Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #1298: NIAT UNTUK PUASA ENAM SYAWAL JIKA TIADA OPEN HOUSE


Notice: Undefined index: tie_hide_meta in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

Notice: Trying to access array offset on value of type null in /home/darulkautsar/public_html/wp-content/themes/sahifa/framework/parts/meta-post.php on line 3

Screen Shot 2019 06 20 at 9.46.29 AM 

SOALAN

Saya ingin bertanya kepada Sahibus Samahah tentang persoalan saya, adakah boleh saya berniat untuk berpuasa enam sekiranya tiada jemputan open house?

JAWAPAN

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Berlalunya Ramadhan tidak bermakna umat Islam kesepian daripada ibadat berpuasa. Sesungguhnya terlalu banyak puasa-puasa yang lain sama ada puasa wajib seperti puasa qada’, puasa nazar, dan puasa kafarah atau puasa sunat yang pelbagai jenis.

Berkesinambungan daripada bulan Ramadhan yang mulia, di mana umat Islam berjaya menahan lapar, dahaga serta seluruh anggota, maka junjungan yang mulia menganjurkan pula enam hari puasa di dalam bulan Syawal ini seperti yang disabdakan Baginda SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: Barang siapa yang berpuasa di dalam bulan Ramadhan kemudian diikuti enam hari di dalam bulan syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun

Riwayat Muslim (1164)

Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa di sisi Mazhab al-Syafie, hukum puasa ini adalah sunat kerana sangat jelas perintah untuk melakukannya. Selain itu, yang paling afdhal ialah puasa enam hari berturut-turut, namun bagi mereka yang berpuasa berasingan dan melewatkan sehingga ke akhir syawal, tetap mendapat pahala kerana meneruskan puasa di dalam bulan Syawal sebagai kesinambungan daripada Ramadhan. Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim (8/56).

Dalam menjawab persoalan yang diajukan ini, perlu untuk difahami perkara serta syarat yang berkaitan dengan niat puasa sunat.

Yang pertama, puasa sunat tidak disyaratkan untuk al-Tabyiit, iaitu menetapkan niat puasa pada malam hari. Namun diberi keluasan sehingga sebelum tergelincir matahari. Hal ini jelas berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina Aishah RA, beliau berkata:

قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَاتَ يَوْمٍ ‏”‏ يَا عَائِشَةُ هَلْ عِنْدَكُمْ شَىْءٌ ‏‏قَالَتْ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عِنْدَنَا شَىْءٌ ‏.‏ قَالَ ‏”‏ فَإِنِّي صَائِمٌ ‏”‏

Maksudnya: Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah berkata kepada aku, “ Wahai Aishah, adakah kamu mempunyai sesuatu (untuk dimakan)” Aishah berkata, “ Wahai Rasulullah, kita tidak mempunyai apa-apa” Baginda bersabda “ Maka sesungguhnya aku berpuasa”

Riwayat Muslim (1154)

Imam al-Nawawi menyatakan hadith ini menjadi dalil, sahnya puasa sunat sekiranya diniatkan pada siang hari sebelum tergelincir matahari. Lihat al-Majmu’ (8/35). Imam Ibn Qudamah pula mengingatkan bahawa yang melewatkan niat sehingga waktu siang dikira sah selagi mana dia belum menjamah apa-apa makanan. Lihat al-Mughni (3/98).

Yang kedua, seseorang itu hendaklah menjazamkan niat supaya sah niat itu. Jazm perkataan bahasa Arab yang bermaksud menetapkan tanpa keraguan. Sesuatu niat itu hendaklah ditetapkan tanpa wujud sebarang unsur keraguan. Antaranya disebutkan oleh Syeikh Muhammad Zuhaili:

“Sekiranya seseorang itu meletakkan taaliq di dalam niatnya dengan menyebut: InsyaAllah di dalam hati atau melafazkannya, bertujuan untuk mendapat keberkatan, atau untuk benar-benar merealisasikan puasa yang diniatkan itu dan berharap dipanjangkan umur sehingga selesai puasanya itu, maka taaliq itu tidak memberi kesan kepada puasanya. Sekiranya bertujuan untuk mentaaliqkan (menambah sesuatu perkara di dalam niat puasa), dan keraguan (untuk berpuasa atau tidak), tidak sah puasanya. Kerana tidak ditetapkan niatnya”

Kesimpulan

Berdasarkan nas dan hujah di atas, kami nyatakan bahawa niat puasa sunat secara umumnya atau secara khususnya niat puasa enam syawal tidak boleh ditaaliqkan atau ditambah keraguan yang menunjukkan ketidak tetapan sama ada mahu berpuasa atau tidak. Hal ini jelas berdasarkan apa yang kami sebutkan di atas.

Semoga kita mendapat taufiq dan hidayah dalam mengamalkan syariat-Nya. Amin

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Check Also

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-522: BERTAUBAT DARIPADA MENCURI DENGAN CARA BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

Soalan Assalamualaikum, saya ada satu persoalan. Boleh tak saya bayar semula duit yang pernah dicuri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *