Home / darulkautsar.net / Hadis Online (page 4)

Hadis Online

Sesi 11 – Sahih Li Ghayrih, Al-Hasan Li Ghayrih, Khabar Ahad Makbul Yang Mempunyai Sokongan, PERBAHASAN KEDUA: Klasifiaksi Khabar Maqbul Kepada Yang Diamalkan Dan Tidak Boleh Diamalkan, Al-Muhkam Wa Al Mukhtalif Al-Hadith

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya, 14-Jun-15     AL-SAHIH LI GHAYRIH الصحيح لغيره Definisi Iaitu hadis hasan li dhatihi apabila diriwayatkan melalui jalan yang lain sepertinya atau lebih kuat darinya. Dinamakan sahih lighairih kerana kesahihan tidak datang dari sanad itu sendiri, tetapi hanya sahih apabila digabungkan dengan sanad lain dan ini boleh digambarkan dengan formula berikut: hasan li dhatihi + …

Read More »

Sesi 10 – (sambungan) Al-Hasan

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya, 07-Jun-15     Maksud Kata-Kata Al-Tirmidhi Dan Lain-Lain: “Hadis Hasan sahih” Zahirnya, ungkapan ini mengelirukan, kerana hasan lebih rendah daripada darjah sahih. Bagaimana boleh dihimpunkan kedua-duanya sedangkan martabat kedua-duanya berbeza? Para ulama telah memberikan pelbagai jawapan kepada maksud ungkapan al-Tirmidhi ini. Jawapan yang paling baik ialah yang dikemukakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dan dipersetujui oleh …

Read More »

Sesi 9 – Al-Hasan

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 31 Mei 15   AL-HASAN  الحَسَن Definisi Dari segi bahasa ia adalah sifat mushabbahah daripada al-husn الحُسْن yang bererti keindahan. Dari segi istilah pula ulama berbeza pendapat dalam memberikan definisi hadis hasan memandangkan ia berada di tengah-tengah antara sahih dan da’if. Sebahagian ulama mendefinisikan salah satu bahagiannya sahaja. Bagaimanapun penulis akan menyebutkan sebahagian daripada …

Read More »

Sesi 8 – (Sambungan) Al-Sahih, Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim Yang Manakah Dihukumkan Sebagai Sahih?

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya, 24 Mei 15   Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim Yang Manakah Dihukumkan Sebagai Sahih? Kita telahpun mengetahui bahawa al-Bukhari dan Muslim tidak memasukkan di dalam kitab sahih mereka kecuali hadis sahih sahaja dan ummat Islam menerima dengan baik kitab mereka berdua. Hadis-hadis manakah yang dihukumkan sahih dan diterima oleh ummat? Jawapannya ialah hadis yang diriwayatkan dengan …

Read More »

Sesi 7 – (Sambungan) Al-Sahih

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya, 17 Mei 15   Adakah diputuskan mana-mana sanad sebagai sanad yang paling sahih secara mutlak? Mengikut pendapat terpilih, tidak boleh diputuskan mana-mana sanad sebagai sanad yang paling sahih secara mutlak kerana perbezaan tingkatan kesahihan berdasarkan kepada kemungkinan sanad untuk memenuhi syarat sahih. Hadis yang memenuhi keperluan, maksimum kesemua syarat sahih adalah sangat jarang. Sepatutnya tidak …

Read More »

Sesi 6 – Klasifikasi Khabar Ahad Berdasarkan Kepada Kekuatan Dan Kelemahannya, Al-Khabar al-Maqbul, Al-Sahih

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya, 10 May 15   FASAL KEDUA: Klasifikasi Khabar Ahad Berdasarkan Kepada Kekuatan Dan Kelemahannya Hadis ahad yang terdiri daripada mashhur, ‘aziz dan gharib terbahagi kepada dua : Maqbul iaitu hadis yang kebenaran penceritanya lebih kuat atau lebih mengatasi. Hukumnya, wajib berhujah dan beramal dengannya. Mardud iaitu hadis yang kebenaran penceritanya tidak kuat. Hukumnya ialah tidak …

Read More »

Sesi 5 – Al-Aziz, Hadis Gharib

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya, 3 May 15     Al-‘Aziz العزيز Definisi Dari Segi Bahasa  Sifat mushabbahah daripada ‘azza ya’izzu عزّ يعِزّiaitu sedikit dan jarang atau daripada ‘azza ya’azzu عزّ يعَزّkuat dan bersangatan. Dinamakan demikian sama ada kewujudannya yang sedikit dan jarang ataupun kerana kekuatannya kerana ia datang dari tariq (jalan sanad) yang lain. Dari Segi Istilah  Hadis yang …

Read More »

Sesi 4 – (Sambungan) Al-Khabar Al-Mutawatir, Khabar Al-Ahad

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 26 Apr 15 (SAMBUNGAN) PERBAHASAN PERTAMA: Al-KHABAR AL-MUTAWATIR (Nota: Untuk bahagian awal perbincangan sila rujuk Sesi 3)   Hukumnya Al-Mutawatir menghasilkan ilmu yang pasti iaitu ilmu yang diyakini dan seseorang itu mempercayai atau membenarkan dengan tegas dan putus seperti orang menyaksikan sendiri sesuatu peristiwa dan dia tidak teragak-agak untuk membenarkannya maka begitulah halnya dengan …

Read More »

Usul Daripada Hadis Larangan Berbisik Di Hadapan Seseorang

Muhammad Hanief Awang Yahaya   وَعَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ  رضي الله عنه  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اِثْنَانِ دُونَ اَلْآخَرِ, حَتَّى تَخْتَلِطُوا بِالنَّاسِ; مِنْ أَجْلِ أَنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ, وَاللَّفْظُ لِمُسْلِمٍ. Daripada Ibn Mas’ud katanya Rasulullah s.a.w . bersabda: “Apabila kamu bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa orang ketiga sehinggalah …

Read More »

Prinsip Yakin Dan Menjauhi Keraguan Dalam Mengerjakan Ibadat

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ فِي بَطْنِهِ شَيْئًا فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ أَخَرَجَ مِنْهُ شَيْءٌ أَمْ لَا فَلَا يَخْرُجَنَّ مِنْ الْمَسْجِدِ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا Daripada Abu Huraiyrah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang dari kamu mendapati ada sesuatu dalam perutnya lalu dia menjadi musykil adakah keluar sesuatu darinya …

Read More »