Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #855 : SOLAT SUNAT KIFARATUL BAULI


Notice: Undefined index: tie_hide_meta in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

Notice: Trying to access array offset on value of type null in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

af855 copy 33557931 compressed

Soalan :

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya. Saya menerima 1 mesej menerusi aplikasi whatsapp berkaitan solat sunat kifaratul bauli. Solat sunat ini dikatakan dilakukan untuk memohon keampunan daripada Allah daripada dosa yang disebabkan najis kencing yang terkena badan atau pakaian secara disedari atau tidak. Menurut mesej tersebut, ianya dilakukan selepas solat sunat dhuha sebanyak dua rakaat. Di mana pada rakaat pertama selepas al-Fatihah dibaca surah al-Kauthar sebanyak 7 kali dan pada rakaat yang kedua selepas membaca al-Fatihah, dibaca pula surah al-Ikhlas sebanyak 7 kali. Persoalan saya, adakah solat sunat kifaratul baul ini adalah sunnah daripada Rasulullah saw?.Adakah terdapat hadith yang menganjurkan amalan solat sunat ini?. Sekian terima kasih.

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Solat selain solat fardu sememangnya digalakkan. Ini ternyata benar apabila ada seorang lelaki badwi datang kepada Rasulullah untuk bertanyakan suatu perkara. Kata beliau :

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي مَاذَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ الصَّلَاةِ فَقَالَ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ إِلَّا أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا

Maksudnya :” Wahai Rasulullah, khabarkan kepada aku. Apakah solat yang difardukan kepada aku?. Sabda Nabi saw solat lima waktu kecuali engkau lakukan tambahan (solat sunat).”

Riwayat al-Bukhari (1891)

Solat sunat pula terbahagi kepada kepada beberapa bahagian, Iaitu :

  1. Muaqqat seperti solat sunat tarawih,witir dan dhuha
  2. Solat sunat yang dilakukan dengan sebab seperti solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat wuduk dan lain-lain.
  3. Solat sunat yang mengiringi solat fardhu. Sama ada sebelum atau selepasnya.
  4. Solat sunat mutlak iaitu yang tidak terikat dengan waktu atau apa-apa sebab.

Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah Fi al-Masail al-Mufidah (hlm 280)

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, kami tidak menemui sebarang sandaran daripada hadis atau athar bahkan tiada para ulama yang berkenaan solat kifaratul baul. Bahkan kitab-kitab yang muktabar tidak pernah menukilkan jenis solat yang sedemikian rupa.Kami melihat bahawa jenis solat tersebut tidak pernah ada.

Kesimpulannya, solat sebegini ada disebutkan dalam sesetengah kitab namun ia dinyatakan tanpa merujuk kepada sebarang dalil. Oleh yang demikian, solat sebegini perlu dihindari dan lebih baik diganti dengan solat sunat mutlak.

Kami menasihatkan juga agar berhati-hati terhadap mesej-mesej yang diterima khususnya apabila melibatkan perkara yang melibatkan ibadah. Semoga Allah memberi kita kefahaman dalam agama dan mampu untuk beramal sebanyaknya.

Wallahu’alam.

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Check Also

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-522: BERTAUBAT DARIPADA MENCURI DENGAN CARA BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

Soalan Assalamualaikum, saya ada satu persoalan. Boleh tak saya bayar semula duit yang pernah dicuri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *