Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-216: NABI SAW ORANG PERTAMA DIBANGKITKAN
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-216: NABI SAW ORANG PERTAMA DIBANGKITKAN

Download PDF

 

 

Soalan: Benarkah Nabi SAW orang pertama yang dibangkitkan di akhirat?

 

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

 

Telah menjadi satu kewajipan atau salah satu rukun di dalam rukun-rukun iman adalah beriman kepada hari Akhirat dan  rukun ini juga menjadi salah satu asas utama atau tunjang di dalam aqidah Islam. Ini kerana. Terdapat golongan-golongan atau aliran-aliran yang menolak hari Akhirat ini. Selain itu juga, antara nama lain bagi  hari Akhirat ini adalah hari Kebangkitan sebagaimana yang difirman oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya:

 

Firman Allah SWT:

 

ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ

al-Mu’minun:16

Maksudnya: “Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.”

 

Berdasarkan persoalan di atas, terdapat sebuah hadith yang menyatakan berkaitan hal sedemikian, antaranya:

 

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ، وَأَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ

Maksudnya: “Aku adalah pemimpin anak Adam pada hari Kiamat. Aku adalah orang yang pertama akan dibangkitkan daripada kubur. Aku adalah orang pertama yang akan memberi syafaat dan dibenarkan  memberi syafaat.” [Riwayat Muslim (2278)]

 

Imam al-Nawawi mengatakan hadith ini menunjukkan bahawa kelebihan atau kemuliaan Nabi SAW berbanding makhluk-makhluk yang lain. Ini kerana, mengikut mazhab ahli sunnah anak-anak Adam lebih mulia daripada malaikat dan Nabi SAW adalah yang paling mulia di antara anak-anak Adam yang lain dan juga selain daripada anak Adam. [Lihat: al-Minhaj: 38/15]

 

Penutup

Kesimpulannya, Nabi SAW merupakan insan yang paling mulia di antara semua makhluk dan kerana itulah Nabi SAW diberikan keistimewaan untuk memberi syafaat kepada umatnya di Akhirat kelak. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan ilmu serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan mengurniakan kita syafaat Nabi SAW di Akhirat kelak. Amin.

 

Wallahua’lam

 

 

Source: IRSYAD AL-HADITH

Share...Tweet about this on TwitterPrint this pagePin on PinterestShare on LinkedInShare on FacebookShare on Google+Digg this
Download PDF

Check Also

BAYAN LINNAS SIRI KE- 122: HUKUM DEMONSTRASI AMAN UNTUK PALESTIN

    Mukadimah Palestin merupakan salah satu tanah suci buat umat Islam seluruh dunia dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>