Rijalul Hadits

‘AMRAH BINTI ‘ABDUL RAHMAN BIN S’AD BIN ZURARAH

‘Amrah binti ‘Abdul Rahman bin S’ad bin Zurarah bin ‘Udus al-Ansariyyah al-Najjariyyah, ahli hadis dan ahli fiqh. Beliau mendapat didikan dan ilmu secara langsung daripada Ummu al-Mu`minin ‘A`ishah r.ha. dan merupakan salah seorang perawi yang utama daripada beliau selain dari al-Qasim bin Muhammad dan ‘Urwah bin al-Zubair. Datuknya, Sa’d merupakah salah seorang sahabat yang awal memeluk Islam dan saudara kepada …

Read More »

ABDULLAH BIN YUSUF AL-TINNISI

Abu Muhammad al-Kala’i al-Misri Beliau berasal dari Dimasyq kemudian menetap di Tinnis. Keutamaannya dalam bidang hadis diakui sebagai seorang imam hadis yang mutqin (kuat hafalannya), teguh (kemas dalam periwayatannya) dan tekun dalam bidangnya. Guru-guru; Isma’il bin Rabi’ah bin Hisyam bin Ishaq bin Kinanah Isma’il bin ‘Ulayyah Bakr bin Mudhar Al-Hakam bin Hisyam al-Thaqafi Khalid bin Yazid bin Soleh bin Sobih …

Read More »

KEDUDUKAN SAHABAT SEBAGAI GENERASI HADIS YANG PERTAMA

Sahabat Rasulullah s.a.w. merupakan generasi yang paling mulia kerana mereka menerima pendidikan secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. di samping terdidik dalam suasana wahyu. Melalui mereka sunnah Rasulullah s.a.w. terpelihara dan dapat sampai kepada generasi kemudian. Allah s.w.t. telah memilih satu generasi yang paling mulia untuk mendampingi dan menemani RasulNya. Demi memastikan Islam tetap tersebar ke seluruh alam, mereka sangup mengorbankan …

Read More »

ISMAIL BIN MUSA AL-FAZARI

Abu Hatim mengatakan: Dia seorang yang benar. Al-Nasai berkata: “Tidak mengapa dengan beliau. Ibn ‘Adi berkata: Ulama hadith mempertikaikannya kerana fahaman Syiahnya yang melampau. [1] Ismail al-Fazari berketurunan al-Suddi iaitu cucu kepada al-Suddi [2]. Ibn Hibban mengatakan beliau sering melakukan kesilapan. Abdan berkata: Abu Bakr Ibn Abi Syaibah atau Hammad bin Sariyy mempertikaikan kami kerana menemui Ismail. Beliau berkata dia …

Read More »

HAKIM BIN JUBAIR

Kata al-Zahabi: Dia seorang Syiah yang tidak banyak meriwayatkan hadis. Imam Ahmad mengatakan dia seorang yang dha’if dan hadithnya mungkar. Kata al-Bukhari: Syu`bah mempertikaikannya. Daraqutni menghukumkannya sebagai “Matruk” iaitu seorang yang ditinggalkan hadithnya dan ceritanya tidak dihiraukan. Al-Nasai: Dia seorang yang tidak kuat. Al-Jauzajani pula mengatakan: Hakim bin Jubair seorang pendusta besar [1]. Abu Hatim mengatakan dia seorang yang dhaif …

Read More »

HAFS BIN GHIYATH

Beliau ialah Hafs bin Ghiyath bin Talq bin Mu’awiyah bin Malik bin al-Harith bin Tha’labah bin ‘Amir bin Rabi’ah. Kuniahnya Abu ‘Umar al-Kufi. Beliau merupakan qadi di Kufah di samping pernah menjadi qadi di Baghdad. Antara guru-guru beliau ialah Hisham bin ‘Urwah, datuknya Talq bin Mu’awiyah, Isma’il bin Abi Khalid, Isma’il bin Sumay’, Ash’ayh bin Sawwar, Ash’ath bin ‘Abdul, Sufyan …

Read More »

MARTABAT–MARTABAT PARA PERAWI

Maksud martabat para perawi ialah peringkat atau darjah perawi yang menentukan sama ada hadisnya itu dijadikan hujjah, dijadikan i’tibar atau diketepikan. Pembahagian peringkat perawi yang mula-mula sekali dibuat oleh Abdur Rahman bin Mahdi. Beliau mengatakan: Para perawi itu ada tiga, seorang yang hafiz, mutqin, ini dipersetujui yang tidak ada khilaf tentangnya, seorang lagi waham tetapi kebiasaan hadisnya adalah sahih, maka …

Read More »

TABI`IN: GENERASI HADIS YANG KEDUA

Disediakan oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya   Generasi utama selepas para sahabat ialah para tabi’in. Definisi tabi’in ialah orang yang mendampingi sahabat Rasulullah s.a.w. dalam keadaan beriman dan mati sebagai seorang muslim. Mereka mempunyai kedudukan yang utama kerana merekalah generasi kedua yang mewarisi ilmu hadis dan mendapat didikan daripada generasi yang telah di didik oleh Rasulullah s.a.w. Faedah Mengetahui Pengetahuan …

Read More »

PERAWI-PERAWI UTAMA DARIPADA ABU HURAIRAH

Disediakan oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya   Abu Hurairah Al-Dawsi al-Yamani, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang mulia. Ulama berbeza pendapat tentang nama beliau dan ayahnya, tetapi yang paling masyhur ialah ‘Abdul Rahman bin Sakhr. Ini merupakan pendapat Ibn ‘Abd al-Barr. Beliau memeluk Islam pada awal tahun 7H iaitu pada peperangan Khaibar. Beliau adalah seorang imam, hafiz, faqih, beliau banyak mengambil …

Read More »

NAFI’ MAWLA IBN ‘UMAR DAN TABAQAT MURID-MURIDNYA

Disediakan oleh: Muhammad Hanief Awang Yahaya   Kuniahnya Abu ‘Abdillah al-Madani. Ulama berbeza pendapat tentang nasabnya. Hafiz Ibn Hajar mengatakan tidak ada satupun pendapat tersebut yang sahih di sisinya. Ibn Umar memperolehinya sebagai hamba sahaya dalam salah satu ghazwah, ya’ni peperangan bersama Rasulullah s.a.w. dan beliau selalu menyatakan, sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberi ni’mat yang banyak kepada kami dengan sebab …

Read More »