Home / darulkautsar.net / Pemurnian Aqidah / TASAWWUF YANG SESAT / Kumpulan-Kumpulan Tasawwuf Sesat / Penyelewengan-Penyelewengan Tarekat At-Tijaniah
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Penyelewengan-Penyelewengan Tarekat At-Tijaniah

Download PDF


1. Mengisyaratkan bahawa Rasulullah s.a.w. menyembunyikan ilmu.

2. Pengasas Tarekat Tijani, Sheikh Ahmad Tijani, melebihkan dirinya dan para pengikut melebihi sahabat Nabi s.a.w.

3. Mendakwa meninggalkan wirid tarekat al-Tijaniyah akan terkena bala dan mala petaka.

4. Mendakwa kitab JAWAHIR AL-MA’ANI adalah kitab karangan Nabi s.a.w.

5. Mendakwa orang yang memasuki tarekat Al-Tijaniyah akan aman daripada segala kemudaratan dan mala petaka dunia dan akhirat.

6. Mendakwa Nabi s.a.w hadir dalam majlis membaca selawat JAWHARAH AL-KAMAL dan selawat JAWHARA AL-KAMAL lebih afdhal daripada membaca al-Quran dan menunaikan solat-solat fardu.

7. Mengucapkan satu kali selawat al-Fatih menyamai segala tasbih yang diucapkan di muka bumi dan menyamai juga dengan 6,000 kali membaca al-Quran.

8. Melakukan tokok tambah ke atas kelebihan berselawat ke atas Nabi s.a.w.

9. Mendakwa ahli neraka juga memperolehi nikmat.

10. Mendakwa orang kafir juga dikasihi oleh Allah s.w.t.

11. Allah s.w.t berada pada setiap tempat.

12. Orang kafir, zalim dan fasik juga mentaati perintah Allah s.w.t.

13. Mendakwa anak zina tidak ada kebaikan langsung dan tidak akan memasuki syurga.

14. Mendakwa orang bukan Nabi kadang-kadang mempunyai ilmu yang lebih daripada Nabi s.a.w.

15. Mendakwa tarekat Al-Tijaniyah membatalkan segala tarekat sufi yang lain.

16. Mendakwa segolongan pengikut tarekat Al-Tijaniyah mengatasi wali-wali Qutub umat ini.

17. Mendakwa setiap sheikh mengambil ilmu daripada Sheikh Ahmad Al-Tijani .

18. Mendakwa para pengikut tarekat Al-Tijaniyah diberikan ganjaran 100,000 kali ganda daripada ganjaran setiap orang yang beramal, meskipun mereka tidak berbuat apa-apa.

19. Mendakwa para pengikut tarekat Al-Tijaniyah dikurniakan syurga mengatasi yang dikurniakan kepada seluruh wali Qutub.

20. Mendakwa sumpah cerai tidak akan berlaku penceraian.

21. Mendakwa Rasulullah s.a.w melarang melakukan Tawajjuh dengan nama-nama Allah s.w.t yang baik.

22. Mendakwa kaki Sheikh Ahmad Al-Tijani berada di atas tengkok segala wali sehingga ke hari Kiamat.

23. Mendakwa roh Rasululah s.a.w berada dekat dengan roh Syeikh Ahmad Al-Tijani.

24. Mengumpat ulamak.

25. Mendakwa para wali Qutub adalah maksum.

26. Mendakwa seluruh makhluk melintasi titian siratul mustaqim kerana Sheikh Ahmad Al-Tijani

27. Mendakwa Allah s.w.t memberi syafaat kepada manusia yang hidup pada zamannya sehingga ke hari kematian beliau.

28. Mendakwa Nabi s.a.w hadir di saat kematian para pengikutnya.

29. Mendakwa Sheikh Ahmad Al-Tijani adalah imam manusia pada hari mahsyar.

30. Mendakwa selawat Al-Fatih Lima Ughliqa termasuk ke dalam kalam Allah s.w.t .

31. Mendakwa Sheikh Yang Arif boleh berpindah rohnya daripada satu jasad kepada satu jasad yang lain.

32. Mendakwa Ali sebagai khalifah Allah s.w.t bagi seluruh kerajaanNya.

33. Mendakwa orang yang berpaling daripada wali pada zamannya akan diharamkan daripada memperolehi limpahan ketuhanan.

34. Mendakwa memiliki martabat yang tinggi di sisi Allah s.w.t yang haram disebutkan kepada manusia.

35. Mendakwa wali Abu Salih Muhammad bin Al-Arabi Al-Tazi kerap kali bertemu dengan Nabi secara jaga.

36. Mendakwa selawat al-Fatih menghapuskan segala dosa baik yang kecil mahu pun besar.

37. Mendakwa maqam para pengamal dan pengikut tarekat Al-Tijaniyah tidak dapat dicapai oleh para wali di akhirat kelak.

38. Mendakwa Sheikh Al-Tijani dapat memasukkan para pengikutnya ke dalam syurga tanpa hisab dan tanpa azab.

39. Mendakwa setiap orang yang mengamalkan wirid tarekat Al-Tijaniyah, para isteri dan juga zuriat keturunannya akan masuk syurga tanpa hisab dan azab.

40. Mendakwa orang yang melihat para pengikut tarekat Al-Tijaniyah akan masuk syurga tanpa hisab dan azab.

41. Mendakwa selawat Al-Fatih Lima Ughliqa mengatasai segala zikir dan selawat yang syari’e.

42. Mendakwa sesiapa yang berterusan membaca selawat YAQUTAH AL-HAQAIQ dijamin untuknya kebaikan dunia dan juga akhirat.

43. Mendakwa Sheikh Ahmad Al-Tijani sudah mengetahui dirinya sebagai wali Allah s.w.t semenjak awal penciptaan alam maya lagi.

44. Mendakwa orang-orang miskin yang berpegang dengan Tarekat Al-Tijaniyah mempunyai kedudukan yang tinggi.

45. Mendakwa para pengikut tarekat Al-Tijaniyah mempunyai tanda istimewa daripada nabi s.a.w berbanding dengan orang lain.

46. Mendakwa orang yang mengambil wirid tarekat Al-Tijani akan tinggal bersama dengan nabi di syurga yang paling tinggi.

*Rujukan dari buku-buku tarekat al-Tijaniyah:

1) Jawahir al-Ma’ani

2) Bughyah al-Mustafid

3) Al-Ifadah al-Ahmadiyyah

Syeikh Ibrahim Al-Qattan – Majalah Al-Fath, bil 257, Al-Qaherah, Khamis 16 Safar tahun 1350

Share...Tweet about this on TwitterPrint this pagePin on PinterestShare on LinkedInShare on FacebookShare on Google+Digg this
Download PDF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>