> Home > Syarahan Ust. 'Asri > Jami` Tirmizi > Kitab Bersuci > Sunan Tirmizi Kitab Bersuci Sesi 16 - Bab Menyatakan Bahawa Nabi SAW Apabila Hendak Membuang Air, Dia Mencari Tempat Yang Jauh Daripada Orang Ramai
Sunan Tirmizi Kitab Bersuci Sesi 16 - Bab Menyatakan Bahawa Nabi SAW Apabila Hendak Membuang Air, Dia Mencari Tempat Yang Jauh Daripada Orang Ramai
*Terjemahan dalam bahasa Malaysia adalah saringan oleh www.darulkautsar.net daripada Ensaiklopedia Hadits terbitan Pusaka Lidwa ( http://lidwa.com/app/
16- Bab Menyatakan Bahawa Nabi SAW Apabila Hendak Membuang Air, Dia Mencari Tempat Yang Jauh Daripada Orang Ramai.
20- Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul Wahab Ats Tsaqafi dari Muhammad bin 'Amru dari Abu Salamah dari Al Mughirah bin Syu'bah ia berkata; \"Aku bersama Nabi Shallahu 'alaihi wa Sallam dalam suatu perjalanan, tiba-tiba Nabi Shallahu 'alaihi wa Sallam hendak membuang hajatnya, lalu baginda pergi ke tempat yang jauh.\"
Abu Isa berkata; \"Dalam bab ini ada juga hadits dari sahabat Abdurrahman bin Abu Qurad, Abu Qatadah, Jabir, Yahya bin Ubaid dari bapaknya, Abu Musa, Ibnu Abbas dan sahabat Bilal bin Harits.\"
Abu Isa berkata; \"Hadits ini derajatnya hasan shahih, dan diriwayatkan juga dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, Bahawasanya baginda akan mencari tempat yang sesuai untuk membuang air sebagaimana dia akan mencari tempat yang sesuai untuk singgah semasa dalam perjalanan.
Abu Salamah namanya adalah Abdullah bin Abdurrahman bin 'Auf Az Zuhri.\"
17- Bab Menyatakan Larangan Membuang Air Kecil Di Tempat Mandi.
21- Telah menceritakan kepada kami Ali bin Hajar dan Ahmad bin Muhammad bin Musa Mardawih, mereka berdua berkata; telah mengabarkan kepada kami Abdullah Ibnul Mubarak dari Ma'mar dari Asy'ats bin Abdullah dari Al Hasan dari Abdullah bin Mughaffal berkata, Nabi Shallahu 'alaihi wa Sallam melarang seseorang kencing di tempat mandinya, Nabi s.a.w bersabda: \"Umumnya waswas datang darinya.\"
Ia berkata; \"Dalam bab ini ada juga hadits dari salah seorang sahabat Nabi Shallahu 'alaihi wa Sallam.\" Abu Isa berakta, \"Hadits ini gharib (asing), kami tidak mengetahui hadits itu marfu' kecuali hadits dari Asy'ats bin Abdullah, dan ia juga disebut dengan Asy'ats Al A'ma.\"
Sebagian ahli ilmu tidak sukakencing di tempat pemandian, mereka mengatakan; \"Umumnya was-was berasal darinya.\" Dan sebagian ahlul ilmi memberikan keringanan dalam perkara tersebut, di antaranya adalah Ibnu Sirin. Dan ketika dikatakan kepadanya, \" Tidakkah ada orang mengatakan umumnya was-was datang darinya, \" maka ia menjawab, \"Rabb kita adalah Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya.\"
Ibnul Mubarak berkata; \"Ada kelonggaran kencing di tempat pemandian jika airnya mengalir.\" Abu Isa berkata; \"Hal tersebut telah diceritakan kepada kami oleh Ahmad bin Abdah Al Amuli, dari Hibban, dari Abdullah bin Al Mubarak.\"
Bahan-bahan dalam laman web ini boleh disalin dan diedarkan dengan syarat bukan untuk tujuan komersial. Sebarang bahan yang disalin/diedarkan hendaklah dinyatakan sumbernya - www.darulkautsar.net