Darulkautsar.net - hadith, Islam, aqidah, bid'ah, syariat, sirah - http://www.darulkautsar.net
Ancaman Kristianisasi > Pergerakan Orientalis > Orientalisma - http://www.darulkautsar.netarticle.php?ArticleID=340
Orientalisma
Ta'rif
Orientalisma adalah gagasan pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian
tentang negara-negara timur Islam. Objek kajiannya meliputi
peradaban, agama, seni, sastera, bahasa dan kebudayaannya. Gagasan
pemikiran ini telah memberikan kesan yang besar dalam membentuk persepsi Barat
terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah dengan menyebarkan kemunduran cara berfikir dunia Islam dalam
pertarungan peradaban antara Timur (Islam) dengan Barat.
Sejarah
Kemuculan Dan Tokoh-Tokohnya
1. Awal Kemunculannya
Amat sukar untuk menentukan
secara pasti bilakan munculnya
Orientalisma. Sebagian ahli sejarah berkecenderungan mengatakan bahwa
Orientalisma bermula dari zaman Daulah Islamiyah di Andalusia (Sepanyol).
Sedangkan sebagian ahli sejarah yang lain mengatakan ia muncul ketika terjadi
Perang Salib.
Orientalisma Ketuhanan (Lahuti) sudah wujud secara rasmi sejak dikeluarkan keputusan
Perundingan Gereja Viena tahun 1312 M
dengan memasukkan subjek bahasa Arab ke berbagai Universiti di Eropah.
Orientalisma muncul di Eropah
hanya pada penghujung abad ke 18
M di mana pertama kali muncul di England pada tahun 1779 M, di Perancis
pada tahun 1799 dan dimasukkan ke dalam
Kamus Akademi Perancis pada tahun 1838.
Gerbert de Oraliac (938—1003 M), seorang paderi Venezia, pergi ke Andalusia. Di sana ia
belajar dengan seorang profesor. Setelah kembali ke tanah air, dia dipilih
sebagai Paderi Agung dengan gelaran
Silvester II (999—1003) M. Beliau merupakan
Paus yang pertama dari Perancis.
Tahun 1130 M, Ketua Paderi Toledo
menterjemahkan beberapa buku ilmiah berbahasa Arab. Kemudiannya langkah ini diikuti oleh Gerard de Cremona (1114—1187
M) dari Itali. Dia telah pergi ke Toledo dan menterjemahkan buku-buku yang
tidak kurang dari 87 judul di bidang falsafah, kedoktoran, astronomi dan
geologi.
Di Perancis, Pierre le Venerable
(1094-1156), seorang paderi Venezia dan Kepala Biarawan Cluny, menubuhkan kumpulan penterjemah. Tujuannya ialah untuk
memperolehi ilmu dan pengetahuan secara
objektif tentang Islam. Dia sendiri adalah orang pertama yang menterjemahkan
al-Qur'an ke dalam bahasa Latin (1143 M). Manakala penterjemahan al-Qur'an ke
dalam bahasa Inggeris dilakukan pertama kali oleh Robert of Ketton.
Juan de Sevilla, seorang Yahudi yang memeluk agama Kristian, muncul pada pertengahan abad ke-12 dan
memberi perhatian dalam bidang
astronomi. Ia telah menterjemah 4 buah
buku berbahasa Arab karya Abu Ma'syar al-Balkhi (1133 M). Tugas
penterjemahannya dibantu oleh Adelard.
Roger Bacon (1214—1294 M), dari England . Menuntut ilmu di Oxford dan
Paris dan mendapat gelaran doktor di
bidang Theologi. Ia menterjemahkan buku berbahasa Arab berjudul ‘Mir'at
al-Kimia’ dalam tahun 1251 M
2. Orientalis-orientalis yang Objektif (tidak berat sebelah)
Hardrian Roland (meninggal pada tahun 1718 M), adalah profesor
bahasa-bahasa Timur di Universiti Utrecht, Belanda. Ia menulis buku
Muhammadanism dalam bahasa Latin sebanyak dua jilid (1705 M). Gereja-gereja di
Eropah telah mengharamkan buku tersebut.
Johann J. Reiske (1716—1774 M), seorang orientalis Jerman pertama yang
patut dikenang. Ia dituduh murtad (atheis) karena sikapnya yang adil terhadap Islam. Ia hidup menderita dan mati
karena sakit paru-paru. Ia sangat berjasa dalam memperkenalkan dan mengembangkan
pengajian Bahasa Arab di Jerman.
Silvestre de Sacy (meninggal 1838 M), seorang orientalis yang memberi
tumpuan kepada sastera dan nahu Arab. Ia
mengelak dari terlibat dalam pengkajian
tentang agama Islam. Ia juga sangat
berjasa dalam menjadikan Paris sebagai pusat pengkajian Islam. Salah seorang
yang pernah berurusan dengan beliau
ialah Syaikh Rifa'ah Thanthawi.
Thomas Arnold (1864—1930 M) dari England . Bukunya yang berjudul
‘Preaching in Islam’ telah diterjemahkan
ke dalam bahasa Turki, Urdu dan Arab.
Gustav le Bon, dikenal sebagai orientalis dan ahli falsafah materialisma. Ia tidak percaya kepada agama. Pada umumnya kajian dan
buku-bukunya menyentuh tentang peradaban
Islam. Disebabkan hasil kajian-kajiannya beliau tidak dipedulikan malah dibenci
oleh orang Barat.
Z. Honke dianggap tidak berat sebelah
kerana buku-bukunya yang objektif yang memperkenalkan pengaruh peradaban Arab
terhadap Barat. Di antara bukunya yang termasyhur ialah ‘Matahari Arab Bersinar
di Barat’.
Jack Burke, Anne Marie Simmel ,
Thomas Garlyle, Renier Ginaut, Dr.
Granier dan Gocthe adalah orientalis-orientalis yang tergolong sederhana.
3. Orientalis Fanatik (Melampau)
Goldziher (1850—1920 M), orientalis berketurunan Yahudi, penulis buku Sejarah Aliran-aliran
Tafsir dalam Islam, adalah tokoh Pengajian Islam di Eropah. Ketokohan dan juga kefanatikannya
tidak dapat dipertikaikan
J.Maynard, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini termasuk salah
seorang Pengarang Majalah ‘Islamic Studies’.
S.M. Zwemer, orientalis dan pendawah Kristian , adalah pengasas majalah ‘Islamic World’ di Amerika. Di antara bukunya yang bernada fitnah ialah ‘Islam Memasung Aqidah’, terbit tahun
1908 M dan ‘Al-Islam’ yang merupakan kumpulan makalah yang disampaikan
dalam Persidangan Kristianisasi II pada tahun 1911 M di
Lucknow, India.
G. Von Grunebaum, seorang Yahudi berbangsa Jerman yang pernah belajar di universiti-universiti Amerika.
Tulisannya antara lain ialah ‘Upacara-upacara Agama Muhammad’, terbit tahun
1951 M dan ‘Beberapa Kajian Tentang Sejarah Kebudayaan Islam’ terbit pada tahun 1954 M.
A.J. Wensinek adalah orientalis
yang sangat memusuhi Islam. Bukunya yang berjudul ‘Aqidah Islam’ yang diterbitkan dalam tahun 1932, mengandungi banyak kecaman
terhadap Islam.
K.Cragg, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini menulis buku ‘Da'wah
dan Menara Azan’ yang diterbitkan
pada tahun 1956 M.
L. Massignon, pendakwah Kristian
berbangsa Perancis, pernah menjadi
penasihat kepada Departmen Jajahan
Perancis Berkenaan Afrika
Selatan. Bukunya yang terkenal ialah ‘Hallaj; Shufi yang Syahid dalam Islam’,
terbit pada tahun 1922 M.
D.B. Macdonald orientalis dan pendakwah
Kristian berbangsa Amerika ialah seorang
yang terkenal fanatik. Ia menulis buku ‘Perkembangan Ilmu Kalam’, ‘Fiqh
dan Teori Undang-Undang Negara’, terbit pada tahun 1930 M, dan buku ‘Sikap
Agama Terhadap Kehidupan Menurut Islam’, terbit pada tahun 1908 M.
M. Green, setiausaha kepada
Sidang Pengarang Majalah Timur
Tengah.
D.S. Margoliouth (1885—1940 M), orientalis berbangsa Inggeris yang
sangat fanatik ini pernah mendidik dan mengasuh
Thaha Husain dan Ahmad Amin . Buku-bukunya antara lain:
- Perkembangan Baru dalam Islam, terbit pada tahun 1913 M.
- Muhammad Menjelang Kelahiran Islam, terbit pada tahun 1905 M.
- Universiti Islam, terbit pada tahun 1912 M.
A.J. Arberry, adalah orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi
Islam.
Bukunya terkenal antara lain;
- Islam Dewasa Ini, terbit tahun 1943 M.
- Tashawwuf, terbit pada tahun
1950 M.
Baron Carra de Vaux adalah Orientalis Perancis yang sangat fanatik dan
termasuk salah seorang tokoh penting
Sidang Pengarang Ensiklopedia Islam.
H.A.R. Gibb (1895—1965 M), orientalis berbangsa Inggeris penulis buku
‘Mohammedanism’, diterbitkan dalam. tahun 1947 M dan ‘Aliran-aliran Moden dalam
Islam’ yang diterbitkan juga dalam tahun
1947 M.
R.A. Nicholson, orientalis
berbangsa Inggeris yang menolak aspek kerohanian Islam. la menganggap Islam sebagai agama
materialistik dan tidak mengakui keluhuran manusia. Bukunya yang terkenal ialah
‘Shufi-Shufi Islam’ ( 1910 M) dan ‘Sejarah Kesusastraan Arab’ ( 1930 M )
Henry Lammens (1872—1937M), orientalis fanatik yang menulis buku
‘Al-Islam’ dan ‘Tha'if’. Dia juga salah seorang sidang pengarang Ensiklopedia Islam.
J. Schacht, terkenal sebagai orientalis Jerman yang sangat fanatik
memusuhi Islam. Penulis buku ‘Ushul Fiqh Islam’.
Blacherc yang pernah bekerja untuk
Kementerian Luar Negara Perancis sebagai staf untuk urusan Arab dan umat Islam.
Alfred Guillaume orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam,
penulis buku AI-Islam.
Pemikiran
Dan Doktrin-Doktrinnya
Pertama : Faktor-faktor munculnya Orientalisme
1. Faktor Agama
Faktor inilah yang menjadi
asas kepada kemunculan dan pertumbuhan orientalisma yang berlangsung
begitu lama. Sasarannya antara lain ialah :
a. Menimbulkan keraguan ke atas
kerasulan Muhammad s.a.w dan menganggap hadis Nabi sebagai amal
perbuatan ummat Islam (bukannya daripada nabi) selama tiga abad pertama.
b. Menimbulkan keraguan terhadap
kebenaran al-Qur'an dan memutar belitnnya.
c. Memperkecil nilai fiqh Islam dan menganggapnya sebagai saduran dari hukum Romawi.
d. Menganaktirikan bahasa Arab dan menjauhkannya dari ilmu pengetahuan
yang semakin berkembang.
e. Memperkenalkan teori
bahwa Islam adalah berasal dari
agama Yahudi dan Nasrani
f. Mengkristiankan ummat Islam.
g. Menggunakan hadis-hadis dha'if
dan maudhu' untuk menyokong pendapatnya
dan mengembangkan teorinya.
2. Faktor ekonomi dan penjajahan
Institusi-institusi kewangan,
industri-industri mega dan pihak pemerintah sendiri telah mengeluarkan banyak
modal untuk kajian-kajian bagi
mengenalpasti keadaan negara-negara Islam dengan lebih mendalam . Kajian
tersebut sangat digalakkan terutamanya
pada masa sebelum penjajahan Barat dalam abad 19 dan 20 M.
3. Faktor politik
a. Melemahkan semangat ukhuwah Islamiyah dan memecah belah ummat untuk
membolehkan mereka (orang-orang Islam) dikuasai
b. Menghidupkan bahasa Arab 'amiyyah (bahasa pasar) dan mengubah adat
istiadat yang diamalkan.
c. Para pegawai di negara-negara Islam diarahkan untuk mempelajari
bahasa asing (iaitu bahasa penjajah)
agar memahami kebudayaan dan agama
penjajah. Tujuannya agar mereka mudah dipengaruhi dan dikuasai.
4. Faktor keilmuan
a. Sebagian orientalis ada yang mengarahkan kajian dan analisanya
semata-mata untuk menambah ilmu dan
pengetahuan. Sebagian mereka ada yang memahami asas-asas dan roh Islam malah ada yang memeluk
Islam, seperti Thomas Arnold yang
mempunyai peranan yang besar dalam menyedarkan kaum muslimin dengan
bukunya ‘The Preaching in Islam’, dan Dinet yang telah memeluk Islam dan
tinggal di Algeria. la menulis, buku Sinar Khusus Cahaya Islam. Ia meninggal di
Perancis dan dikebumikan di Algeria.
Kedua: Karya-karya Orientalis yang Penting
1. Sejarah Kesusasteraan Arab, Carl Brockelmann (meninggal 1956 M).
2. Ensiklopedia Islam, cetakan pertama terbit dalam bahasa Inggeris,
Perancis dan Jerman, antara tahun 1913—1938 M. Sedangkan cetakan berikutnya diterbitkan
dalam bahasa Inggeris dan Perancis saja, 1945—1977 M.
3. Mu’jam Mufahras li Alfazhi al-Hadits, sebuah kamus untuk
mencari lafaz-lafaz hadits. Mu’jam ini mencakup Kitab Sunan
Sittah, kumpulan hadits yang terhimpun dalam kitab yang
enam, ditambah dengan Musnad Darimi, Muwaththa' Imam
Malik, Musnad Ahmad bin Hanbal. Mu’jam ini terdiri daripada tujuh jilid
dan beredar sejak tahun 1936 M sampai sekarang.
Ketiga: Persidangan dan Organisasi
Pada tahun 1873 telah diadakan
persidangan orientalis pertama di Paris. Setelah itu banyak kali persidangan-persidangan seumpamanya
diadakan. Setakat ini tidak kurang dari 30 kali persidangan di peringkat
antarabangsa dianjurkkan. Ini tidak
termasuk sesi perbincangan, seminar dan pertemuan-pertemuan di peringkat
serantau, seperti Persidangan Orientalis
Jerman yang dianjurkan di Bandar
Dresden, Jerman Barat, pada tahun 1849 M. Sampai sekarang
persidangan-persidangan seperti itu
masih tetap berjalan.
Dalam persidangan-persidangan seperti ini disertai beratus
cendikiawan orientalis. Misalnya,
Persidangan Oxford yang dihadiri tidak kurang dari 900 cendikiawan dari 25
negara, 80 universiti dan 69 institusi ilmiah.
Kegiatannya ditaja oleh
institusi-institusi orientalisma, seperti Institut Asiatik di Perancis,
ditubuhkan dalam tahun 1822 M. Lembaga Hak Milik Asia di England, ditubuhkan
dalam tahun 1823 M, Institut
Orientalisma Amerika, ditubuhkan pada tahun 1842 M dan Institute
Orientalisma Jerman, didirikan tahun 1845 M.
Keempat : Majalah-majalah Orientalis
Mereka menerbitkan majalah dan
mempunyai banyak kilang-kilang penerbitan. Lebih dari 300 majalah yang beraneka ragam dan dalam berbagai bahasa
diterbitkan, antara lain ;
1. The Muslim World, diasaskan oleh Samuel Zwemer (meninggal tahun 1952
M) di England . Dalam tahun 1911 M ia menjadi Ketua Gerakan Kristianisasi di
Timur Tengah.
2. Mir Islama terbit di Petersburg pada tahun 1912 M. Tapi majalah ini
tidak berumur panjang.
3. Sumber Air Timur, diterbitkan di Wina, 1809—1818 M.
4. Islam, terbit di Paris, pada tahun
1895 M. Kemudian dalam tahun 1906 M ditukar nama kepada ‘Islamic World’.
Majalah ini diterbitkan oleh Missi
Ilmiah Perancis di Morocco. Akhir sekali, namanya ditukar menjadi majalah
Islamic Studies.
5. Tahun 1910 M di Jerman terbit sebuah majalah berbahasa Jerman, Der
Islam.
Kelima: Orientalisma Adalah Abdi kepada Penjajah
Heinrich Becker (meninggal tahun 1933 M) adalah yang bertanggungjawab
menubuhkan majalah Islam di Jerman. Ia melakukan kajian tentang Timur untuk
kepentingan penjajah di Afrika.
Barthold (meninggal tahun 1930 M), pengasas majalah The Muslim World
Rusia, yang telah menjalankan kajian
untuk menjaga kepentingan Rusia di Asia Tengah.
Snouck Horgronje dari Belanda (1857—1936) pernah menziarahi Mekah pada
tahun 1884 dengan nama Abdulghaffar. Ia tinggal di Mekah selama lebih kurang setengah tahun. Kemudian dia kembali
ke Belanda dengan laporan-laporan untuk
kepentingan penjajahan di dunia Islam bagian Timur. Sebelumnya ia pernah
tinggal di Indonesia selama 17 tahun.
Institut bahasa-bahasa Timur di Paris, ditubuhkan dalam tahun 1885 M,
bertugas sebagai pengumpul data dan maklumat tentang negara-negara Timur dan
Timur Jauh untuk memudahkan penjajah mengukuhkan cengkamannya di kawasan-kawasan tersebut.
Keenam: Pemikiran-pemikiran
Orientalisma yang Sangat Merbahaya
George Sale, dalam kata pengantar terjemahan al-Qur'annya (1736 M),
menyatakan bahwa al-Qur'an adalah produk dan karangan Muhammad. Ini, katanya,
tidak dapat dibantah.
Richard Bell menuduh Muhammad menyusun al-Qur'an berasaskan sumber
dari kitab Yahudi, khususnya Perjanjian
Lama dan juga dari orang-orang Nasrani.
