Breaking News
Home / darulkautsar.net / Pemurnian Syariat / Nota Ringkas / Nota Ringkas 1 – Sambutan Maulidur Rasul
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Nota Ringkas 1 – Sambutan Maulidur Rasul

Download PDF

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. disambut setiap 12hb Rabiu Awwal Tahun Hijrah. Ianya diterima umum, malah di Malaysia, ianya diisytiharkan sebagai cuti umum dan disambut di peringkat nasional.

Sambutan diadakan di semua peringkat bermula dari peringkat kampung. Biasanya sambutan diadakan dengan melantunkan selawat kepada nabi dengan kaifiat-kaifiat tertentu dan disudahi dengan jamuan makanan kepada hadirin.

Adalah menjadi tradisi, hadirin akan berdiri bila berselawat. Ada dalam tradisi masyarakat dunia (contohnya Barelwi, dan pernah juga diamalkan di tempat kita suatu masa dulu) yang menyediakan kerusi kosong, dialas dengan kain kuning. Perbuatan berdiri semasa berselawat dan menyediakan kerusi kosong ini adalah dengan aggapan bahawa Nabi s.a.w. menghadiri majlis selawat tersebut.

Beberapa Persoalan Yang Perlu Dijawab Tentang Sambutan Maulidurrasul Iaitu:

  1. Adakah sambutan hari lahir ini ada asasnya dari Islam atau ianya diceduk dari budaya luar dari Islam? Siapakah yang memulakan upacara sambutan ini?
  2. Adakah tarikh yang dikatakan tarikh lahir Nabi s.a.w itu benar pada 12hb Rabiul Awwal ?
  3. Adakah kita juga menyambut hari kewafatan baginda s.a.w yang kebetulannya dikatakan juga pada 12hb Rabiul Awwal?

Hakikatnya

  1. Sejarah menunjukkan orang yang pertama mengadakan sambutan hari lahir nabi ialah pemerintah dari Daulah Fathimiyyah ‘Ubaidiyyah (dari kelompok Syiah yang memerintah Mesir dari tahun 357 H-567 H) iaitu sekitar 400 tahun selepas kewafatan nabi! Persoalannya, sekiranya ianya baik dalam agama mengapa ianya tidak dianjurkan dan disambut oleh Nabi s.a.w, sahabat r.hum, tabi`in dan ulama-ulama muktabar seperti imam-imam mazhab? Hakikat yang ianya mula diperkenalkan oleh seorang Syiah, 400 tahun selepas kewafatan Nabi s.a.w menunjukkan ianya sesuatu yang direka dalam agama.
  2. Sambutan hari lahir nabi lebih menyerupai sambutan hari lahir Nabi Isa oleh penganut Kristian pada setiap hari Krismas!
  3. Tarikh 12hb Rabiul Awwal, tidak dapat dibuktikan sebagai tarikh lahir nabi. Tarikh yang lebih benar ialah 9hb Rabiul Awwal. Dengan tersebarnya tarikh wafat nabi juga pada 12hb Rabiul Awwal, kita mengesyaki ada agenda tersembunyi oleh pihak tertentu (Nota: Tarikh wafat nabi yang lebih tepat ialah 1hb Rabiu Awwal). Kemungkinan ianya disebarkan oleh Syiah Imam 12!
  4. Kaifiat selawat yang tetap, bacaan dari kitab Barzanji, berdiri semasa berselawat semuanya ini tidak berasal dari nabi dan sahabat-sahabat tetapi ianya adalah rekaan orang kemudian.
  5. Kitab Barzanji yang dibaca semasa sambutan Maulid penuh dengan fakta-fakta yang salah dan boleh menggugat akidah.

Kesimpulan

  1. Dari apa yang diperhatikan tidak banyak manfaatnya di segi agama dan juga keduniaan. Apa yang didapati ialah pembaziran harta, tenaga dan masa dan juga perlakuan maksiat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan semasa sambutan. Seeloknya kita tinggalkan budaya yang diimport dari luar Islam ini. Kita sepatutnya pandai meletakkan keutamaan dan mendahulukan melakukan perkara-perkara yang lebih penting.
  2. Alasan mengatakan bahawa dengan adanya sambutan sebegini, kita berpeluang berselawat adalah alasan dangkal kerana selawat kepada nabi dianjurkan dilakukan sepanjang masa dan tidak hanya pada masa-masa tertentu saja.
  3. Untuk mengingati nabi, kita sepatutnya menyibukkan diri belajar dan mentelaah hadis Nabi s.a.w dan mengamalkan sunnah baginda.
  4. Bahayanya jika kita menganggap sambutan sebegini sebahagian dari agama, kita akan merubah rupa bentuk agama Islam itu sendiri, tidak sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.

 

Pautan Bermanfaat Dan Maklumat Lanjut
1- Penjelasan Bid’ah – Sambutan Maulud Nabi s.a.w – Maulana Asri – http://tinyurl.com/ybul8v9h
2 – [Artikel & video] Hujah Dan Dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Mauludirrarul Dan Sanggahan Terhadapnya – http://tinyurl.com/y7ens9pl
3-  [Artikel – Peringatan Maulid Nabi s.a.w – http://tinyurl.com/y9woojul
4 – [Artikel & video] Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w – http://tinyurl.com/y8zkauds
5 – [Artikel & video] Kesetan Kitab Barzanji, Qashidah Burdah Dan Maulid Syarafil Anam – http://tinyurl.com/y83m39qo

 

Share...Tweet about this on TwitterPrint this pagePin on PinterestShare on LinkedInShare on FacebookShare on Google+Digg this
Download PDF

Check Also

Nota Ringkas 4 – Riba – Umat Kita Sudah Terbius Kronik

  Kita tidak berasa apa-apa jika saudara seagama kita bekerja di institusi-institusi berasaskan riba, tetapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>