Home / darulkautsar.net / Bahaya Syiah / MENYANGGAH SYIAH / Menjawab Syiah: Kecacatan Hadis Kisa’
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Menjawab Syiah: Kecacatan Hadis Kisa’

Download PDF

Hadis Kisa’ iaitu hadis yang menceritakan tentang perbuatan Rasulullah s.a.w yang menyelimuti anaknya Fatimah r.ha, menantunya Ali, dan dua cucunya Hassan dan Hussein dengan selimut atau kisa’.

Golongan Syiah mengaitkan hadis ini dengan ayat al-Quran – Surah Al-Ahzab (ayat 33) yang mafhumnya, “Sesungguhnya Allah bermaksud untuk menghilangkan dosa dari diri kamu wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”. Dan mendakwa kelebihan Imam-imam mereka yang berada dalam selimut tersebut.

Untuk menilai kedudukan hadis ini kita perlu meneliti beberapa fakta berikut:

Bilakah Surah Ahzab selesai diturunkan? Ulama tafsir berpendapat Surah Al-Ahzab selesai diturunkan selewat-lewatnya pada tahun ke 6 Hijrah. Bilakah pula Saidina Hassan dilahirkan? Ahli sirah berpendapat Saidina Hassan dilahirkan pada tahun ke 3 atau ke 4 H, tetapi menurut kitab Sahih al-Bukhari, Saidina Hassan lahir pada tahun ke 7. Apakah bukti Saidina Hasan lahir tahun ke 7? Orang yang menyambut kelahiran Saidina Hasan adalah Asma’ Bt Umais, yang berada di Madinah hanya pada tahun 7 H kerana sebelum itu beliau berhijrah ke Habshah.

Bila pula Saidina Husin dilahirkan? Dikatakan bahawa Saidina Husin lahir pada tahun ke 5 H, tetapi berdasarkan riwayat al-Bukhari, yang tepatnya, Saidina Husin lahir tahun ke 9 H. Ini adalah kerana orang yang menyambut kelahiran Saidina Husin ialah Ummul Fadhal, isteri Abbas, bapa saudara nabi s.a.w. Hakikatnya, Ummul Fadhal berhijrah ke Madinah hanya pada tahun ke 9 H.

Kita tidak dapat bayangkan bagaimana Saidina Husin yang lahir pada tahun 9H , digambarkan sudah besar ketika masuk ke dalam selimut Rasulullah pada tahun ke 6!

Sekiranya kita terima hadis kisa’ ini sebagai sahih kita akan menolak sekian banyak hadis lain yang lebih sahih!

Perlu diingat bahawa maklumat kelahiran Sadinina Hassan dilahirkan pada tahun ke 3 atau 4H tidak ada dalam kitab hadis tetapi terdapat hanya dalam kitab-kitab sirah sahaja, yang tidak mempunyai sanad atau sumber ceritanya, Tentunya cerita dalam kitab sirah ini tidak dapat menandingi kitab-kitab hadis yang sahih seperti al-Bukhari. Besar kemungkinan hadis kisa’ ini adalah rekaan sahaja!

Download PDF

Check Also

Al-Quran Sebenar Tiga Kali Ganda

Post Views: 98 Share...TwitterPrintPinterestLinkedinFacebookGoogle+Digg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *