Home / darulkautsar.net / Hadis Online / Asas / 99 usul utk mengenali hadis palsu / Sesi 5 – (Samb) Usul Ketiga: Hadits-Hadits Atau Riwayat-Riwayat Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Nabi-Nabi Dan Mengaibkan Mereka
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sesi 5 – (Samb) Usul Ketiga: Hadits-Hadits Atau Riwayat-Riwayat Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan Nabi-Nabi Dan Mengaibkan Mereka

 

2.  At-Thabari, Ilmu Ibu Haatim dan al-Baghawi adalah antara ahli tafsir yang paling banyak mengemukakan riwayat-riwayat Israiliyyat tentang kisah penderitaan Nabi Ayyub a.s. Kisah yang kebanyakannya berpunca daripada Wahab bin Munabbih dan Ka’ab al-Ahbaar itu telah menghiasi beberapa muka surat di dalam tafsir mereka ketika mentafsirkan ayat 83 dan 84 dari Surah al-Anbiyaa’ dan ayat 41 hingga 44 dari Surah Shaad. Tentang penderitaan dan kesengsaraan yang menimpa diri Nabi Ayyub banyaklah cerita yang panjang atau yang pendek. Kesimpulan cerita ialah beliau seorang yang kaya-raya, tetapi dermawan. Suka menolong orang yang miskin melarat dan sangat bertaqwa pula kepada Tuhan. Kemudian datanglah pusingan dunia; beliau jatuh melarat, harta kekayaan habis musnah dan badan pun jatuh sakit.
Antara yang tersebut di dalam riwayat-riwayat Wahab dan Ka’ab ialah:

  1. Nabi Ayyub telah mengalami penyakit kusta di seluruh tubuhnya.
  2. Tidak ada bahagian tubuh Nabi Ayyub yang terselamat daripada penyakit itu kecuali hati dan lidahnya yang dilindungi Allah untuk beliau berzikir kepadaNya.
  3. Nabi Ayyub telah diluati dan dijijiki orang ramai.
  4. Orang ramai telah membuang Nabi Ayyub di tempat pembuangan sampah dan kotoran.
  5. Tidak ada orang yang mengasihani Nabi Ayyub dan bersimpati dengannya selain isterinya.
  6. Isteri Ayyub telah menghadapi banyak sekali cabaran, dugaan dan kesengsaraan semasa menjaga Nabi Ayyub dalam penderitaannya.
  7. Kudis-kudis ditubuh nabi Ayyub dikatakan berulat.
  8. Nabi Ayyub dikatakan sentiasa dikerumuni serangga dan binatang-binatang melata. Pebangkai (binatang-binatang yang memakan bangkai binatang lain seperti anjing, serigala dan lain-lain) juga dikatakan sentiasa mengintai peluang untuk menggonggong tubuh nabi Ayyub.
  9. Menurut riwayat as-Suddi, penyakit kulit yang dideritai Nabi Ayyub itu telah membuatkan daging ditubuhnya menjadi reput dan tanggal sedikit demi sedikit sehingga akhirnya yang tinggal hanyalah tulang-tulang dan urat-urat sahaja.

3)  Imam Ahmad di dalam kitabnya az-Zuhd dan at-Thabari di dalam Tafsirnya dengan sedikit perbedaan pada lafaz meriwayatkan daripada `Abdur Rahman bin Jubair. Berikut dikemukan lafaz riwayat at-Thabari di dalam Tafsirnya:

Maksudnya: “Setelah Nabiyyullah Ayyub a.s. diuji dengan kehilangan harta benda dan anak-pinak serta penyakit teruk di tubuhnya. Beliau pula dibuang di tempat pembuangan sampah……

Komentar:

  1. Walaupun hadits (1) dihukum sahih oleh al-Haakim, Ibnu Hibban dan ad-Dhiyaa’ al-Maqdisi, Ibnu Katsir tetap berkata: “Mengatakan hadits ini marfu’ adalah terlalu gharib”
  2. Kata al-Bazzaar: “Kita tidak mengetahui ada sesiapa pun meriwayatkan hadis ini daripada az-Zuhri daripada Anas selain `Uqail. Kata-kata al-Bazzaar ini menunjukkan bagi beliau hadis berkenaan adalah sebuah hadis gharib
  3. Al-Imam Abu Bakr Ilmu al-Arabi berkata: “Tidak ada yang sahih berhubung dengan malapetaka yang menimpa Ayyub a.s. selain apa yang difirmankan Allah di dalam KitabNya. Satu di dalam Surah al-Anbiyaa’ ayat 83 -84 dan satu lagi di dalam Surah Shaad ayat 41-44.Adapun hadits Nabi s.a.w. maka tidak ada satu pun yang sahih berhubung dengan kisah Ayyub selain daripada hadits berikut:Bermaksud: Abu Hurairah r.a meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: “Ketika Ayyub a.s. sedang mandi dengan bertelanjang, tiba-tiba berguguran belalang emas di atasnya. Ayub terus mengaut belalang itu ke dalam kainnya. Maka Tuhannya menyerunya dengan berkata: “Wahai Ayyub! Bukankah aku telah membuatkan engkau tidak memerlukan kepada apa yang engkau lihat itu? Ayyub menyahut “Memanglah, demi kemuliaanMu! Bagaimanapun aku tetap memerlukan keberkatanMu” (Hadits riwayat Bukhari, Ahmad dan Nasaa’i).
  4. Syeikh Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah di dalam bukunya “al-Israiliyyat a al-Maudhu’at Fi Kutuh at-Tafsir menulis: “Para `ulama’ muhaqiqin (pengkaji hadits) berpendapat, hanya pereka-pereka hadits yang kerjanya menyusun sanad-sanad untuk hadits-hadits rekaan mereka sahaja mengaitkan hadits di atas dengan Nabi s.a.w..
  5. Sesetengah `ulama’ hadits mempertikaikan sanad hadits Anas di atas kerana ia diriwayatkan oleh az-Zuhri secara `an’anah.
  6. Riwayat-riwayat yang dinukilkan daripada Wahab bin Munabbih, Ka’ab al-Ahbaar dan lain-lain Ahli Kitab yang memeluk agama Islam di zaman sahabat tentang bencana yang telah menimpa Nabi Ayyub semuanya berpunca daripada riwayat-riwayat Israiliyyat semata-mata.
  7. Perawi-perawi yang telibat dalam menukilkan riwayat-riwayat tentang kisah penderitaan Nabi Ayyub kebanyakannya bermasalah spt Ghiyaats bin Ibrahim (pendusta), `Abdullah bin `Ishmah (majhul), Ali bin Zaid bin Jud’aan (terlalu dhaif dan rafhidah), As-Suddi as-Shaghir (pendusta besar), As-Suddi al-Kabir (dhaif) & As-Suddi al-Kabir (pendusta)

Check Also

Sesi 23 – Usul no 7 – Hadis Yang Menyebutkan Secara Terperinci Kelebihan Setiap Surah Di Dalam Al-Quran

USUL DIRAYAT HADIS – Sesi 23 – Ulangan Usul no 7 – 5 Mac-17   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *