Asas

Sesi 20 – Al-Mu’allal

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 11 Okt 15     AL-MU’ALLAL Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah kekeliruan maka hadisnya itu dinamakan hadis mu’allal. Ini adalah sebab yang keenam. Definisinya Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada “allalahu” iaitu mencacatkan atau menimpakan penyakit. Kata nama “mu’all” iaitu yang cacat atau ditimpakan penyakit. Binaan perkataan ini mengikut …

Read More »

Sesi 19 – Al-Matruk, Al-Munkar, Al-Ma’ruf, Al-Shadh Dan Al-Mahfuz

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 04 Okt 15     AL-MATRUK Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah tuduhan berdusta maka hadisnya itu dinamakan hadis matruk. Definisinya Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada al-tark iaitu meninggalkan. Orang Arab menamakan telur yang telah menetas dan keluar anak burung darinya sebagai al-tarikah iaitu yang ditinggalkan kerana tidak mempunyai …

Read More »

SESI 18 – Al-Mawdu’

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 20 Sep 15     AL-MAWDU’ Jika sebab kecaman pada perawi itu ialah berdusta atas Rasulullah s.a.w maka hadisnya itu dinamakan hadis mawdu’. Definisinya Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada wada’a al-shay’ iaitu merendahkannya. Dinamakan demikian kerana kedudukannya yang rendah. Menurut istilah pula, pendustaan yang direka, dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. Kedudukannya …

Read More »

Sesi 17 – Al-Mursal Al-Khafi, Al-Mu’an’an Dan Mal-Mu’annan, Mardud Dengan Sebab Kecaman Pada Perawi

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 13-Sept-15     AL-MURSAL AL-KHAFIY المرسل الخفيّ Definisi Dari segi bahasa mursal adalah kata nama objek daripada perkataan al-Irsal الإرسال iaitu melepaskan. Seolah-olah perawi hadis mursal melepaskan sanad tanpa menyambungkannya. Al-Khafi الخفيّ(yang tersembunyi) pula lawan kepada al-Jali الجلي (yang terang) kerana bentuk Irsal ini tidak jelas dan hanya dapat diketahui melalui kajian mendalam. Menurut …

Read More »

Sesi 16 – Al- Mudallas

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 06 Sep 15     AL-MUDALLAS المدلّس Definisi al-Tadlis Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek bagi kata dasar tadlis تدليس iaitu menyembunyikan kecacatan barang daripada pembeli. Kata akar tadlis ialah al-dalas الدَّلَسiaitu kegelapan atau pencampurnan dengan kegelapan sebagaimana yang disebutkan oleh kitab al-Qamus al-Muhit. Seolah-olah, kerana perawi mudallis menyembunyikan kepada orang yang …

Read More »

Sesi 15 – Al-Mu’dal, Al-Munqati’

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya, 23 Ogos 15     AL-MU’DAL الُمْعَضل   Definisi Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek bagi kata kerja a’dala َ أعْضَلiaitu memenatkan. Dari segi istilah ia adalah hadis yang gugur dari sanad dua orang perawi berturut-turut. Contohnya Hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim dalam Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith dengan sanadnya kepada al-Qa’nabi عن مالك إنه …

Read More »

Sesi 14 – Mardud Dengan Sebab Gugur Perawi Dari Sanad, Al-Mu’allaq, Al-Mursal

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya, 16-Ogos-15     Perbahasan Kedua: Mardud Dengan Sebab Gugur Perawi Dari Sanad Maksud gugur dari sanad ialah terputus rantaian perawi dengan sebab gugur seorang perawi dari sanad, secara sengaja ataupun tidak, yang dilakukan oleh sebahagian perawi, sama ada dari awal sanad, pertengahan ataupun akhir, sama ada secara jelas atau tersembunyi. Bahagian-Bahagian Gugur Berdasarkan kepada jelasnya …

Read More »

Sesi 13 – (sambungan) Nasikh Al-Hadith Wa Mansuukhuh, Khabar Mardud Dan Sebab-sebab Penolakannya, Al-Da’if

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 09 Ogos 15     Bagaimana Hadis Nasikh Dan Mansukh Diketahui? Hadis nasikh dan mansukh diketahui dengan salah satu daripada perkara-perkara berikut: Penjelasan Rasulullah s.a.w. seperti hadis Buraydah di dalam Sahih Muslim: كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيارَةِ القُبُورِ فَزُورُوها فَإنَّها تُذَكِّرُ الآخِرَةَ  “Dahulu aku melarang kamu dari menziarahi kubur, maka ziarahilah kubur kerana ia mengingatkan …

Read More »

Sesi 12 – (Sambungan) Al-Muhkam Wa Al Mukhtalif Al-Hadith, Nasikh Al-Hadith Wa Mansuukhuh

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya, 03-Ogos-15     Contoh Hadis Mukhtalif Hadis لَا عَدْوَى وَلَا طِيَرَة “Tidak ada jangkitan dan sial burung” yang dikeluarkan oleh Muslim dan hadis وَفِرَّ مِنْ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الْأَسَدِ “Larilah dari orang yang diserang kusta seperti anda lari dari singa” yang dikeluarkan oleh al-Bukhari. Kedua-dua hadis ini adalah sahih, namun pada zahirnya ada pertentangan …

Read More »

Sesi 11 – Sahih Li Ghayrih, Al-Hasan Li Ghayrih, Khabar Ahad Makbul Yang Mempunyai Sokongan, PERBAHASAN KEDUA: Klasifiaksi Khabar Maqbul Kepada Yang Diamalkan Dan Tidak Boleh Diamalkan, Al-Muhkam Wa Al Mukhtalif Al-Hadith

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya, 14-Jun-15     AL-SAHIH LI GHAYRIH الصحيح لغيره Definisi Iaitu hadis hasan li dhatihi apabila diriwayatkan melalui jalan yang lain sepertinya atau lebih kuat darinya. Dinamakan sahih lighairih kerana kesahihan tidak datang dari sanad itu sendiri, tetapi hanya sahih apabila digabungkan dengan sanad lain dan ini boleh digambarkan dengan formula berikut: hasan li dhatihi + …

Read More »