Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #692 : ADAKAH MEMADAI NIAT SOLAT “SAHAJA AKU SOLAT FARDU ZUHUR”?
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #692 : ADAKAH MEMADAI NIAT SOLAT “SAHAJA AKU SOLAT FARDU ZUHUR”?

Download PDF

Soalan:

Apa hukum bacaan niat solat dengan hanya menyebut “sahaja aku solat fardu Zohor” sahaja, tanpa menyebut “rakaatnya” dan “kerana Allah Taala” dan “mengikut imam”?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Niat ialah mengingati tujuan sesuatu perbuatan ketika mula melakukannya. Tempat niat ialah di dalam hati. Hal ini berdasarkan hadith, sabda Nabi SAW:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

Maksudnya: “Sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat.”

Riwayat al-Bukhari (1) dan Muslim (1907)

Untuk menjadikan solat sah, seseorang hendaklah menyertakan niat di dalam hati ketika bertakbiratul Ihram dan sedar akan tujuannya untuk bersolat semasa melafazkan takbir tersebut serta mengingati jenis solat dan fardhunya. Sementara niat untuk bersolat pula tidak disyaratkan melafazkannya.

Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/129)

Dalam kitab Taqrirat al-Sadidah (1/210), Syeikh Hasan al-Kaf menyebut:

Tidak wajib berniat dengan mengidafahkan (yakni mengkeranakan) Allah SWT, niat menentukan rakaat, niat menghadap kiblat, niat ada’an (tunai) dan qadha’an (solat ganti), bahkan kesemua yang tadi itu adalah disunatkan (sahaja).”

Ini hanya melibatkan solat bersendirian, tetapi solat berjemaah memerlukan niat menjadi makmum, berjemaah atau mengikut imam.

Sekiranya musolli (orang yang bersolat) itu menjadi makmum maka wajib baginya untuk berniat Jemaah, atau mengikut imam, atau jadi makmum. Sekiranya dia tidak berniat berjemaah kemudian dia mengikut pergerakan iman secara sengaja menunggunya (yakni untuk mengikut pergerakan imam) selama panjang kadar satu rukun, maka batallah solatnya, dan tidak wajib berniat (makmum) ketika takbiratul ihram.”

(Rujuk Taqrirat al-Sadidah (1/21

Sebahagian ulama mewajibkan niat semasa takbiratul ihram, tetapi pendapat yang muktamad bahawa hukumnya adalah sah tetapi makruh jika menangguhkannya sehingga pertengahan solat kerana menyia-nyiakan fadilat berjemaah. Rujuk Nail al-Raja (ms.148); Tuhfah al-Muhtaj (2/2383). Bagi solat Jumaat, maka wajib bagi makmum untuk berniat semasa takbiratulihram kerana syarat solat Jumaat ialah dengan berjemaah. Rujuk al-Iqna’ (ms.230) oleh Imam Khatib al-Syirbini. 

Adapun, bagi makmum yang syak adakah dia sudah berniat makmum atau belum, maka dia hendaklah memperbaharui niatnya tanpa perlu membatalkan solatnya.

Wallahua’lam.

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Share...Tweet about this on TwitterPrint this pagePin on PinterestShare on LinkedInShare on FacebookShare on Google+Digg this
Download PDF

Check Also

AL-KAFI #693 : HUKUM PERKAHWINAN BERWALIKAN SEORANG PEROKOK

Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, adakah sah pernikahan yang berwalikan seorang bapa yang merupakan perokok …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>