RSS    
KHIDMAT KAMI
Penerbitan
Kemuka Kemusykilan
Jawapan Kemusykilan
Waktu Solat
Bacaan Al-Quran
Terjemahan Al-Quran
Terjemahan Hadis
Previu Buku
Buku Elektronik
Belajar Bahasa Arab
P.P.A.Darul Kuatsar
Jadawilun Naafi`ah
Jadual Kuliah Hadis
Islam Secara Ringkas
Islam dan Sains
Penapis Laman Lucah

~::~
TERKINI

~::~
NAVIGASI
Laman Utama
Terbaru
Popular
Pilihan
Tentang Kami
Hubungi Kami
Pautan
Site Map

:~:
GALERI

Himpunan Galeri www.DarulKautsar.net


:~:
RAYAU-RAYAU
Sayyid Maududi -The Mujaddid (Reformer) of His Century
Syeikh Wahbah Zuhaili: “Orang-orang Liberal Tidak Punya Agama”
100,000 Americans Die Each Year from Prescription Drugs, While Pharma Companies Get Rich
Report: WHO Overstated H1N1 Threat
If Ultrasound Destroys Sperm, Why Is It Safe For A Fetus?
‘Privacy Settings’ di Facebook (Supaya Muslimah Terjaga Kehormatannya)
Tracing The Footsteps Of Tariq Ibn Ziyad
How Americans Are Propagandized About Afghanistan
FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa
Lagu Allahu.. Nusrat Fateh Ali Khan.. Sufi.. Syiah dan Kuburan

:~:
NEWSLETTER
Dapatkan berita dan artikel terbaru daripada DarulKautsar.com
 Batal Pendaftaran

~::~
HADIS PILIHAN
Memelihara Diri Dari Perkara Yang Samar (Siri 3)
Memelihara Diri Dari Perkara Yang Samar (Siri 2)
Memelihara Diri Dari Perkara Yang Samar.
ARKIB

~::~
TENTANG BID'AH


:~:
BAHAYA SYIAH
.


:~:
IKLAN

Akan Datang Kami Ada Jualan DVD & MP3 Kuliah Hadith M.'Asri

~::~
facebook

~::~
   Kesalahan-Kesalahan Masyarakat Dalam Menamakan Anak - Video & Sinopsis      Terbaru Di YoutubeSahih Bukhari Kitab Tayammum    Istimewa Dari Arkib 22 : Fatwa Tentang Merayakan Sambutan Nisfu Syaaban  (Klik Senarai Terdahulu)  Web Pilihan: Turn To Islam                                                                                        |                                                                                        
PuasaPuasayoutube
Carian artikel di darulkautsar.com :
Carian : Ikut Kategori
  > Home > Pemurnian Syariat > Bid'ah > Kaedah Mengenali Bid`ah > Ilmu Usul Bida` - Usul Pertama - Usul Kelima: Pendahuluan Dan Pengenalan Kaedah Untuk Mengecam Dan Mengenalpasti Bid`ah
Ilmu Usul Bida` - Usul Pertama - Usul Kelima: Pendahuluan Dan Pengenalan Kaedah Untuk Mengecam Dan Mengenalpasti Bid`ah

ILMU USUL BIDA`:

Kaedah Untuk Mengecam Dan Mengenalpasti Bid`ah

 

Terjemahan oleh Ustaz Muhammad Hanief Awang Yahaya

 


1.1 Pendahuluan

1.2 Kepentingan dan Objektif Ilmu Usul al-Bida’

1.3 Sumber dan Hukum Usul al-Bida’

1.4 Hukum mempelajari

1.5 Karya-karya utama dalam ilmu ini

1.6 Kewajipan berpegang dengan Sunnah Rasulullah s.a.w.

 

2.0 Pentakrifan Bid’ah

2.1 Bid’ah dari segi bahasa

2.2 Bid’ah dari segi istilah

2.3 Mengapa kita pilih pendekatan yang kedua

2.4 Penggunaan perkataan bid’ah oleh Sayyidina Umar

2.5 Pembahagian bid’ah

 

3.0 Prinsip-prinsip tentang Bid’ah

3.1 Prinsip Pertama:

Agama adalah sempurna. Tidak mungkin ada penambahan ataupun pengurangan

3.2 Prinsip Kedua:

Pahala kerana ittiba’ bukan ibtida’

3.3 Prinsip Ketiga:

Ittiba’ dalam melakukan dan juga meninggalkan

3.4 Prinsip Keempat: 

Ittiba’  Sahabat sebahagian dari agama

3.5 Perinsip Kelima:

Setiap rekaan adalah bid`ah, maka mereka-reka itulah sebab larangan dan penolakan.

 

 

1.1          PENDAHULUAN

 

Persoalan bid`ah merupakan permasalahan yang terus menjadi konflik dan polemik dalam masyarakat Islam. Antara puncanya ialah kekaburan tentang perkara-perkara asas yang berkaitan dengan takrif, hakikat dan pembahagian serta kayu ukur dalam menentukan bid`ah atau sebaliknya. Begitu juga masyarakat kurang memahami dan peka akibat buruk yang wujud kerana berleluasanya perkara-perkara bid`ah.

Golongan berilmu masih lagi tidak menemui titik persepakatan dalam menyelesaikan persoalan ini menyebabkan masyarakat terus berada di dalam kebingungan dan serba salah untuk melakukan sesuatu perkara.  Malah yang paling buruk ialah banyak sunnah Rasulullah s.a.w ditinggalkan dan diabaikan. Dalam menghadapi situasi yang begini rumit merujuk kembali kepada petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah itulah satu-satu pilihan yang ada. Dengan cara ini, kita akan mendapati segala-galanya akan terjawab dengan syarat keinsafan dan keazaman untuk mencari kebenaran tertanam dalam jiwa pengkaji-pengkaji persoalan bid`ah.

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

 

Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemimpin-pemimpin dari kalangan kamu. Jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya. (al-Nisa’: 59)

 

Dalam ayat ini, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa wajib mentaati Allah dan Rasul iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah secara mutlak di samping mentaati pemimpin sama ada dari kalangan pemimpin politik atau pemimpin dalam soal ilmu yakni para ulama. Bagaimanapun ketaatan kepada kedua-dua jenis pemimpin ini tidak secara mutlak iaitu dalam batas ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika terdapat perkara yang menjadi perselisihan pendapat dalam masyarakat, maka jalan terbaik untuk menyelesaikannya dengan berpandukan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah.

 

Oleh itu, persoalan bid`ah dapat diselesaikan jika kita dapat merujuk kepada dua peninggalan Rasulullah s.a.w.  ini  dan mengeluarkan kaedah-kaedah yang akan menjadi kayu ukur dan garis panduan dalam mengamalkan Islam supaya tidak tersasar dari Sunnah Rasulullah s.a.w. lalu menyebabkan kita terjerumus di dalam kesesatan bid`ah.

 

 

1.2          Kepentingan dan Objektif Ilmu Usul al-Bida`

 

Berdasarkan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, beberapa kaedah atau prinsip telah dibina untuk menyelesaikan persoalan bid`ah. Kaedah ini boleh dinamakan sebagai Ilmu Usul al-Bida`. Ilmu usul al-Bida` atau ilmu tentang prinsip-prinsip bid`ah merupakan ilmu yang baru disusun oleh ulama mutakhir walaupun ianya sudah ada dalam khazanah penulisan ulama yang terdahulu. Halnya sama dengan ilmu usul fiqh. Walaupun dibukukan selepas zaman Imam al-Syafie, ilmu Usul Fiqh sudahpun wujud dan digunakan oleh para sahabat dalam berijtihad dan mengeluarkan fatwa-fatwa. Begitu juga ilmu Fiqh al-Awlawiyyat, walaupun baru dipopularkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi, ilmu ini sudah terdapat asas-asasnya di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan pengamalan generasi terbaik Islam.

 

Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan prinsip-prinsip atau kaedah-kaedah yang diguna pakai oleh para ulama untuk menilai dan mengukur sesuatu amalan itu bid`ah atau masih dikira sebagai sunnah. Dengan ini, ilmu Usul al-Bida` dapat didefinisikan sebagai ilmu yang membincangkan himpunan kaedah yang membezakan amalan bid`ah dan bukan bid`ah serta amalan yang menyerupainya. Gunanya ilmu ini ialah untuk menegakkan sunnah yang hanya terlaksana apabila bid`ah dapat dihindari dan diberi peringatan. Kepada ahli hukum, di samping ilmu Usul Fiqh dan ilmu Qawa`id Fiqhiyyah, ilmu ini memandunya dalam menentukan dengan jelas kedudukan sesuatu amalan yang timbul dan diamalkan di dalam masyarakat. Begitu juga, ilmu ini amat penting kepada ahli masyarakat dalam mendakwahkan dan melaksanakan hukum Islam.

 

Dengan menguasai ilmu ini, masyarakat berupaya untuk menjalani kehidupan ini benar-benar berlandaskan wahyu dan Sunnah Rasulullah s.a.w. seterusnya mendapat keberkatan Allah s.w.t.

 

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

 

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. (al-A`raf: 96)

 

Keimanan dan ketaqwaan hanya akan sempurna apabila adanya ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu dengan mengikuti Sunnah dan menjauhi bid`ah.

 

Selain itu, dengan memahami ilmu dengan jelas, masyarakat akan tetap terus berada di atas petunjuk dan hidayat serta berpegang teguh dengan tali Allah yang sangat kukuh. Dengan itu, tidak akan ada lagi perpecahan dan perselisihan pendapat. Allah  s.w..t berfirman:

 

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

 

Hendaklah kamu sekalian berpegang teguh dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah. (Al `Imran: 103)

 

 

1.3 Sumber Ilmu Usul al-Bida`

 

Ilmu ini disusun berdasarkan kepada prinsip-prinsip kulli yang terkandung di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah di samping penghayatan dan pengamalan para sahabat selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

 

 

 1.4 Hukum Mempelajari

 

Ilmu ini wajib dipelajari oleh setiap ahli hukum dan sesiapa sahaja yang terlibat dan berperanan dalam masyarakat seperti para imam dan pemimpin masyarakat. Kepada umat Islam secara keseluruhan, ilmu ini adalah fardu kifayah. Namun jika tidak ada seorangpun mempelajarinya maka hukumnya menjadi fardu `ain sehinggalah ada yang mempelajarinya.

 

 

 1.5. Karya-Karya Utama Dalam Ilmu Ini

 

Orang yang pertama yang memperincikan perbahasan tentang prinsip-prinsip bid`ah ialah Imam al-Syatibi. Beliau telah menulis dua buah kitab, al-I`tisam dan al-Muwafaqat. Kitab al-I`tisam merupakan rujukan asasi bagi pengkaji-pengkaji untuk mengetahui persoalan bid`ah yang berlaku dalam masyarakat.

 

Penulisan yang lain ialah `Ilmu Usul Fiqh al-Bida`Dirasah Takmilah Muhimmah Fi Ilm Usul al-Fiqh,  karangan Hasan Ali al-Athari.

 

 Usul fi al-Bida` wa al-Sunan tulisan Muhammad Ahmad al-`Adawi yang merupakan ringkasan kepada kitab al-I`tisam. Kitab ini menghimpunkan sebelas kaedah-kaedah tentang bid`ah.

 

 Usul al-Sunnah Fi Radd al-Bid`ah karangan Muhammad Tahir. Beliau telah mengemukakan dua puluh kaedah bagi mengenalpasti bid`ah.

 

 

1.6 Kewajipan Berpegangan Dengan Sunnah Rasulullah s.a.w.

 

Agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.  telah lengkap dan sudah mencukupi untuk memandu seseorang hamba untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t dan selamat dari kemurkaanNya. Setiap bentuk ibadat telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat dan mereka pula mengajarkannya kepada generasi seterusnya. Mengamalkan agama sebagaimana yang ditunjukkan oleh baginda merupakan sunnah dan meninggalkannya pula adalah derhaka.

 

Tetapi malangnya berlaku bermacam fitnah terutamanya setelah kewafatan Sayyidina Uthman r.a.  khalifah Islam yang ketiga. Musuh-musuh Islam mengimport pelbagai fahaman dan konsep baru yang bercanggah dengan ajaran Rasulullah s.a.w. Perkara-perkara baru ini dinamakan bid`ah kerana kewujudannya itu adalah bertentangan dengan sunnah.

 

Bid`ah ialah satu perkara baru yang tidak pernah  diamalkan oleh sahabat dan para tabi`in malah tidak dituntut oleh dalil syara` dan ia merupakan perbuatan yang bercanggah dengan sunnah. Apabila disebutkan sunnah maka lawannya adalah bid`ah sebagaimana syirik lawan bagi tauhid. Tauhid bererti kesempurnaan kesaksian seseorang terhadap keesaan Allah manakala sunnah bermakna kesempurnaan kesaksian terhadap kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, syirik dan bid`ah merupakan ancaman yang sangat berbahaya terhadap syahadah seorang muslim.

Banyak ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis yang memerintahkan kita supaya berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan berwaspada terhadap rekaan dalam agama. Antara ayat-ayat tersebut ialah:

 

وأن هذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

 

Sesungguhnya ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa. (al-An`am: 153)

 

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبونَ اللَّهَ فَاتَّبعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

 

Katakanlah: “Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, pasti Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Ali `Imran: 31)

 

عن جابر بن عبد الله قال  كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا خطب احمرت عيناه وعلا صوته واشتد غضبه حتى كأنه منذر جيش يقول : صبحكم ومساكم . ويقول : بعثت أنا والساعة كهاتين ، ويقرن بين إصبعيه السبابة والوسطى . ويقول أما بعد فإن خير الحديث كتاب الله وخير الهدي هـدى محـمـد وشر الأمـور محدثاتها وكل بدعة ضلالة ) رواه مسلم

 

Daripada Jabir bin Abdullah katanya: “Rasulullah s.a.w. apabila berkhutbah, matanya menjadi merah, suaranya menjadi tinggi seolah-olah seperti ketua yang memberi peringatan kepada tenteranya: Waspadalah pada waktu pagi dan petang (sentiasa berjaga-jaga). Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya aku diutuskan dalam keadaan kiamat sangat hampir berlaku seperti dua jari ini. Baginda merapatkatkan jari tengah dan jari telunjuknya. Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya sebaik-baik ucapan ialah Kitab Allah, sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad dan kejahatan yang paling buruk ialah perkara-perkara rekaan dan setiap bid`ah itu sesat.” (Hadis riwayat Muslim)

 

وعن عبد الله بن مسعود قال :[ خطَّ لنا رسول الله صلى الله عليه وسلم يوماً خطاً ثم قال : هذا سبيل الله ثم خطَّ خطوطاً عن يمينه وعن شماله ثم قال : هذه سبل على كل سبيل منها شيطان يدعو إليه ثم قرأ :( وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ )) الآية ، رواه الدارمي وأحمد والنسائي

 

Daripada Abdullah bin Mas`ud katanya: “Pada suatu hari Rasulullah telah membuat satu garis sambil bersabda: Ini adalah jalan Allah. Kemudian baginda membuat beberapa garisan di sebelah kanan dan kiri garis tadi dan bersabda: Ini adalah beberapa jalan yang masing-masing mempunyai syaitan yang menyeru kepadanya. Kemudian baginda membaca ayat: “Sesungguhnya ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa.” (al-An`am: 153)

(Hadis riwayat al-Darimi, Ahmad dan al-Nasa’i)

 

وعن أبي شريح الخزاعي قال :( خرج علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم  فقال : أليس تشهدون أن لا إله إلا الله وأني رسول الله ؟ قالوا : بلى . قال : إن هذا القرآن طرفه بيد الله وطرفه بأيديكم فتمسكوا به فإنكم لن تضلوا ولن تهلكوا بعده أبداً ) رواه الطبراني في الكبير بإسناد جيد.

 

Daripada Abu Syuraih al-Khuza`I katanya: Rasulullah s.a.w. keluar menemui kami seraya bersabda: Tidakkah kamu menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan saya ini pesuruh Allah? Mereka menjawab: Ya, benar sekali. Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya al-Qur’an ini, satu hujungnya pada Tangan Allah dan satu lagi pada tangan kamu. Oleh itu, hendaklah kamu berpegang teguh dengannya kerana kamu tidak akan sesat dan binasa selepasnya buat selama-lamanya. (hadis riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu`jam al-Kabir dengan sanad yang jayyid).

 

 

 

<<  1  2  3  4  5  6  >>
 
 


80 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan


TERKINI DARI al-ahkam.net - Lebih Sederhana.. Lebih Terbuka

~::~


IKLAN

                                                    Hubungi Ust. Zakaria: 0139748156

~::~
Hakcipta 2007-2009, www.DarulKautsar.net

Bahan-bahan dalam laman web ini boleh disalin dan diedarkan dengan syarat bukan untuk tujuan komersial. Sebarang bahan yang disalin/diedarkan hendaklah dinyatakan sumbernya - www.darulkautsar.net

RSS Created By : darulkautsar.net / ejoeSolutions.com / AhliMasjid.com / Rosli Ab Ghani Pelawat Atas Talian: 40