DK Mobile    RSS    
KHIDMAT KAMI
Penerbitan
Kemuka Kemusykilan
Jawapan Kemusykilan
Waktu Solat
Quran Flash
Bacaan Al-Quran
Terjemahan Al-Quran
Tafsir Al-Quran (Indon)
Tafsir Al-Quran (Eng)
Al-Quran Digital (download)
al-Quran Explorer
Terjemahan Hadis
Previu Buku
Buku Elektronik
Belajar Bahasa Arab
P.P.A.Darul Kautsar
Jadual Kuliah Hadis
Islam Secara Ringkas
Islam dan Sains
Penapis Laman Lucah

~::~
MAQAALAAT 'ASRI
Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah
ARKIB

~::~
TERKINI

~::~
NAVIGASI
Laman Utama
Terbaru
Popular
Pilihan
Tentang Kami
Hubungi Kami
Pautan
Site Map

:~:
Memesan Buku Syiah Rafidah
GALERI

Himpunan Galeri www.DarulKautsar.net


:~:
RAYAU-RAYAU
10 outrageous (but true) facts about vaccines the CDC and the vaccine industry don't want you to know
Exclusive: US bankrolled anti-Morsi activists
Not even good enough for dog food: Imported food from China loaded with chemicals, dyes, pesticides and fake ingredients
Camp Nama: British personnel reveal horrors of secret US base in Baghdad
Secret Government Documents Reveal Vaccines To Be A Total Hoax
Shock Findings In New GMO Study: Rats Fed Lifetime Of GM Corn Grow Horrifying Tumors, 70% Of Females Die Early
78 Percent Increase In Childhood Autism Rates Over Past Decade Coincides With Sharp Uptick In Vaccination Schedules
The CIA and the Drones
Seasonal Flu Vaccine Fairy Tale Rapidly Collapsing As The Truth Comes Out
The Truth About Soy Foods

:~:
NEWSLETTER

~::~
HADIS PILIHAN
Tetap Mendapat Pahala Dalam Nafkah Keluarga
Nasihat Ringkas Padat Kepada Yang Mahu Mengambil Ingatan
Kelebihan Berwudu` Adakah Khusus Kepada Ummat Ini
ARKIB

~::~
TENTANG BID'AH


:~:
BAHAYA SYIAH
.


:~:
PESAN RINGKAS

~::~
  Sejauh Mana Bid`ahnya Membuat Bubur Asyura   Hukum Bertawassul Dalam Islam   Debat Melayu Sunni vs Syiah - Bab Imamah    Rakaman Maulana Asri Yusoff di IKIM - Bahaya Syiah    Risalah Syiah Edisi 2013, Sisipan Risalah Syiah 2013, Risalah Syiah (Versi B.Inggeris) Edisi 2013 - Sila Download, Cetak Atau Edar    TERBARU - VIDEO-VIDEO SYIAH      Perpaduan Salaf & Khalaf - Video & Sinopsis    Benarkah Hajjaj Seorang Yang Sangat Jahat      Doa Setelah Solat Jenazah: Dari Manakah Asal Usulnya     Isu-Isu   ISTIMEWABahaya Syiah & Info-Info Berkenaan Syiah      Terbaru Di Youtube - Bukhari KL, Misykat, Sahih Bukhari Kitab Waktu-Waktu Solat, Sahih Muslim Kitab Zikir, Abu Daud Kitab Thalaq   Web Pilihan: OnIslam                                                                                        |                                                                                        
PuasaPuasayoutube PuasaPuasa
Carian artikel di darulkautsar.net :
Ikut Kategori
  > Home > Syarahan Ust. 'Asri > Maqaalaat `Asri > Syi`ah > Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah
Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah

Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah

 

Maulana Muhammad `Asri Yusoff

www.darulkautsar.net

 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسوله الأمين وعلى آله وأصحابه الميامين. أما بعد:


Hadits-hadits yang selalu digunakan oleh Syi`ah untuk menghujah Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah dapat dibahagikan kepada beberapa kelompok berikut:

 

(1) Hadits-hadits yang memang sahih menurut piawaian Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah. Tetapi Syi`ah memakainya dengan ma`na-ma`na yang disimpul mereka sendiri tanpa mengambil kira pendapat Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah yang memahaminya berdasarkan qaedah-qaedah yang absah menurut al-Qur’an dan as-Sunnah. Antara hadits seperti ini ialah hadits Tsaqalain yang tersebut di dalam Sahih Muslim.

