Breaking News
Home / darulkautsar.net / Hadis Online / Asas / Mustholah Hadis / Sesi 7 – (Sambungan) Al-Sahih
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sesi 7 – (Sambungan) Al-Sahih

Download PDF
Ust Mohd Hanief Awang Yahaya, 17 Mei 15

 

Adakah diputuskan mana-mana sanad sebagai sanad yang paling sahih secara mutlak?

Mengikut pendapat terpilih, tidak boleh diputuskan mana-mana sanad sebagai sanad yang paling sahih secara mutlak kerana perbezaan tingkatan kesahihan berdasarkan kepada kemungkinan sanad untuk memenuhi syarat sahih. Hadis yang memenuhi keperluan, maksimum kesemua syarat sahih adalah sangat jarang. Sepatutnya tidak dihukumkan kepada mana-mana sanad sebagai sanad yang paling sahih secara mutlak. Bagaimanapun, ada dinukilkan daripada beberapa orang imam tentang sanad yang paling sahih. Yang nyata, setiap imam memilih sanad yang kuat menurut penilaian mereka. Antara pendapat tentang sanad yang paling sahih ialah:

  1. Al-Zuhri daripada Salim daripada bapanya (Abullah Ibn ‘Umar).
    Ini diriwayatkan daripada Ishaq bin Rahawayh dan Ahmad.
  2. Ibn Sirin daripada ‘Abidah daripada ‘Ali bin Abi Talib. Ini diriwayatkan daripada Ibn al-Madini dan al-Fallas.
  3. Al-A’mash daripada Ibrahim daripada ‘Alqamah daripada Abdullah bin Mas’ud. Ini diriwayatkan daripada Ibn Ma’in.
  4. Al-Zuhri daripada ‘Ali bin al-Husayn daripada bapanya daripada ‘Ali. Ini diriwayatakan daripada Abu Bakar bin Abi Shaybah.
  5. Malik daripada Nafi’ daripada Ibn ‘Umar. Ini diriwayatkan daripada al-Bukhari.

KARANGAN PERTAMA YANG KHUSUS TENTANG HADIS SAHIH

Karangan pertama tentang hadis sahih sahaja ialah Sahih al-Bukhari kemuadian Sahih Muslim.Kedua-duanya adalah kitab yang paling sahih selepas al-Qur’an.Ummat Islam telah berijmak dalam menerima kedua-duanya.

Kitab yang paling sahih di antara keduanya ialah Sahih al-Bukhari dan ia lebih mengandungi banyak faedah. Ini kerana hadis-hadis al-Bukhari lebih kemas dari segi bersambung-sambung sanadnya dan para perawi lebih thiqah di samping terdapat kesimpulan-kesimpulan fiqh dan masalah-masalah ilmiah yang tidak ada dalam Sahih Muslim. Kedudukan Sahih al-Bukhari lebih Sahih dari Sahih Muslim dengan mengambil kira keseluruhan, kerana ada terdapat sebahagian hadis dalam Sahih Muslim lebih kuat daripada beberapa hadis dalam Sahih al-Bukhari. Ada juga pendapat yang mengatakan Sahih Muslim lebih sahih, tetapi yang lebih tepat ialah pendapat yang pertama ( Sahih al-Bukhari lebih sahih.)

Adakah al-Bukhari dan Muslim beriltizam untuk memasukkan semua hadis sahih dalam kitab-kitab mereka?

Al-Bukhari dan Muslim tidak beriltizam untuk memasukkan semua hadis sahih dalam kitab-kitab mereka. Al-Bukhari berkata: “Saya hanya memasukkan hadis sahih sahaja dalam kitabku yang jami’ ini dan saya tinggalkan hadis-hadis sahih yang lain kerana takut panjang.’’ Muslim berkata : “Bukan semua hadis sahih menurut saya dimasukkan di sini, tetapi saya hanya masukkan sahihyang disepakati.”

Adakah banyak atau sedikit hadis sahih yang tidak dimasukkan oleh mereka berdua?

Al-Hafiz Ibn al-Akhram berkata : “hanya sebilangan yang kecil sahaja yang tidak dimasukkan oleh mereka berdua.” Bagaimanapun pendapat ini telah dibantah.

Mengikut pendapat disebutkan oleh mereka berdua. Dinukilkan daripada al-Bukhari katanya: “Hadis-Hadis sahih yang saya tinggalkan lebih banyak” Beliau kuga berkata : “Saya menghafal seratus ribu hadis sahih dan dua ratus ribu hadis yang tidak sahih.’’

Berapakah jumlah hadis di dalam kedua-dua kitab sahih itu?

Sahih al-Bukhari mengandungi 7275 hadis termasuk hadis yang berulang dan dengan yang tidak berulang sebanyak 4000 hadis.
Jumlah hadis dalam Sahih Muslim ialah 12000 termasuk yang berulang dan tanpa berulang sebanyak 4000 hadis.

Di mana boleh didapati hadis-hadis sahih lain yang ditinggalkan oleh al-Bukhari dan Muslim?

Kita boleh dapatinya di dalam kitab-kitab mu’tabar yang masyhur seperti Sahih Ibn Khuzaymah, Sahih Ibn Hibban, Mustadrak al-Hakim, kitab sunan yang empat, Sunan al-Daruqutni, Sunan al-Bayhaqi dan lain-lain. Perlu diingatkan bahawa kewujudan sesebuah hadis di dalam kitab-kitab tidak bermakna ia pasti sahih tetapi memerlukan kepada penjelasan tentang kesahihannya kecuali di dalam kitab yang pengarangnya mensyaratkan hanya menyebutkan hadis sahih sahaja seperti Sahih Ibn Khuzaymah

Perbincangan Tentang Al-Mustadrak Karangan Al-Hakim

Antara kitab hadis yang besar ialah al-Mustadrak ‘ala al-Sahihayn karangan al-Hakim.Penulisnya menyebutkan hadis-hadis sahih yang mengikut syarat al-Shaykhan (al-Bukhari dan Muslim) atau syarat salah sesorang mereka tetapi tidak dikeluarkan oleh mereka berdua.Begitu juga pengarangnya menyebutkan hadis-hadis sahih menurut penilaiannya walaupun tidak menurut penilaian mereka berdua dengan mengatakannya sebagai sahih sanadnya.Kadang-kadang beliau menyebutkan beberapa hadis yang tidak sahih tetapi beliau mengingatkan tentang statusnya.Beliau seorang yang longgar dalam mentashihkan hadis.Hadis-hadisnya perlu disemak dan dinili sesuai dengan keadaannya dan Al-Dhahabi menilai semula status kebanyakkan hadis-hadis Mustadrak sesuai dengan kedudukannya. Bagaimanapun, kitab ini masih memerlukan kepada penyemakan, penilaian dan pemerhatian lebih lanjut lagi.51

Sahih Ibn Hibban

Susunan kitab ini agak kreatif kerana ia tidak disusun mengikut susunan bab dan tidak juga mengikut tertib musnad. Oleh sebab itu, pengarangnya menamakan al-Taqasim wa al-anwa’. Disebabkan terdapat kesukaran dalam mencari hadis dari kitab ini, sebahagian ulama mutakhirin menyusunnya mengikut bab. Pengarangnya adalah seorang yang bermudah dalam menghukumkan hadis dan sikap bermudah beliau adalah lebih rendah dari al-Hakim.

Sahih Ibn Khuzaymah

Kedudukannya lebih tinggi dari Sahih Ibn Hibban kerana beliau lebih teliti berbanding Ibn Hibban sehingga beliau menahan diri dari menghukumkan hadis walaupun hanya terdapat sedikit kritikan pada sanadnya.

Al-Mustakhrajat ‘ala Al-Sahihayn

  • Topik mustakhraj : iaitu seorang pengarang mendapatkan mana-mana kitab hadis lalu mengeluarkan hadis-hadis tersebut melalui sanad-sanadnya sendiri bukan tariq atau jalan pengarang kitab tersebut. Dengan ini beliau akan bertemu dengan pengarang pada peringkat gurunya atau atas lagi.
  • Mustakhraj terhadap al-sahihayn yang paling mashyur :
  1. Al-Mustakhraj karangan Abu Bakar al-Isma’ili terhadap Sahih al-Bukhari
  2. Al-Mustakhraj karangan Abu ‘Awanah al- Isfirayni terhadap Sahih Muslim.
  3. Al-Mustakhraj karangan Abu Nu’aym ‘al-Asfahani terhadap Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
  • Adakah pengarang-pengarang kitab mustakhraj beriltizam untuk mengeluarkan lafaz yang sama dengan lafaz al-Sahihayn?

Pengarang-pengarang Mustakhraj tidak beriltizam untuk mengemukakan lafaz yang sama dengan al-Sahihayn kerana mereka hanya meriwayatkan lafaz-lafaz yang sampai kepada mereka melalui jalan guru-guru mereka. Oleh kerana itu terdapat sedikit perbezaan lafaz-lafaz hadis dalam mustakhrajat. Begitu juga halnya dengan hadis-hadis yang dikeluarkan oelh pengarang-pengarang terdahulu di dalam kitab mereka yang berasingan seperti al-Bayhaqi, al-Baghawi dan lain-laian seperti kata-kata mereka: diriwayatkan oleh al-Bukhari atau diriwayatkan oleh Muslim. Pada sebahagiannya terdapat perbezaan dari segi lafaz dan makna. Maksud kata-kata mereka: “diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim” ialah mereka berdua meriwayatkan hadis tersebut pada asalnya.

  • Adakah harus menukilkan satu hadis daripada kitab mustakhraj lalu menyandarkan kepada al-Bukhari dan Muslim?

Berdasarkan kepada perbahasan lalu, tidak harus bagi seseorang untuk menukilkan daripada kitab mustakhrajat atau mana-mana kitab yang disebutkan sebelum ini lalu dia berkata diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim kecuali dengan salah satu cara ini: pertama dia mestilah membandingkan hadis itu dengan riwayat al-Bukhari dan Muslim atau pengarang mustakharaj berkata atau pengarang kitab berkata; dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dengan lafaznya.

  • Faedah-faedah mustakhrajat terhadap al-Sahihayn

Mustakhrajat terhadap al-Sahihayn mempunyai beberapa faedah sehingga menjangkau sepuluh, sebagaimana yang disebutkan oleh al-Suyuti dalam kitabnya, Tadrib al-Rawi. Di sini penulis bawakan untuk anda beberapa faedah terpenting. Pertama, ketinggian sanad iaitu sanad menjadi tinggi kerana jika pengarang mustakhraj meriwayatkan satu hadis melalui jalan al-Bukhari pasti sanad akan menjadi lebih rendah daripada hadis yang diriwayatkannya di dalam mustakhraj. Kedua, menambah kadar kesahihan kerana berlaku pertambahan lafaz dan kelengkapan pada sebahagian hadis. Ketiga, hadis menjadi lebih kuat dengan sebab bertambah jalannya dan faedahnya ialah dapat melakukan tarjih ketika berlaku percanggahan antara hadis-hadis.

 

 

 

Share...Tweet about this on TwitterPrint this pagePin on PinterestShare on LinkedInShare on FacebookShare on Google+Digg this
Download PDF

Check Also

Sesi 40 – Mengenali Perawi Thiqah Yang Mengalami Ikhtilat

Ust Mohd Hanief Awang Yahaya – 29- Feb-16     MENGENALI PERAWI THIQAH YANG MENGALAMI …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>