Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #1310: ADAKAH DIWAJIBKAN UNTUK MENGASINGKAN MAYAT ORANG YANG MEMBUNUH DIRI DENGAN MAYAT UMAT ISLAM YANG LAIN?


Notice: Undefined index: tie_hide_meta in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

Notice: Trying to access array offset on value of type null in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

GAMBAR TANAM MAYAT ORANG MAI BUNUH DIRI

 

Soalan

Adakah mayat orang yang mati disebabkan membunuh diri perlu diasingkan dengan mayat umat Islam lain di tanah perkuburan?

 

Jawapan

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat.

Perbuatan membunuh diri merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar yang dimurkai oleh Allah SWT. Ini berdasarkan nas-nas daripada al-Qur’an dan as-Sunnah, antaranya ialah:

وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar”.

Surah al-Isra’: 33

Ayat ini menunjukkan haram untuk membunuh manusia tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara’. Keumuman larangan ini termasuklah larangan terhadap membunuh diri sendiri.

 

مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَىْءٍ عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَة

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh diri dengan cara tertentu, pada hari kiamat kelak dia akan diseksa dengan cara seperti itu juga”.

Riwayat al-Bukhari (6047) dan Sahih Muslim (110)

 

Kami pernah mengeluarkan artikel yang berkaitan dengan isu dan hukum-hakam berkaitan dengan perbuatan membunuh diri di bawah tajuk:

BAYAN LINNAS SIRI KE-74: TEKANAN HIDUP YANG MEMBAWA BUNUH DIRI: HUKUM DAN PENYELESAIANNYA[1]

AL-KAFI #1162: PERLUKAH SOLAT JENAZAH KE ATAS MEREKA YANG MEMBUNUH DIRI[2]

 

Hukum Mengebumikan Jenazah yang Mati Disebabkan Bunuh Diri

Ulama bersepakat bahawa orang yang mati disebabkan membunuh diri tidak terkeluar daripada Islam walaupun telah melakukan salah satu daripada dosa-dosa besar.  Ulama juga bersepakat bahawa jenazah orang yang membunuh diri wajib dikafankan dan dikebumikan di perkuburan umat Islam dan ia adalah satu fardhu kifayah seperti mana kewajipan memandikannya dan mengerjakan solat jenazah ke atasnya. Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (6/295)

Imam ibn Battal Rahimahullah telah berkata: “Ijma’ fuqaha dan ahli sunnah bahawa sesiapa yang membunuh diri tidak mengeluarkannya daripada Islam, disolatkan ke atasnya dan dosa ke atasnya (atas perbuatan membunuh diri) seperti mana yang dikatakan oleh Imam Malik, dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam” Rujuk Syarh Sahih al-Bukhari (3/349)

Imam Syihabuddin ar-Ramli Rahimahullah telah berkata: “Dan memandikan jenazah, mengapankannya, mengerjakan solat ke atasnya, membawanya ke kubur dan mengebumikannya merupakan fardhu kifayah secara ijma’ berdasarkan suruhan-suruhan daripada al-Qur’an dan as-Sunnah, sama ada ke atas jenazah yang membunuh diri atau selain daripadanya”. Rujuk Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj (2/441)

 

Kesimpulan

Orang Islam yang meninggal dunia disebabkan perbuatan membunuh diri tidak mengeluarkannya daripada agama Islam disebabkan perbuatannya itu, bahkan menjadi fadhu kifayah kepada umat Islam lain untuk memandikanya, mengapankannya, mengerjakan solat ke atasnya serta mengebumikannya di tanah perkuburan umat Islam.

Oleh itu, kami berpandangan mayat orang yang mati disebabkan perbuatan membunuh diri tidak perlu diasingkan dengan mayat-mayat lain di tanah perkuburan islam. Mayatnya diuruskan seperti mayat-mayat umat Islam yang lain termasuk tempat diletakkan mayat tersebut di tanah perkuburan.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

 

[1] https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1124-bayan-linnas-siri-74-tekanan-hidup-yang-membawa-bunuh-diri-hukum-dan-penyelesaiannya

[2] https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3219-al-kafi-1162-perlukah-solat-jenazah-ke-atas-mereka-yang-membunuh-diri

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Check Also

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-522: BERTAUBAT DARIPADA MENCURI DENGAN CARA BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

Soalan Assalamualaikum, saya ada satu persoalan. Boleh tak saya bayar semula duit yang pernah dicuri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *