Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #745: TIDAK DAPAT MEMBACA AL-FATIHAH DENGAN BAIK DI DALAM SOLAT


Notice: Undefined index: tie_hide_meta in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

Notice: Trying to access array offset on value of type null in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

 

 

Soalan: Apakah hukum seseorang itu tidak dapat menyebut perkataan “الضَّالِيْنَ” dengan sempurna semasa membaca surah al-Fatihah di dalam solat tetapi di luar solat boleh menyebutnya?

 

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

 

Di dalam mazhab Imam al-Syafie membaca surah al-Fatihah di dalam solat merupakan salah satu daripada rukun-rukun solat dan ia wajib dibaca di dalam setiap rakaat samaada solat sunat ataupun fardhu. Sekiranya seseorang itu tidak membaca surah al-Fatihah di dalam mana-mana rakaat maka solatnya itu tidak sah. Ini jelas melalui sabda Nabi SAW:

 

لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

Maksudnya: “Tiada solat bagi siapa yang tidak membaca al-Fatihah.” [Riwayat al-Bukhari (756)]

 

Tambahan pula, membaca surah al-fatihah di dalam solat termasuk di antara rukun qauli (ucapan) yang mana jika ditinggalkannya maka tidak sah solat yang dilakukan. Justeru, bacaan al-fatihah itu perlulah dibaca dengan lisan iaitu dituturkan melalui lidah dan bukannya ia sekadar dituturkan di dalam hati.

 

Imam al-Syafi’e pernah berkata:

 

وَلَا يُجْزِئُ الرَّجُل أَنْ يحْرِمَ لِلصَّلَاة بِقَلْبِهِ ، وَلَا يَقْرَأ بِقَلْبِهِ حَتَّى يُحَرِّكَ لِسَانَهُ

Maksudnya; “Tidak sah bagi seorang lelaki (atau wanita) mengangkat takbiratul ihram untuk solat melalui hatinya dan tidak sah pula dia membaca (al-fatihah) melalui hatinya sehinggalah dia menggerakkan lidahnya.” [Lihat: Mukhtasar al-Buwaithi, 244]

 

Bagi menjawab persoalan di atas, di dalam pembacaan surah al-Fatihah, kita wajib untuk mendatangkan setiap hukum yang terdapat di dalam setiap ayat seperti makhraj huruf dan tajwid. Akan tetapi, kita hanya wajib untuk datangkan setakat yang kita mampu. Adapun perkara-perkara yang kita tidak mampu maka Allah SWT tidak akan membebankan perkara tersebut berdasarkan firman Allah SWT:

 

لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

al-Baqarah:286

Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”

 

Justeru, bacaan seperti itu adalah sah dan tidak perlu diulangi solat tersebut kerana solat itu adalah sah. Akan tetapi, kita juga wajib untuk sentiasa mempelajari surah al-Fatihah dan juga rukun-rukun yang lain sehinggalah ia diperakui oleh orang yang ahli dalam bidang tersebut. Jika timbul perasaan waswas di dalam diri bahawa bacaan kita tidak tepat atau betul, maka abaikanlah perasaan tersebut kerana ia termasuk daripada gangguan syaitan.

 

Semoga Allah SWT memberikan kita kelapangan hati dan itqan (ketepatan) dalam membaca ayat-ayat-Nya. Amin.

 

Wallahua’lam

 

 

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Check Also

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-522: BERTAUBAT DARIPADA MENCURI DENGAN CARA BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

Soalan Assalamualaikum, saya ada satu persoalan. Boleh tak saya bayar semula duit yang pernah dicuri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *