Breaking News
Home / darulkautsar.net / Pemurnian Syariat / Nota Ringkas / Nota Ringkas 2 – Tahlil Kematian Hari / Malam 1, 3, 7, 40 Dan 100
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Nota Ringkas 2 – Tahlil Kematian Hari / Malam 1, 3, 7, 40 Dan 100

Download PDF

 

Di Malaysia dan di negara-negara Nusantara ini, selepas berlaku kematian, seseorang dari keluarga kita akan mengadakan kenduri dan akan menjemput masyarakat sekeliling untuk mengadakan majlis tahlil pada malam pertama, ke 3, ke 7, ke 40 dan ke 100.

Ianya budaya yang diamalkan secara meluas dan turun-temurun. Keluarga si mati yang tidak mengadakan majlis tahlil pada malam tertentu ini akan ditohmah dan disindir kononnya tidak menyayangi si mati. Sehinggalah, kerana kesempitan hidup, sesetengahnya terpaksa berhutang untuk mengadakan majlis-majlis tahlil ini.

Pada malam-malam yang ditetapkan (1, 3, 7, 40 dan 100), ahli masyarakat berkumpul di rumah si mati dan acara tahlil (dengan kaifiat tertentu yang tetap) dilakukan secara berjemaah dengan kemuncaknya ialah jamuan makan kepada para hadirin. Pernah suatu masa dulu, untuk malam tertentu para hadirin dijamu dengan juadah tertentu pula.

Kita Perlu Bertanya Beberapa Perkara Tentang Upacara Ini

  1. Adakah upacara-upacara ini wujud di peringkat awal Islam? Adakah nabi, sahabat-sahabat, tabiin dan ulama-ulama muktabar melakukan atau menganjurkannya?
  2. Selain kita di Nusantara, apakah masyarakat Islam di rantau lain, seperti Semenanjung Arab, Afrika, Eropah, Amerika, India & Pakistan turut mengadakan upacara yang serupa?
  3. Siapakah yang memulakan upacara sambutan ini? Dari kitab manakah sumber upacara-upacara ini?
  4. Apakah hasil dari upacara ini? Apakah kesannya kepada mereka yang tidak mampu mengadakannya?

Hakikatnya:

  1. Begitu ramai sahabat Nabi s.a.w yang meninggal dunia; tapi kita tidak pernah berjumpa walaupun satu hadis yang menunjukkan nabi atau sahabat-sahabat mengadakan upacara-upacara tahlil kematian di malam-malam tertentu seperti yang kita amalkan pada hari ini.
  2. Kalau kita mengembara keluar dari bumi Nusantara ini, kita tidak dapati upacara ini diamalkan oleh masyarakat Islam, baik di negara-negara Arab, benua kecil India & Pakistan, Afrika; apatah lagi di Eropah dan Amerika.
  3. Keluarga si mati terpaksa bersusah payah mengadakan upacara ini, walaupun sesetengahnya tidak mampu, sehingga sampai ke tahap terpaksa berhutang atau lebih parah, menggunakan harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati.
  4. Kaifiat selawat yang tetap tidak berasal dari nabi dan sahabat-sahabat tetapi ianya adalah rekaan orang kemudian.
  5. Setelah diselidiki, upacara sambutan malam ke 1,3,7,40 dan 100 ini wujud dalam kitab-kitab Hindu dan diamalkan oleh masyarakat Hindu! Untuk menyesuaikannya dengan agama Islam, mantra-mantra yang dibaca telah ditukar dengan selawat-selawat dan bacaan ayat-ayat al-Quran.

Kesimpulannya:

  1. a) Apabila berlaku kematian, dalam masyarakat kita, keluarga si mati dibebankan dengan banyak adat dan budaya yang tidak berasal malah bercanggah dengan Islam. Adat dan budaya ini, selain tidak memberi manfaat akhirat juga menyebabkan kerugian dan kesusahan di dunia.
  2. b) Untuk membuktikan sayang kita kepada si mati hendaknya kita menurut apa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Ingatlah apa yang menyampaikan pahala kepada si mati iaitu, sedekah jariah, doa anak-anak yang soleh dan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang diajar dan disebarkan.
  3. c) Fakta yang menunjukkan ianya hanya diamalkan oleh umat Islam di Nusantara sahaja, menunjukkan ianya rekaan orang-orang tempatan.
  4. d) Setelah terbukti ianya berasal dari amalan Hindu (yang tercatat dalam kitab-kitab mereka) kita sepatutnya meninggalkannya tanpa ragu-ragu.
  5. e) Dengan meninggalkan amalan yang direka ini, kita dapat mengelakkan pembaziran harta dan masa dan juga tidak terjebak dengan dosa dan maksiat menggunakan harta anak yatim dsb.
  6. f) Amalan-amalan dan ibadat yang direka akan mencambahkan amalan-amalan baru yang lain. Sekiranya ianya tidak dibendung, Islam akan hanya tinggal nama dan menjadi seperti agama-agama lain seperti Kristian, Hindu dan sebagainya yang telah ditokok tambah sehingga ajaran agama yang asal tidak dikenali.

 

Pautan Bermanfaat Dan Maklumat Lanjut:
1- [Video – Durasi 6m 53s] – Tahlil Kematian (1, 3, 7, 40, 100 hari ) Berasal Dari Kitab Hindu! [ pendedahan Dari Bekas Penganut Hindu] – http://tinyurl.com/ycua7sgo
2 – [Video & Artikel] Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah yang Sering Dilakukan Oleh Masyarakat Melayu – http://tinyurl.com/k76fr4w
3 – Tidakkah Bid’ah Menyediakan Makanan Selepas Kematian? http://tinyurl.com/l5saa23
Sila share – [Video – Durasi 6m 53s ] – Tahlil Kematian (1, 3, 7, 40, 100 hari ) Berasal Dari Kitab Hindu! [pendedahan Dari Bekas Penganut Hindu] – http://tinyurl.com/ycua7sgo

 

Share...Tweet about this on TwitterPrint this pagePin on PinterestShare on LinkedInShare on FacebookShare on Google+Digg this
Download PDF

Check Also

Nota Ringkas 4 – Riba – Umat Kita Sudah Terbius Kronik

  Kita tidak berasa apa-apa jika saudara seagama kita bekerja di institusi-institusi berasaskan riba, tetapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>