Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #737 : HUKUM WANITA BERIDDAH DAN BERKABUNG KELUAR MENGUNDI
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #737 : HUKUM WANITA BERIDDAH DAN BERKABUNG KELUAR MENGUNDI

Download PDF

 

Soalan

Ibu saya dalam ihdad (berkabung kematian ayah) sehingga akhir bulan Jun insha Allah. Bolehkah dia keluar mengundi Pilihan Raya nanti? Mak saya kata kalau dibolehkan,  dia akan keluar dan berpakaian gelap.

 

Jawapan

Kami telah memberi jawapan bahawa hak memilih merupakan tanggungjawab rakyat dan warganegara. Sila lihat Bayan Linnas Siri Ke-126 : Hukum Merosakkan Undi. (klik sini: https://goo.gl/VEhJfh )

Antara maksud dan makna ihdad pada bahasa adalah tegahan. Daripada itu seorang wanita ditegah untuk berhias dan yang membawa kepada maknanya semata-mata untuk menzahirkan rasa sedih. [Lihat Lisan al-‘Arab, al-Misbah al-Munir dan Mukhtar al-Sihah dalam perkataan “حَدَد”]

Sedangkan pada makna istilah, ia memberi maksud seorang wanita di tegah untuk berhias dan yang membawa kepada maknanya pada tempoh tertentu dalam keadaan tertentu. Yang demikian itu menegah daripada bermalam selain daripada rumahnya. [Lihat Fath al-Qadir (3/293),  Ibn ‘Abidin (2/616), al-Khattab (4/154), Nihayah al-Muhtaj (7/140) & al-Mughni li Ibn Qudamah (9/166)]

Berkenaan dengan persoalan saudara, kami telah bahaskan dalam Bayan Linnas Siri 61: Calon Wanita Berkempen Untuk Pilihanraya Dalam Keadaan ‘Iddah dengan panjang lebar. (sila klik sini: https://goo.gl/js2J6R )

Kami berpendapat hukumnya dibolehkan keluar untuk mengundi akan tetapi dengan dawabit (kriteria-kriteria):

  • Tidak keluar rumah dengan sewenang-wenangnya tanpa hajat dan bukanlah keluarnya dia dengan tujuan maksiat serta hendaklah dia menjaga auratnya di luar rumah.
  • Jika dapat mewakilkan kepada kaum keluarga seperti anak-anak ataupun rakan-rakan lain maka alangkah baiknya.
  • Menjaga tatasusila dan adab ketika di dalam ihdad (berkabung).
  • Menjarakkan diri daripada perkara yang membawa kepada fitnah.
  • Tidak berhias-hias seperti emas, perak permata dengan memakai gelang dan rantai.
  • Tidak memakai wangi-wangian termasuk juga bukhur ataupun minyak wangi.
  • Hendaklah dia keluar ke rumah dan selesaikan segala urusan keperluannya itu pada waktu siang hari manakala pada malamnya hendaklah dia berada dan bermalam di rumahnya.

Sehubungan dengan itu dapat disimpulkan bahawa hukum seorang wanita yang berada dalam keadaah untuk keluar mengundi adalah harus. Ini kerana mengundi merupakan suatu kewajipan yang perlu dilakukan sendiri tanpa boleh diwakil. Selain itu, ia termasuk dalam kategori wajib mudayyaq memandangkan tempoh mengundi adalah terhad dengan masa yang ditentukan dan tidak boleh ditangguhkan kepada masa lain. 

Wallahua’lam.

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Download PDF

Check Also

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-283: KESAN DARIPADA WUDHUK

    Soalan: Apakah maksud maksud hadith seperti putih di kepala kuda?   Jawapan: Alhamdulillah, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *