Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #818 : AMBIL WUDUK SAMBIL LEWA


Notice: Undefined index: tie_hide_meta in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

Notice: Trying to access array offset on value of type null in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

Soalan

Apa hukum orang ambil wuduk sambil lewa tanpa gosok dengan tangan dan tanpa sampaikan air hingga ke siku? dan Basuh kaki dengan siram sahaja hingga air wuduk tak kena pada tumit apatah lagi buku lali.

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Perlunya kita untuk belajar bagaimana wuduk Rasulullah SAW. Berkenaan kesempurnaan dalam membasuh kaki, diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, beliau berkata:

تَخَلَّفَ عَنَّا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفْرَةٍ سَافَرْنَاهَا فَأَدْرَكَنَا وَقَدْ أَرْهَقَتْنَا الصَّلَاةُ وَنَحْنُ نَتَوَضَّأُ فَجَعَلْنَا نَمْسَحُ عَلَى أَرْجُلِنَا فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا

Maksudnya: “Nabi SAW pernah terlewat menyertai kami dalam suatu perjalanan yang kami lakukan. Ketika Baginda menyusuli kami, waktu solat sudah hampir habis. Kami lalu berwudhuk dengan hanya mengusap kaki kami (tidak sempurna membasuhnya).  Maka Nabi SAW menyeru dengan suara yang keras: “Celakalah bagi tumit-tumit yang tidak basah akan masuk neraka.” Baginda menyeru hingga dua atau tiga kali.”

Riwayat al-Bukhari (60)

Manakala mengikut lafaz dalam Sahih Muslim, Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma berkata:

رَجَعْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِمَاءٍ بِالطَّرِيقِ تَعَجَّلَ قَوْمٌ عِنْدَ الْعَصْرِ فَتَوَضَّئُوا وَهُمْ عِجَالٌ فَانْتَهَيْنَا إِلَيْهِمْ وَأَعْقَابُهُمْ تَلُوحُ لَمْ يَمَسَّهَا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-  وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ.

Maksudnya: “Kami pulang bersama Rasulullah SAW dari Mekah menuju Madinah. Di tengah perjalanan, kami tiba di suatu tempat yang terdapat air. Sebahagian orang tergesa-gesa berwudhuk kerana takut waktu Asar akan habis. Ketika kami menghampiri mereka, kami melihat tumit mereka kering, tidak disentuh oleh air. Lalu Nabi SAW bersabda: “Celakalah tumit-tumit (yang tidak terbasuh dengan air wudhuk) yang akan terkena api neraka. Sempurnakanlah wudhuk kamu dengan baik.”

Riwayat Muslim (593)

Manakala berkenaan kesempurnaan membasuh tangan pula, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Nu’aim ibn Abdillah al-Mujmir, beliau berkata:

رَأَيْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَتَوَضَّأُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ غَسَلَ يَدَهُ الْيُمْنَى حَتَّى أَشْرَعَ فِى الْعَضُدِ ثُمَّ يَدَهُ الْيُسْرَى حَتَّى أَشْرَعَ فِى الْعَضُدِ… ثُمَّ قَالَ هَكَذَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَتَوَضَّأُ

Maksudnya: Aku pernah melihat Abu Hurairah berwuduk lalu dia membasuh wajahnya, kemudian dia menyempurnakan wuduknya. Kemudian dia membasuh tangan kanannya hingga mengenai lengan atasnya (atas daripada siku), kemudian membasuh tangan kirinya hingga mengenai bahagian lengan kirinya hingga mengenai bahagian lengan atasnya… (di akhir hadis ini) Abu Hurairah berkata: Demikianlah aku melihat Rasulullah SAW berwuduk”.

Riwayat Muslim (602)

Justeru, apabila kita berwuduk, maka hendaklah sempurnakan segala bentuk basuhan atau sapu serta dilakukan mengikut rukun dengan penuh tertib. Meraikan yang sunat dan menjarakkan daripada sebarang bentuk yang boleh membawa kepada makruh.

Semoga kita menjadi golongan yang faham dalam agama dan dapat melaksanakannya dengan sebaiknya.

 

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Check Also

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-522: BERTAUBAT DARIPADA MENCURI DENGAN CARA BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

Soalan Assalamualaikum, saya ada satu persoalan. Boleh tak saya bayar semula duit yang pernah dicuri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *