Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Anak Cucu Nabi s.a.w Yang Dilupa Dan Dipinggirkan


Notice: Undefined index: tie_hide_meta in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

 

Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita hanya tahu nama anak cucu Nabi s.a.w. adalah Saidatina Fatimah, Saidina Hasan dan Saidina Husin sahaja kerana kebiasaannya hanya mereka sahaja yang sering ditonjol-tonjolkan dalam catatan-catatan sejarah. Maka siapa pula yang dimaksudkan dalam selawat yang kita sebut setiap hari:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ya Allah, Berilah rahmat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad

Jadi, siapakah keluarga Nabi Muhammad s.a.w? Ringkasnya:

Anak-anak lelaki Nabi s.a.w.:

  1. Qasim
  2. `Abdullah
  3. Toyyib @ Tohir (Sebahagian ulama` mengatakan Toyyib @ Tohir bukan orang yang berbeza tetapi gelaran kepada `Abdullah)
  4. Ibrahim

Qasim, `Abdullah dan toyyib @ Tohir adalah anak Nabi s.a.w. dengan Saidatina Khadijah manakala Ibrahim adalah anak baginda dengan Mariah al-Qibtiyyah, beliau juga meninggal semasa masih kecil iaitu semasa berumur 16 bulan

Anak-anak perempuan Nabi s.a.w.:

  1. Zainab (isteri kepada Abul `Ash bin ar-Rabi`)
  2. Ruqayyah (isteri kepada Utsman bin `Affan)
  3. Fatimah (isteri kepada `Ali bin Abi Talib)
  4. Ummu Kultsum (juga kemudianya menjadi isteri kepada Utsman bin `Affan)

Semua cucu-cucu Rasulullah s.a.w. adalah keturunan dari anak-anak perempuan baginda s.a.w., kerana anak-anak lelaki baginda semuanya meninggal dunia ketika masih kecil lagi.

Cucu-cucu lelaki Nabi Muhammad s.a.w:

  1. `Ali bin Abul `Ash bin ar-Rabi` (Cucu sulung Nabi s.a.w.)
  2. `Abdullah bin Utsman bin `Affan
  3. Hasan bin `Ali bin Abi Talib
  4. Husain bin `Ali bin Abu Talib

Cucu-cucu perempuan Nabi Muhammad Nabi s.a.w:

  1. Umaamah binti Abul `Ash bin ar-Rabi`
  2. Ummu Kultsum binti `Ali bin Abu Thalib
  3. Zainab binti `Ali bin Abu Thalib

Untuk mengetahui kisah mereka dengan lebih lanjut sila tonton video ini;

Antara lain video ini juga membongkar tentang:

– Kisah-kisah latar belakang anak-anak Rasulullah s.a.w, menantu-menantu baginda dan cucu-cucu baginda s.a.w.

– Saidatina Fatimah az-Zahra` bukanlah anak bongsu

– Keistimewaan dan keutamaan anak-anak Rasulullah s.a.w. yang lain

– Benarkah cucu-cucu Nabi s.a.w. selain Hasan dan Husain meninggal semasa kecil

– Cucu lelaki sulung Nabi s.a.w. adalah `Ali bin Abul `Ash bin ar-Rabi`, dilahirkan sekitar 7 atau 8 tahun sebelum hijrah, syahid dalam perang Yarmuk (perang antara Islam dan Rom) di zaman Saidina `Umar pada ketika umurnya 22 tahun bahkan menjadi cucu pertama Nabi s.a.w. yang syahid dalam medan perang.

– Cucu sulung Nabi s.a.w. yang perempuan adalah Umamah binti Abil `Ash bin ar-Rabi`

– Bukti-bukti tentang kewujudan kisah mengenai mereka dari kitab-kitab sejarah dan hadis

– Jasa-jasa cucu-cucu Nabi selain Hasan dan Husain

– Sebab-sebab kenapa semua kisah tentang anak cucu Nabi s.a.w. yang lain disorok penjenayah sejarah

Selingan

Banyak hadits yang menyebutkan peri pentingnya kasih kita kepada Nabi s.a.w. bahkan menjadi salah satu tanda iman bagi seseorang muslim dan mukmin yang sejati. Kebiasaannya, apabila mengasihi, meminati atau mengidolakan seseorang maka kita akan ambil tahu segala yang berkaitan dengannya sama ada tentang dirinya maupun keluarganya maka tentulah lebih patut lagi untuk kita tahu apabila orang-orang tersebut ada kaitannya dengan penghulu segala Nabi dan Rasul iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Antara hadits-hadits tersebut adalah apa yang Imam Muslim riwayatkan dalam kitab shahihnya dalam: Bab Wajib Mencintai Rasulullah s.a.w. Lebih Dari Isteri, Anak, Ayah Dan Sekalian Manusia Lain Dan Tiada Iman Bagi Orang Yang Tidak Mengasihinya Dengan Kasih Ini

[١٦٨] ٦٩ (٤٤)- و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ ابْنُ عُلَيَّةَ ح و حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ كِلَاهُمَا عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ عَنْ أَنَسٍ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ عَبْدٌ وَفِي حَدِيثِ عَبْدِ الْوَارِثِ الرَّجُلُ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ أَهْلِهِ وَمَالِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Dan Zuhair telah meriwayatkan kepada saya, katanya: Ismail bin Ulayyah telah meriwayatkan kepada kami ح dan Syaiban bin Abi Syaibah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abd al-Waris telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua telah meriwayatkan kepada kami daripada `Abd al-`Aziz daripada Anas, beliau berkata:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman seseorang hamba,” dalam hadits `Abd al-Warits ‘tidak beriman seseorang itu’ “sehingga aku lebih dikasihinya daripada ahli keluarganya, hartanya dan manusia sekalian.”

 

[١٦٩] ٧٠ (٠٠)- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ سَمِعْتُ قَتَادَةَ يُحَدِّثُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Muhammad bin al-Mutsanna dan Ibnu Basysyar telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Muhammad bin Ja`far telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Saya mendengar Qatadah meriwayatkan daripada Anas bin Malik, katanya:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, ayahnya dan manusia sekalian.”

 

 

Ibnuhasan,
27 December 2010
Bersamaan 21 Muharram 1432 H
Sg.Petani, Kedah.

Check Also

Penyelewengan Sirah Dan Kesan Buruknya Terhadap Akidah Dan Masyarakat Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *