Breaking News
Home / darulkautsar.net / Pemurnian Syariat / Nota Ringkas / Nota Ringkas 4 – Riba – Umat Kita Sudah Terbius Kronik
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Nota Ringkas 4 – Riba – Umat Kita Sudah Terbius Kronik

Download PDF

 

Kita tidak berasa apa-apa jika saudara seagama kita bekerja di institusi-institusi berasaskan riba, tetapi akan tersentak bila dikatakan bekerja di kilang arak atau di ladang khinzir. Kita dengan selamba menceritakan bahawa kita mendapatkan pinjaman kewangan dari bank berasaskan riba kerana kosnya lebih murah berbanding bank-bank Islam. Bila berjaya dalam tender-tender projek kita berkira-kira untuk mendapatkan modal dari institusi riba. Sungguh, riba ini seakan tidak terasa najisnya, walaupun ianya menyeliputi kita.

Benarlah sabda Nabi s.a.w yang mengatakan di akhir zaman ini semua kita akan terpalit dengan riba, kalau tidak mengamalkannya, pasti debu-debunya akan terkena kita.

Kita sedia maklum antara ayat paling keras dalam al-Quran ialah ayat tentang riba…pernyataan perang dari Allah (al-Baqarah ayat 279)! Tetapi kerana riba ini wujud secara meluas di sekeliling kita dan ramai orang yang terlibat (memberi, menerima dan mempromosi) malah sah di sisi undang-undang maka ianya seolah tidak ada apa-apa. Kita sudah terbius peringkat kronik!

Mengapa Allah Isytiharkan Perang Terhadap Pengamal Riba?

Islam datang dengan kedamaian dan kasih sayang, menghubungkan silaturrahim, belas kasih kepada semua makhluk.. anjuran supaya solat berjemaah, mengeluarkan zakat dan menyuburkan sedekah, memberi hutang kepada yang tidak mampu, memerintahkan ibu bapa mendidik anak dengan nilai murni, yang muda menghormati yang tua, yang kuat membantu yang lemah, membantu jiran tetangga…dan senarainya amat panjang..

Tapi bila riba diamalkan semua semangat dan ikatan persaudaraan yang dipupuk sekian lama akan terburai…akan tercetus permusuhan, dendam dan sakit hati, dengki mendengki, perasaan tamak, saling tidak mempercayai dan curiga-mencurigai, penindasan, kezaliman….

Ancaman ini tidak hanya ditujukan kepada pemakan riba, tetapi juga pemberi, penyokong-penyokong, saksi-saksi termasuk mereka yang menyediakan dokumen-dokumen perjanjian riba.

Malangnya, dengan hasil riba ini kita bina keluarga kita, masyarakat kita, negara kita…lalu bila ada kesusahan yang menimpa siapa yang patut kita persalahkan? Kita menadah tangan berdoa untuk diringankan beban padahal rumah kita, kenderaan kita, pakaian kita, makanan kita terpalit dengan riba!

Di zaman kita ini, sudah banyak alternatif untuk mengelakkan transaksi berunsur riba…pinjaman dan kemudahan kewangan, pajak gadai, insuran …tetapi anehnya, masih ramai yang dengan rela hati bergelumang dengan riba.

Persoalan riba bukanlah suatu yang rumit dan sukar difahami oleh orang awam. Tetapi bila orang agama turut sama terlibat dengan transaksi ribawi, amalan ini tidak lagi dipandang kotor dan jijik malah diangkat sebagai simbol kemodenan sistem ekonomi! Malah ada usaha untuk menghalalkannya atas alasan kepentingan dan desakan semasa!

Dunia hari ini sudah cukup kronik dengan masalah yang tidak berkesudahan di semua segi termasuk di bidang ekonomi…mari kita keluar dari kemelut ini dan kembali kepada ajaran al-Quran dan hadis. Sebenarnya, hanya inilah pilihan yang ada untuk kita.

 

 

Pautan Bermanfaat Dan Maklumat Lanjut:
[Bacaan Menarik] Judgment on Interest Given by the Supreme Court of Pakistan – http://tinyurl.com/y99aegv6
Adakah Kad Kreit Haram Di Sisi Islam – http://tinyurl.com/ya7h9q2o
Differences Between Islamic And Conventional Bank- http://tinyurl.com/y8egsshg
[Jakim] Menyertai Polisi Insuran Konvensional: Halal atau Haram? – http://tinyurl.com/yda9t2lb
Dahsyatnya Dosa Riba – http://tinyurl.com/ya9whhll
Bahaya Riba – http://tinyurl.com/ybyyk4ce
Share...Tweet about this on TwitterPrint this pagePin on PinterestShare on LinkedInShare on FacebookShare on Google+Digg this
Download PDF

Check Also

Nota Ringkas 3 – Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah

  Akhir-akhir ini, upacara doa awal dan akhir tahun hijrah seolah-olah direstu dan disambut secara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>