Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

BENARKAH HAJJAJ SEORANG YANG SANGAT JAHAT?

 

Video memaparkan kepalsuan dakwaan tersebut dan Hajjaj seorang yang baik berdasarkan hadits Shahih Bukhari

 

Al-Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqofi seorang gabenor Iraq yang dilantik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan pada zaman khilafah Bani Umayyah Kebiasaannya beliau digambarkan sebagai penguasa yang zalim dan kejam bahkan seolah-olah penguasa paling kejam di atas muka bumi Allah ini hinggakan apabila timbul sahaja kisah tentang penguasa atau pemerintah yang zalim lalu terlintaslah untuk mengaitkannya dengan Hajjaj bin Yusuf as-Tsaqofi. Walaupun pentadbirannya yang keras dan berdisiplin dikritik oleh banyak pihak, namun antara jasa-jasanya yang dikenang umat Islam adalah :-

• Mendaulatkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.

• Menambah baris dan tanda-tanda di dalam bacaan Al-Quran untuk memudahkan pembacaan umat Islam.

• Menyelamatkan umat Islam yang diserang oleh kerajaan Hindu di India dengan menghantar Muhammad ibn Qasim sehingga berjaya mengukuhkan kuasa Islam di sana.

• Mengukuhkan pertahanan Islam di Turkestan dengan menghantar tentera pimpinan Qutaibah ibn Muslim sehingga menembusi sempadan negara China.

• Meluaskan empayar Islam di Eropah dengan menghantar tentera Islam pimpinan Musa ibn Nusair dan Tariq ibn Ziyad ke Sepanyol.

Hajjaj dikatakan berjasa besar kepada Islam kerana memasukkan baris kepada Al-Quran. Pada masa yang sama beliau dituduh membunuh sekian ramai orang Islam sesuka hatinya. Apakah maksud sebenar di sebalik cerita-cerita yang saling bercanggahan ini? Inilah agenda pereka-pereka kisah yang terdapat dalam buku-buku sejarah Islam; mereka ingin menyatakan bahawa Quran yang ada pada hari ini adalah Quran yang diragui kesahihannya kerana baris-baris yang ada dalam Quran ini adalah hasil usaha seorang yang amat jahat, pembunuh yang tidak berperikemanusian yang bernama Hajjaj!! Ini lah fitnah dahsyat musuh-musuh Islam yang ditelan bulat-bulat oleh kita orang Islam!

Berikut ialah kitab yang menjadi tesis PhD Dr Mahmud Ziyadah dan dinamakan “Al-Hajjaj Bin Yusoff as-Tsaqofi: al-Muftara ‘alaih” (al-Hajjaj : Insan yang terfitnah) –

http://www.mediafire.com/?96yoa7mv7bzccup

Check Also

Marwan Al-Hakam – Peribadi Yang Enggan Diiktiraf Lumpur Sejarah

  PETIKAN DARI BUKU ‘ISU-ISU KONTROVERSI DALAM SEJARAH KHULAFA’ AL-RASYIDIN’ TULISAN PROF MADYA DR MARZUKI …

One comment

  1. Salam, Boleh tak Maulana Asri buat satu kuliah mengenai Hajjaj berdasarkan tesis PhD tersebut. Kerana tesisnya berbahasa Arab, saya kurang fasih.

    Pendapat saya sekarang, mungkin Hajjaj seorg yg “pure-minded/pure heart” atau lurus. Pembunuhan disebabkan politik (mengancam pemerintahan) atau pun tertipu dengan anasir yg memberikan maklumat palsu (cth: mcm kita kena amik tindakan kepada si A sbb dia sedang merancang pembunuhan khalifah, sbnrnya tak dan Hajjaj terpercaya)

    (Dalam sejarah awal² pembetukan Khilafah Uthmaniyah ada beberapa karakter yg pure-minded mcm ni, tetapi baik drpd segi agama, disitu sisi pandang saya)

    Harap Maulana dapat adakan kuliah khas (tesis PhD, sumber kuat dah tu) TQ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *