Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #663 : HUKUM HABISKAN BACAAN AL-FATIHAH KETIKA IMAM SUDAH RUKUK
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #663 : HUKUM HABISKAN BACAAN AL-FATIHAH KETIKA IMAM SUDAH RUKUK

Download PDF

Soalan :

Berkenaan dengan bacaan surah al-fatihah ketika solat berjamaah, perlukah seseorang makmum itu menghabiskan bacaannya sekiranya imam telah rukuk (bukan disebabkan dia datang lewat) ?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Di dalam mazhab Imam Al-Syafie Rahimahullah, diwajibkan ke atas makmum untuk membaca al-fatihah ketika solat. Ini berdasarkan keumuman hadis Nabi SAW yang menyebut :

لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

Maksudnya : Tidak ada solat bagi sesiapa yang tidak membaca surah al-fatihah.

Riwayat al Bukhari (756)

Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah :

 مَذْهَبُنَا وُجُوبُ قِرَاءَةِ الْفَاتِحَةِ عَلَى المَأْمُومِ فِي كُلِّ الرَّكعَاتِ مِنَ الصَّلَاة السِّرِّيَّةِ وَالجَهْرِيَّةِ وَهَذَا هُو الصَّحِيحُ عِنْدَنَا كَمَا سَبَق وَبِهِ قَالَ أَكْثَرُ العُلَمَاء

Maksudnya: Mazhab kami berpandangan wajibnya makmum membaca al Fatihah pada setiap rakaat solat sama ada solat as sirriyyah (yang dibaca perlahan) atau solat al-jahriyyah (yang dibaca kuat) dan inilah pandangan yang sahih di sisi kami sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini dan ini jugalah pendapat kebanyakan para ulama’. Rujuk Majmu’ Syarh al Muhazzab, Al-Nawawi (3/323).

Kesimpulan

Dalam kes seperti ini, kami berpandangan bahawa makmum hendaklah menghabiskan bacaan al-fatihah, dengan kadar bacaan yang sederhana iaitu tidak terlalu laju dan tidak juga terlalu perlahan. Perlu juga diberi perhatian bahawa para imam hendaklah meraikan situasi dan keadaan makmum di belakangnya ketika solat dengan cara tidak terlalu laju dalam bacaan sehingga menyebabkan makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-fatihah. Wallahu A’lam.

 

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Share...Tweet about this on TwitterPrint this pagePin on PinterestShare on LinkedInShare on FacebookShare on Google+Digg this
Download PDF

Check Also

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

  Soalan: Apakah benar memakan daging unta membatalkan wudhuk?   Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>