempurna. Keadaan ini akan akan membuatkan orang ramai menjauhkan diri dari mereka. Sebagai akibatnya, tidak sempurnalah hujah Allah terhadap manusia. Antara yang tercatat di dalamnya ialah mustahil berlaku kepada para nabi dan rasul itu penyakit gila. Kerana ia adalah suatu kekurangan. Sama seperti gila, penyakit-penyakit lain seperti kusta, sopak, buta dan lain-lain penyakit yang membuatkan manusia menjauhkan diri daripada pengidapnya… Adapun hikayat-hikayat yang tersebar di kalangan orang ramai tentang Nabi Ayyub mengalami penyakit kulit yang menyayat hati, semuanya karut semata-mata.

13. Dr. Muhammad Abu Syahbah berpendapat, apa yang mesti dipercayai oleh kita umat Islam berhubung dengan Nabi Ayyub berdasarkan dua firma Allah di dalam Surah al-Anbiyaa’ dan Surah Shaad ialah beliau a.s. memang pernah diuji Allah. Tetapi ujian Allah terhadapnya tidaklah sampai seperti yang tersebut di dalam deongeng-dongeng Israiliyyat itu. Nabi Ayyub tentunya tidak kena penyakit kusta.

14. Di dalam al-Quran nama Ayyub di sebut pada empat tempat sahaja. (1) dan kisah Ayyub dirangkumkan Allah di dalam hanya enam ayat al-Qur’an sahaja. Pun begitu , ia sudah mencukupi untuk mendapat gambaran yang baik tentang Nabi Ayyub.

15. Kisah Ayyub juga ada disebutkan di dalam Bible. Seperkara lagi yang sangat berbeza di antara Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat yang tersebar dalam masyarakat Islam berhubung dengan kisah penderitaan Ayyub, iaitu di dalam Bible langsung tidak ada watak seorang perempuan sebagai isteri Ayyub yang sangat setia kepadanya. Sementara di dalam riwayat-riwayat Israiliyyat pula ia merupakan watak utama.

Kisah penderitaan Ayyub yang berpunca daripada riwayat-riwayat Israiliyyat telah mendapat tempat di hati masyarakat awam Islam kerana beberapa sebab berikut:
(i) Ia dipercayai sebagai kisah yang benar-benar telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.

(ii) Ia dipercayai sebagai tafsiran Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya terhadap dua firman Allah di dalam Surah al-Anbiyaa’ dan surah Shaad.

(iii) Ia dikemukakan oleh tokoh-tokoh tafsir yang terkenal.

(iv) Ia cukup cocok dan sesuai untuk menggambarkan seorang yang berada di puncak maqam sabar.

(v) Kalau Ayyub tidak mengalami penyakit kulit yang teruk dan sebagai akibatnya beliau tersisih dari masyarakat umum seperti digambarkan di dalam riwayat-riwayat Israiliyyat tersebut, belum lagilah ujian Allah dapat dikatakan telah sampai ke kemuncaknya!

(vi) Kisah-kisah itu cukup menyayat hati dan cukup tragis, khususnya ia telah berlaku kepada seorang nabi kesayangan Allah.

Check Also

Sesi 23 – Usul no 7 – Hadis Yang Menyebutkan Secara Terperinci Kelebihan Setiap Surah Di Dalam Al-Quran

USUL DIRAYAT HADIS – Sesi 23 – Ulangan Usul no 7 – 5 Mac-17   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *