Asas

Sesi 29 – Qiraa’ah ‘Ala Al-Syaykh, Ijazah, Al-Munawalah, Al-Kitabah, Al-I’iam, Wasiay, Al-Wijadah

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 20- Dis-16     (sambungan) CARA-CARA PENERIMAAN DAN LAFAZ-LAFAZ PEMYAMPAIAN HADIS Qiraa’ah ‘Ala Al-Syaykh (membaca di hadapan guru) Majoriti Ulama hadis menamakannya dengan `ard (pembentangan). Bentuknya: Pelajar membaca sedangkan syeikh mendengar sama ada pelajar itu sendiri membaca atau pelajar lain yang membaca dan dia mendengar, sama ada bacaan itu daripada hafalan atau daripada buku, …

Read More »

Sesi 28 – Tingkatan Jarh Dan Ta’dil, Metode mendengar Dan Menerima Hadis, Cara-Cara Penerimaan Dan Lafaz-Lafaz Penyampaian Hadis

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 06- Dis-15     FASAL KETIGA Tingkatan Jarh dan Ta’dil Di dalam pendahuluan kitabnya, al-Jarh Wa al-Ta’dil, Ibn `Adi telah membahagikan peringkat Jarh dan Ta’dil dengan masing-masing ada empat dan menjelaskan hukum setiap peringkat itu.  Kemudian ulama telah membahagikan setiap peringkat itu kepada dua.  Dengan itu, setiap peringkat Jarh dan Ta’dil itu mempunyai enam.  …

Read More »

Sesi 27 – Hukum Periwayatan, Kitab Jar’h Wa Ta’dil

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 29- Nov-15     Hukum Periwayatan Daripada Perawi Yang Mengambil Upah Mengajarkan Hadis Setengah ulama tidak menerima periwayatan perawi yang mengambil upah kerana mengajarkan hadis. Antara mereka ialah, Imam Ahmad, Ishaq dan Abu Hatim. Setengah ulama yang lain menerima seperti Abu Nu’aym Fadal bin Dukayn. Abu Ishaq al-Shirazi memfatwakan harus mengambil upah bagi perawi …

Read More »

Sesi 26 – Al-I’tibar. Al-Mutabi’ Dan Al-Shahid

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 15- Nov-15   AL-I’TIBAR, AL-MUTABI’ DAN AL-SHAHID Definisi Al-I’tibar Dari sudut bahasa, “al-i’tibar” adalah kata dasar bagi “i’tabara” yang bermaksud memerhatikan beberapa perkara untuk mengetahui dengannya perkara lain yang sama jenis dengannya. Dari segi istilah pula, memeriksa jalan-jalan hadis yang diriwayatkan oleh perawi secara berseorangan untuk mengetahui adakah ada perawi lain yang juga meriwayatkannya …

Read More »

Sesi 25 – Al-Musnad, Al-Muttasil, Ziyadat Al-Thiqat

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 15- Nov-15   PERBAHASAN KEDUA BAHAGIAN KHABAR YANG MEMPUNYAI SIFAT MAQBUL DAN MARDUD. AL-MUSNAD Definisi: Dari sudut bahasa, al-Musnad adalah kata nama objek bagi “asnada” iaitu menyandarkan atau menisbahkan. Dari segi istilah pula, hadis yang bersambung sanadnya secara marfu’ kepada Rasulullah s.a.w. Contoh: Hadis yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari katanya: “Abdullah bin Yusuf menceritakan …

Read More »

Sesi 24 – Khabar Yang Bersifat Maqbul Dan Mardud, Hadis Qudsi, Al-Marfu’, Al-Mawquf, Al-Maqtu’

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 08- Nov-15     FASAL KETIGA: KHABAR YANG BERSIFAT MAQBUL DAN MARDUD Perbahasan Pertama: Pembahagian Khabar Merujuk kepada Sandarannya. Berdasarkan kepada orang yang disandarkan kepadanya hadis, khabar terbahagi kepada empat bahagian iaitu hadis Qudsi, Marfu’, Mawquf dan Maqtu’. Di sini dikemukakan satu persatu huraian secara terperinci. HADIS QUDSI Definisi Dari sudut bahasa al-Qudsi adalah …

Read More »

Sesi 23 – Al-Musahhaf, Ketidaktahuan Tentang Perawi, Al-Mubham, Al-Bid’ah, Lemah Ingatan Dan Hafazan

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 01- Nov-15     AL-MUSAHHAF Definisinya Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada “al-tashif” iaitu kesilapan dalam catatan.  “Al-Sahafi” iaitu orang yang melakukan kesilapan dalam membaca catatan lalu mengubah beberapa lafaz kerana salah membaca. Dari segi istilah pula, “tashif” ialah mengubah perkataan dalam hadis kepada yang  bukan diriwayatkan oleh perawi-perawi thiqah secara …

Read More »

Sesi 22 – Al-Maqlub, Al-Mazid Fi Muttasil Al-Asanid, Al-Mudtarib

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 25 Okt 15     AL-MAQLUB Definisinya Dari segi bahasa ia adalah kata nama objek daripada “al-qalb” iaitu memusingkan sesuatu dari mukanya. Dari segi istilah pula menukarkan lafaz dengan yang lain pada sanad atau pada matan dengan cara mendahulukan, mengkemudiankan atau lain-lain. Bahagian-Bahagiannya Hadis maqlub terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Maqlub al-Sanad  dan …

Read More »

Sesi 21 – Percanggahan Dengan Perawi-Perawi Thiqah, Al-Mudraj

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 18 Okt 15     Jika sebuah kecaman pada perawi itu ialah percanggahan dengan perawi-perawi thiqah maka timbul lima kategori hadis yang lain iaitu “mudraj”, “maqlub”, “mazid fi muttasil al-asanid”, “mudtarib” dan “musahhaf”. Jika percanggahan yang melibatkan perubahan “siyaq” sanad atau memasukkan “mawquf” dalam “marfu’” maka ia dinamakan “mudraj”. Jika percanggahan yang melibatkan mendahulukan …

Read More »