Breaking News
Home / darulkautsar.net / Pemurnian Syariat / Nota Ringkas / Nota Ringkas 3 – Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Nota Ringkas 3 – Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah

Download PDF

 

Akhir-akhir ini, upacara doa awal dan akhir tahun hijrah seolah-olah direstu dan disambut secara rasmi di negara kita. Radio dan akhbar mewar-warkan dan masjid-masjid dari peringkat kampung sehingga peringkat negeri mengadakan upacara khas.

Apabila ditanya dari mana asalnya ibadat dan kaifiat doa ini sehingga ianya disambut dan diraikan sedemikian rupa, ada yang menjawab, perkara baik apa salahnya!!

Perlu diingat sabda Nabi s.a.w…” Barangsiapa mengamalkan sesuatu amalan yang tidak ada perintah kami padanya, amalan tersebut tertolak”

Kita maklum bahawa, kalendar Islam berdasarkan Hijrah diperkenalkan semasa pemerintahan Saidina Umar r.a. Sudah tentulah, apa-apa sambutan, doa dan sebagainya di akhir dan awal tahun hijriah ini tidak berasal dari nabi.

Doa akhir tahun ini dilakukan secara beramai-ramai di mana ahli jamaah masjid menunggu sehingga akhir waktu Asar, sejurus sebelum maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Manakala selepasnya disambung pula dengan doa awal tahun bila masuknya waktu Maghrib (bulan Muharram).

Pada asasnya doa adalah baik tetapi jika ianya dilakukan dengan kaifiat dan lafaz tertentu seseolah ianya ditetapkan oleh syariat, ianya merupakan perkara yang diada-adakan dalam agama.

Hakikatnya

  1. Sudah pasti kaifiat dan doa akhir dan tahun hijriah ini tidak berasal dari nabi kerana tahun hijriah itu sendiri diperkenalkan oleh Saidina Umar r.a di zaman pemerintahannya.
  2. Tidak dapat dipastikan siapa yang memulakannya tetapi ianya makin diterima masyarakat sebagai suatu amalan agama. Ianya salah satu contoh rekaan ‘ulamak’ zaman moden!

Kesimpulan

  1. Amalan-amalan yang berupa ibadat perlu dalilnya dari al-Quran dan sunnah. Ibadat yang direka tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
  2. Jika hari ini kita mencipta upacara doa awal dan akhir tahun, mungkin satu hari nanti, ada orang yang reka upacara dan doa awal dan akhir bulan, seterusnya doa awal dan akhir minggu….dan seterusnya, dan seterusnya. Maka penuhlah agama ini dengan upacara-upacara dan ibadat-ibadat rekaan. Sebelum ianya tidak terkawal, elok lah kita membendungnya dari awal.
  3. Awal dan akhir tahun adalah seperti hari-hari biasa. Tidak ada apa-apa keistimewaan. Berpada lah kita dengan ajaran dan petunjuk yang telah diajar oleh Nabi s.a.w….yang itu pun tak terdaya oleh kita untuk mengamalkannya, contoh, kalau kita mampu dirikanlah solat di sebahagian malam sebagaimana nabi solat sehingga bengkak kaki baginda…dan ini yang sahih!

 

Pautan Bermanfaat Dan Maklumat Lanjut
– Adakah Doa Awal & Akhir Tahun Itu Dari Nabi SAW ? – http://tinyurl.com/y95zlr87
[Artikel dan Video] Doa Awal Dan Akhir Tahun – Adakah Ia Benar Atau Bathil? http://tinyurl.com/kt7zd5j
Sila share: http://tinyurl.com/y95zlr87

 

Share...Tweet about this on TwitterPrint this pagePin on PinterestShare on LinkedInShare on FacebookShare on Google+Digg this
Download PDF

Check Also

Nota Ringkas 4 – Riba – Umat Kita Sudah Terbius Kronik

  Kita tidak berasa apa-apa jika saudara seagama kita bekerja di institusi-institusi berasaskan riba, tetapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>