Home / darulkautsar.net / Hadis Online / Asas / 99 usul utk mengenali hadis palsu / 99 Usul Dirayah Untuk Mengenal Pasti Hadits-Hadits Dha`if Dan Maudhu`- Sesi 3
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

99 Usul Dirayah Untuk Mengenal Pasti Hadits-Hadits Dha`if Dan Maudhu`- Sesi 3

 

USUL (2): Riwayat-riwayat yang tidak sesuai dengan kedudukan Nabi kita Muhammad s.a.w dan meng`aibkan Baginda s.a.w. Antara contoh yang dapat dikemukakan untuk usul ini ialah:

Contoh Pertama:

Nabi s.a.w dikatakan telah bermalam di rumah Ummu Haani’ pada malam Isra Mi’raj sebelum Baginda dibawa mengembara ke Baitul Maqdis dan seterusnya ke langit.
“Ibnu Ishaq berkata, “Antara kisah yang sampai kepada saya daripada Ummu Haani’ binti Abi Thalib berhubung dengan Israa’ Rasulullah (s.a.w) ialah beliau menceritakan, “Rasulullah (s.a.w) tidak di Isra’kan melainkan ketika Baginda (s.a.w) berada di rumahku. Baginda (s.a.w) tidur disampingku pada malam itu di rumahku. Mula-mula Baginda (s.a.w) bersembahyang Isya’ kemudian tidur. Kami pun turut tidur. Sebelum fajar Rasulullah telah pun mengejutkan kami lalu bersembahyang subuh. Kami pun bersembahyang bersamanya”.

Setelah itu Rasulullah bersabda, “Wahai Ummu Haani’! Malam tadi saya telah bersembahyang bersama kamu seperti yang kamu tahu di wadi ini. Selepas itu saya pergi ke Baitul Maqdis dan bersembahyang di sana dan sekarang saya bersembahyang Subuh bersama kamu seperti yang kamu saksikan”.

Setelah itu Rasulullah (s.a.w) bangkit untuk keluar. Aku pun memegang hujung selimut Baginda (s.a.w) maka tersingkap perut Nabi (s.a.w) bagaikan kain qibti yang berlipat lalu aku pun berkata kepada Baginda (s.a.w), “Wahai Nabiyallah! Janganlah engkau ceritakan perkara ini kepada orang ramai, nanti mereka akan mendustakan engkau dan menyakitimu.” Banginda (s.a.w) berkata, “Demi Allah! Aku tetap akan menceritakannya kepada mereka.” Ummu Haani’ berkata “Aku pun memerintahkan seorang sahaya perempuanku berketurunan Habsyi, “Eh! Ikutlah Rasulullah (s.a.w) supaya engkau dapat mendengar apa yang disampaikannya kepada orang ramai dan apa pula reaksi mereka terhadap keterengan Baginda itu.” Dan seterusnya………….

Bila Rasulullah (s.a.w) keluar kepada orang ramai, Baginda (s.a.w) terus menceritakan kepada mereka. Mendengar cerita Baginda (s.a.w) itu, mereka kehairanan lalu bertanya, “Apakah bukti kepada keteranganmu wahai Muhammad? Sesungguhnya kami tidak pernah mendengar cerita seumpama ini……”

Komentar:

a) Kisah yang dikemukakan oleh Ibnu Ishaq di dalam riwayat di atas memuatkan banyak perkara yang menunjukkan kepalsuannya. Di samping ia menepati beberapa Usul Dirayat lain yang menunjukkan dengan jelas tentang kepalsuannya, ia juga memuatkan usul yang sedang kita bicarakan ini. Riwayat ini benar-benar tidak sesuai dengan kedudukan Nabi kita Muhammad s.a.w dan meng’aibkan Baginda, kerana Rasulullah s.a.w dikatakan telah bermalam di rumah musuh ketatnya Hubairah dan telah berlaku adegan-adegan romantis di antara Baginda dengan isteri Hubairah, Ummu Haani’ binti Abi Thalib. [untuk penjelasan lebih terperinci sila lihat buku pengarang bertajuk “Ibnu Ishaq – Peranannya Dalam Penyebaran Fahaman Syi’ah Di Kalangan Ummah” m/s 45 – 47]

Contoh kedua:

Nabi s.a.w. dikatakan telah menamakan anak sulungnya dengan Khadijah `Abdul `Uzza. Alasannya ialah hadits berikut:
“Maksudnya: Hisyam bin `Urwah berkata, “Rasulullah s.a.w. telah mendapat dua orang lelaki dengan Khadijah semasa di Mekah iaitu `Abdul `Uzza dan al-Qasim. Kedua-duanya meninggal dunia sebelum Islam (sebelum Nabi kita Muhammad s.a.w. dilantik menjadi Rasul}”

a) Berdasarkan riwayat ini Nabi s.a.w. telah melakukan syirik dalam penamaan anak lelakinya. Ini kerana `Uzza adalah nama satu berhala yang disembah oleh orang-orang kafir Quraisy. `Abdul ‘Uzza bererti hamba `Uzza.

Contoh Ketiga

Rasulullah s.a.w dikatakan pernah hendak membunuh diri dengan cara mencampakkan diri (terjun) dari atas puncak bukit.
Dibawah Kitab at-Ta’bir di dalam Sahihnya, imam Bukhari mengadakan satu bab bertajuk:…. kemudian beliau bawakan riwayat dengan sanadnya daripada `Aaishah tentang bagaimana wahyu pertama kali turun kepada Rasulullah s.a.w. Di bahagian akhir hadits berkenaan tersebut:

“Bermaksud: Wahyu tidak turun lagi untuk beberapa lama hingga Nabi s.a.w menurut berita yang sampai kepada kami – dirundung kesedihan yang membuatkan beliau berulang kali ingin terjun dari atas puncak bukit. Setiap kali beliau berada di puncak bukit untuk mencampakkan diri, Jibril menampakkan diri kepada beliau lalu berkata, “Wahai Muhammad, sesungguhnya engkau benar-benar seorang utusan Allah.” Mendengar itu, hati dan jiwa beliau tenang dan beliau pun pulang. Lantas bila wahyu kembali berhenti lama, beliau melakukannya lagi. Dan ketika beliau telah berada di puncak bukit, Jibril menampakkan diri lalu berkata seperti di atas.

Check Also

Sesi 23 – Usul no 7 – Hadis Yang Menyebutkan Secara Terperinci Kelebihan Setiap Surah Di Dalam Al-Quran

USUL DIRAYAT HADIS – Sesi 23 – Ulangan Usul no 7 – 5 Mac-17   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *