Rijalul Hadits

Ja’far bin Sulaiman al-Dhuba’i al-Basri

Beliau seorang yang benar, zahid tetapi mempunyai fahaman Syiah. Ahmad berkata: Dia tidak mempunyai masalah. Sulaiman bin Harb mengatakan: Hadithnya tidak boleh ditulis. Di tempat lain Imam Ahmad menyebut: Dia mempunyai fahaman Syiah dan selalu menceritakan hadith tentang kelebihan Ali dan penduduk Basrah selalu bersikap melampau di dalam memuja Ali. Kata al-Dawri: Apabila disebutkan Muawiyah beliau akan memakinya tetapi apabila …

Read More »

Perawi Yang Tidak Diketahui Tentang Keadilan Dan Ketepatannya (Majhul)

Muhammad Hanief Awang Yahaya Perawi majhul ialah perawi yang tidak diketahui kedudukannya dari segi jarh dan ta’dil. Ia merangkumi perawi yang tidak disebutkan namanya, tidak diketahui diri peribadinya dan tidak diketahui keadaan peribadinya. Ketidaktahuan tentang perawi merupakan salah satu sebab kecaman terhadap keadilannya sehingga menyebabkan riwayatnya tertolak. Al-Khatib al-Baghdadi berkata: “Perawi majhul di sisi ulama hadis ialah setiap orang yang …

Read More »

TABI`IN: GENERASI HADIS YANG KEDUA

Generasi utama selepas para sahabat ialah para tabi’in. Definisi tabi’in ialah orang yang mendampingi sahabat Rasulullah s.a.w. dalam keadaan beriman dan mati sebagai seorang muslim. Mereka mempunyai kedudukan yang utama kerana merekalah generasi kedua yang mewarisi ilmu hadis dan mendapat didikan daripada generasi yang telah di didik oleh Rasulullah s.a.w. Faedah Mengetahui Pengetahuan tentang tabi’in amat penting bagi pelajar hadis. …

Read More »

PERAWI-PERAWI UTAMA DARIPADA ABU HURAIRAH

Abu Hurairah Al-Dawsi al-Yamani, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang mulia. Ulama berbeza pendapat tentang nama beliau dan ayahnya, tetapi yang paling masyhur ialah ‘Abdul Rahman bin Sakhr. Ini merupakan pendapat Ibn ‘Abd al-Barr. Beliau memeluk Islam pada awal tahun 7H iaitu pada peperangan Khaibar. Beliau adalah seorang imam, hafiz, faqih, beliau banyak mengambil ilmu daripada Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Ubay, …

Read More »

NAFI’ MAWLA IBN ‘UMAR DAN TABAQAT MURID-MURIDNYA

Kuniahnya Abu ‘Abdillah al-Madani. Ulama berbeza pendapat tentang nasabnya. Hafiz Ibn Hajar mengatakan tidak ada satupun pendapat tersebut yang sahih di sisinya. Ibn Umar memperolehinya sebagai hamba sahaya dalam salah satu ghazwah, ya’ni peperangan bersama Rasulullah s.a.w. dan beliau selalu menyatakan, sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberi ni’mat yang banyak kepada kami dengan sebab Nafi’. Merupakan ulama para tabi’in yang paling …

Read More »

MUHAMMAD BIN BASYSYAR

Muhammad bin Bashshar bin ‘Uthman bin Daud bin Kaysan al-‘Abdi. Kuniahnya Abu Bakr al-Basri dan gelarannya, Bundar (seorang yang sangat kuat ingatan). Dipanggil demikian kerana beliau seorang hafiz yang banyak meriwayatkan hadis. Beliau dilahirkan pada tahun 167H. Guru-Gurunya Ibrahim bin ‘Umar bin Abu al-Wazir, Azhar bin Sa’d al-Samman, Umayyah bin Khalid, Badl bin al-Muhabbar, Bisyr bin al-Wadhdhah, Bahz bin Asdam, …

Read More »

TUJUH PERAWI HADIS TERBANYAK

Ada tujuh sahabat Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam (SAW) yang meriwayatkan lebih dari 1.000 hadis semasa hidupnya Hidayatullah.com–Mereka tercatat sebagai sahabat-sahabat Rasul s.a.w yang terbanyak meriwayatkan hadis. Ketujuh sahabat tersebut adalah Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhu (ra), Abdullah bin Abbas ra, Abu Hurairah ra, Anas bin Malik ra, Jabir bin Abdullah ra, Said Al Khudri ra, dan Sitti Aisyah r.hu. …

Read More »

ILMU RIJAL HADIS: SATU PENGENALAN

Kedatangan Islam dengan al-Quran dan al-Hadis telah membuka lembaran baru dalam sejarah ketamadunan manusia dan perkembangan ilmu. Ilmu-ilmu seperti Usul al-Fiqh, Usul Tafsir dan Balaghah yang dihasilkan oleh Islam tidak pernah diketahui sebelum ini. Kemunculan ilmu-ilmui ini tidak lain dan tidak bukan untuk menghuraikan dan menjelaskan maksud al-Quran dan al-Hadis. Antara ilmu yang muncul ialah ilmu Rijal Hadis iaitu ilmu …

Read More »

‘ABDULLAH BIN ZAKWAN

Abdullah bin Zakwan merupakan seorang tokoh hadis dari kalangan tabi’in yang diakui sebagai imam dan faqih Madinah, beliau lebih dikenali dengan kuniahnya Abu al-Zinad dan nisbahnya, al-Madani. Beliau dilahirkan pada tahun 64 dan meninggal dunia pada tahun 130 ketika berusia 66 tahun. Antara ulama yang menjadi tumpuannya untuk mendengar hadis ialah Anas bin Malik, As’ad bin Sahl bin Hunaif, ‘Abdullah …

Read More »

IMAN AL-HUMAIDI

Nama beliau ialah ‘Abdullah bin al-Zubair bin ‘Isa dan kuniahnya, Abu Bakr. Beliau merupakan ulama yang berasal dari Mekah dan berketurunan Quraisy. Oleh sebab itu, beliau dinisbahkan dengan al-Makki al-Qurasyi. Kedudukan beliau dalam ilmu cukup istimewa kerana beliau adalah guru kepada imam al-Bukhari. Selain itu, beliau adalah teman rapat imam al-Syafi’e dan menemaninya dalam mempelajari hadis daripada Sufyan bin ‘Uyainah. …

Read More »