Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Masalah Istilhaq Ziad

Download PDF

 

Antara hadits yang mana sebahagian ulama` mengiranya sebagai hadits musykil termasuklah Imam al-Nawawi:

٢١٩] ١١٤ (٦٣)- حَدَّثَنِي عَمْرٌو النَّاقِدُ حَدَّثَنَا هُشَيْمُ بْنُ بَشِيرٍ أَخْبَرَنَا خَالِدٌ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ قَالَ لَمَّا ادُّعِيَ زِيَادٌ لَقِيتُ أَبَا بَكْرَةَ فَقُلْتُ لَهُ مَا هَذَا الَّذِي صَنَعْتُمْ إِنِّي سَمِعْتُ سَعْدَ بْنَ أَبِي وَقَّاصٍ يَقُولُ سَمِعَ أُذُنَايَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ مَنْ ادَّعَى أَبًا فِي الْإِسْلَامِ غَيْرَ أَبِيهِ يَعْلَمُ أَنَّهُ غَيْرُ أَبِيهِ فَالْجَنَّةُ عَلَيْهِ حَرَامٌ فَقَالَ أَبُو بَكْرَةَ وَأَنَا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

`Amr al-Naqid telah meriwayatkan kepada saya, katanya: Husyaim bin Busyair telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Khalid telah menceritakan kepada kami daripada Abu Utsman, katanya: “Apabila Ziad didakwa, aku bertemu dengan Abu Bakrah lalu aku berkata kepadanya : “Apa yang kamu buat ini? Sesungguhnya aku telah dengar Sa`ad bin Abi Waqqas berkata dia mendengar dengan dua telinganya daripada Rasulullah s.a.w. di mana baginda bersabda: “Sesiapa yang mendakwa ayah di dalam Islam bukan ayahnya dalam keadaan dia tahu bahawa itu bukan ayahnya maka syurga haram kepadanya.” Abu Bakrah berkata: “Saya juga mendengar hadits ini daripada Rasulullah s.a.w.” -Hadits diriwayatkan oleh Sahih Muslim

Sekitar Cerita Berkaitan Hadits Ini

Cerita ini adalah berkenaan seorang sahabat yang dikenali sebagai Ziad bin Abi Sufyan. Beliau adalah saudara seibu dengan Abu Bakrah dan beliau juga pernah digelar Ziad bin Ummih ya`ni Ziad anak ibunya kerana tidak diketahui siapa bapanya pada masa itu. Beliau juga dikenali sebagai Ziad bin `Ubaid al-Tsaqafi

Mengikut catatan sejarah Ziad adalah gabenor Saidina `Ali di zaman pemerintahannya setelah disingkirkan Sahal bin Hunaif (ya`ni seorang sahabat yang Nabi s.a.w. persaudarakannya dengan Saidina `Ali). Semasa beliau menjadi gabenor orang-orang Kufah sangat degil sehingga tidak mendengar perintah dan larangannya.

Ziad pula seorang yang keras sifatnya. Apabila Sahal bin Hunaif dilucutkan jawatan maka beliau menggantikannya dan bumi Kufah menjadi aman dengan pemerintahannya. Apabila Kufah menjadi aman dengan pemerintahan Ziad maka Muawiyah memainkan perananan politiknya di mana beliau merasakan sekiranya Ziad berada dipihaknya maka sudah tentu pihaknya adakan bertambah kuat.

Oleh kerana mahukan Ziad berada dipihaknya dan meninggalkan Saidina `Ali maka Muawiyah mengatur langkah dengan mendakwa bahawa Ziad adalah adik beradik kandungnya iaitu anak Abu Sufyan. Lalu Muawiyah memanggil Ziad, menghormatinya, memuliakannya, memberinya harta dan kekayaan sehingga akhirnya Ziad meninggalkan Saidina `Ali dan berbai`ah kepada Muawiyah.

Inilah apa yang dinukilkan oleh musuh Islam yang bertopengkan ahli sejarah tetapi tidak semua ahli sejarah yang menukilkan demikian kerana tidak semua dari mereka adalah musuh Islam yang ingin memburuk-burukkan Islam.

Cerita Sebenar Yang Diputar Belitkan

Pada zaman Jahiliyyah Abu Sufyan pernah pergi ke rumah Harits bin Kaldah dan beliau menyediakan Sumayyah, hamba perempuannya kepada Abu Sufyan. Abu Sufyan tinggal bersama dengan Sumayyah sehingga Sumayyah mengandungkan Ziad tetapi Abu Sufyan mendiamkan perkara ini dan tidak menghebohkannya sehingga umum tidak mengetahui bahawa Ziad adalah anak kepada Abu Sufyan

Ini adalah kerana pada zaman Jahiliyyah terdapat satu adat yang dilenyapkan dengan kedatangan Islam iaitu menghormati tetamu dengan menyediakan hamba perempuan untuk ditiduri. Hamba tersebut mestilah sebelum itu suci rahimnya daripada kandungan sebelum diberikan kepada tetamu tetapi hamba tersebut boleh pula ditidurinya apabila dia sudah tahu bahawa kandungan itu bukan miliknya

Sumayyah pula selepas itu dikahwinkan dengan hamba yang lain dan kemudian melahirkan seorang hamba yang dikenali sebagai Abu Bakrah.

Setelah datangnya Islam maka Islam membatalkan adat perkahwinan seperti ini dan apa yang diharamkan adalah selepas datangnya Islam. Adapun Ziad adalah sah anak Abu Sufyan kerana peristiwa ini berlaku sebelum Islam. Dan jelas hadits menyebutkan:

‘مَنْ ادَّعَى أَبًا فِي الْإِسْلَامِ’

Sesiapa yang mendakwa ayah di dalam Islam.

Dan Muawiyah mendakwa bahawa Ziad adalah anak Abu Sufyan pada tahun ke44 dan Saidina `Ali sudah lama wafat. Jadi tidak timbul masalah perebutan dan sebagainya. Manakala dakwaan Muawiyah bahawa Ziad adalah anak Abu Sufyan adalah bersama sepuluh orang saksi yang kuat-kuat termasuklah antaranya beberapa orang dari kalangan sahabat.

Ibnu Khaldun, Balazuri, Ibnul Atsir dan lain-lain juga menyebutkan dengan jelas Ziad bin Abi Sufyan termasuklah Imam Malik sendiri dalam Muwatto`nya juga menyebutkan Ziad bin Abi Sufyan. Ini menunjukkan ianya begitu jelas dan tidak perlu kita pertikaikan lagi kesahihannya.

Perkara sebegini sengaja dibangkitkan dan dibesar-besarkan supaya musuh-musuh Islam dapat menghuduhkan pemerintahan Islam seterusnya memburukkan imej Islam itu sendiri. Antara motif mereka tidak lain hanyalah mahu menunjukkan bahawa Islam tidak ada ketamadunan dalam pemerintahannya dan Islam hanya teori dan bukan praktikal.

Ini menunjukkan yang mereka cuba menipu orang yang buta dengan hadits dan sejarah dengan cerita yang diputar belitkan dan kemudian membenarkan dakyah mereka setelah orang terpengaruh dan termakan hasutan mereka yang terdapat dalam lipatan sejarah dan hadits-hadits palsu. Wallahu a`lam!

 

Sumber: http://sukahadis.blogspot.my/2009/10/masalah-istilhaq-ziad.html
Share...Tweet about this on TwitterPrint this pagePin on PinterestShare on LinkedInShare on FacebookShare on Google+Digg this
Download PDF

Check Also

Abu Talib: Mati Dalam Keadaan Beriman Atau Sebaliknya?

  Abu Talib adalah salah seorang daripada bapa saudara junjungan kita Nabi s.a.w dan kisah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>