Reinhart Dozy (Meninggal 1883 M) menganggap bahwa al-Qur'an mempunyai
citarasa yang sangat buruk. Di dalamnya tidak ada yang baru, kecuali sedikit.
Selain gaya bahasanya yang tidak menarik, kalimat-kalimatnya terlalu panjang
dan membosankan.
Menteri urusan koloni Inggeris di dalam salah satu laporannya yang
disampaikan kepada Ketua Pemerintahan 9
Januari 1938 menyatakan, "Kami telah mendapat pelajaran dari perang”
Ternyata perpaduan Islam adalah sangat berbahaya. Ianya mesti
diperangi oleh kerajaan. Bukan hanya Kerajaan yang merasakan demikian,
tetapi juga Perancis. Kami sangat gembira
karena Khilafah Islamiyyah telah lumpuh. Saya berharap semoga ianya
tidak akan bangkit kembali."
Saledon Amous berkata,bahwa 'Ajaran Muhammad’ hanyalah merupakan
ciplakan undang-undang Romawi bagi sebuah kerajaan Timur, terutama dalam soal
politik dan peraturan hak milik." Ia berkata lebih lanjut,
"undang-undang Muhammad tidak lain hanyalah undang-undang Justinian yang
berbaju Arab.'
Ahli falsafah Perancis Ernest
Renan berkata, "Falsafah Arab adalah falsafah Yunani yang ditulis dalam
bahasa Arab."
Sedangkan Louis Massignon, seorang tokoh perosak , menganjurkan agar
bahasa Arab ditulis dengan huruf latin dan menggalakkan penggunaan bahasa
'Amiyyah.
Catatan
Walaupun demikian, para orientalis cukup berjasa dalam menggali
buku-buku warisan Islam dan disebarkannya setelah ditahqiq dan disistematikkan.
Banyak di antara mereka yang memiliki kaedah-kaedah ilmiah yang sangat berguna dalam menjalankan
kajian.
Sebagian mereka ada juga yang memiliki kesabaran, ketekunan dan
ketelitian dalam mentahqiq, menyaring dan menganalisai bahan-bahan dan
masalah-masalah.
Seorang Muslim hendaknya bersikap
kritis dalam menelaah karya-karya mereka, serta berhati-hati terhadap
hal-hal yang sesat dan menyimpang.
Seorang Muslim hendaklah membuang yang
salah atau membongkar kesalahannya kemudian dilakukan penolakan. "Hikmah
adalah barang hilang milik kaum muslimin. Di mana saja ia ditemukan, kaum
muslimin berhak memilikinya."
Asas Pemikiran Dan Sifat Ideologinya
Sebenarnya orientalisme adalah hasil pergeseran yang terjadi antara Timur yang Islam dan
Barat yang Nashrani pada masa Perang Salib dengan melalui delegasi-delegasi
resmi ataupun melalui perjalanan-perjalanan.
Pendorong utamanya ialah ajaran
Nasrani yang bercita-cita menghancurkan Islam dari dalam dengan cara
tipu daya dan pembelotan. Tetapi pada akhir-akhir ini, orientalisme nampaknya mula cuba
melepaskan diri dari belenggu tersebut dan beralih mendekati semangat ilmiah.
Penyebaran
Dan Kawasan Pengaruhnya
Barat merupakan medan gerakan kaum orientalis. Mereka terdiri
daripada orang-orang Jerman, Inggeris,
Perancis, Belanda dan Hungari. Sebahagiannya muncul di Itali dan Sepanyol. Sekarang, Amerika
merupakan pusat orientalis yang terkemuka. Di sana banyak terdapat pusat-pusat
orientalisme dan pengkajian Islam.
Pemerintah, lembaga-lembaga ekonomi, yayasan dan bahkan gereja tidak
putus-putus menyediakan dana untuk kepentingan orientalisma. Selain
mengeluarkan dana keuangan dan penajan , mereka juga menyediakan kemudahan
untuk pengkajian tentang Islam di universiti-universiti sehingga jumlah orientalis mecapai ribuan
orang.
Gerakan orientalisme diciptakan untuk mengabdi kepada penjajahan dan
gerakan Kristianisasi. Akhir-akhir ini gerakan ini dimanfaatkan kaum Yahudi dan
Zionisme untuk kepentingannya dalam rangka melumpuhkan Timur yang Islami dan
mengukuhkan cengkamannya , baik langsung ataupun tidak langsung.
Saringan dari “Ensaiklopedia
Gerakan Keagamaan dan Pemikiran” dari www.al-ahkam.net