 

(2) Hadits-hadits dha`if dan maudhu` rekaan Syi`ah yang tersebar di kalangan Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah. Walaupun ia tersebut di dalam kitab-kitab turats (warisan) Sunni, tetapi pengarang kitab-kitab turats itu biasanya mengemukakannya dengan sanad-sanad yang mengandungi perawi-perawi Syi`ah. Tujuan mereka memasukkan hadits-hadits Syi`ah itu ke dalam kitab-kitab mereka antara lainnya ialah untuk:

 

a)     Memperkenalkan perawi-perawi Syi`ah.

b)    Menyatakan bahawa perawi-perawi itulah yang merupakan paksi dalam penyebaran fahaman-fahaman Syi`ah di kalangan masyarakat Sunni.

c)     I`tibar iaitu untuk perbandingan di antara riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh mereka dengan riwayat-riwayat yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh perawi Sunni.

d)    Menyatakan ciri-ciri riwayat mereka. Riwayat dengan ciri-ciri tertentu seperti mengandungi unsur kebencian kepada sahabat Nabi s.a.w. atau memburuk-burukkan mereka, tidak terdapat kecuali pada golongan Syi`ah. Merekalah orang-orang yang bertanggungjawab menyebarkannya.

e)     Perbezaan yang terdapat di dalam riwayat yang dikemukakan oleh perawi Syi`ah dengan fahaman dan pegangan mereka yang sebenar. Keadaan ini berlaku apabila perawi-perawi Syi`ah bertaqiyyah dalam masyarakat Sunni.

 

(3) Hadits-hadits rekaan syi`ah yang dikatakan tersebut di dalam kitab-kitab utama Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah tertentu seperti Sahih Bukhari sebagai contohnya, padahal ia tidak ada pun di dalam Sahih Bukhari. Dengan cara ini golongan Syi`ah cuba mengelirukan orang-orang awam Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah, kononnya ia terdapat di dalam kitab berkenaan.

 

(4) Hadits-hadits rekaan syi`ah yang dikatakan tersebut di dalam kitab-kitab tokoh-tokoh Sunni. Padahal kitab-kitab itu tidak pernah diterima sebagai kitab Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah oleh sesiapa pun. Penulis-penulisnya yang dikatakan Sunni itu pula sebenarnya adalah Syi`ah. Sebagai contohnya kitab Yanaabi` al-Mawaddah dan pengarangnya Sulaiman bin Ibrahim al-Qanduzi.

 

(5) Hadits-hadits dha`if dan maudhu` yang memang tersebut di dalam kitab-kitab karangan tokoh-tokoh Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah. Tetapi kitab-kitab itu ditulis mereka khusus untuk menghimpun dan membahaskan hadits-hadits dha`if dan maudhu`. Ia tidak ditulis untuk dijadikan hujah. Kewujudan hadits-hadits seperti itu tidak lebih daripada contoh-contoh yang diberikan sahaja. Seperti Kitab al-Kaamil Fi Dhu`afa’ ar-Rijaal oleh Ibnu `Adi, ad-Dhu`afaa’ oleh al-`Uqaili, Mizaan al-I`tidaal oleh az-Zahabi dan lain-lain.

 

(6) Hadits-hadits rekaan syi`ah yang terdapat kononnya di dalam kitab-kitab tokoh Sunni tertentu. Dan tokoh itu menjadikannya sebagai dalil. Sedangkan ia adalah karangan tokoh Syi`ah yang senama dengan tokoh Sunni yang dida`wakan. Sebagai contohnya Ibnu Qutaibah dan kitabnya al-Imaamah wa as-Siaasah. Sebenarnya terdapat dua orang yang dikenali sebagai Ibn Qutaibah. Pertama: Ibrahim bin Qutaibah seorang Syi`ah pelampau dan kedua ialah `Abdullah bin Muslim, seorang tokoh Ahli Sunnah. Kitab al-Imaamah wa as-Siaasah yang dida`wa karangan tokoh Sunni `Abdullah bin Muslim itu sebenarnya ialah karangan tokoh Syi`ah Ibrahim bin Qutaibah tersebut.

 

(7) Hadits-hadits yang dihukum oleh sesetengah `ulama’ Sunni seperti Tirmizi sebagai hasan gharib menurut istilahnya sendiri. Pada hakikatnya hadits-hadits itu adalah hadits dha`if bahkan ada kalanya maudhu`. Tetapi golongan Syi`ah mengambil sebahagian saja daripada keputusan Tirmizi tentangnya. Misalnya dikatakan Imam Tirmizi menghukum hadits ini ‘hasan’ sahaja. Tanpa menyebutkan juga gharib. Padahal Tirmizi telah mengatakan hasan gharib.

 

(8) Hadits-hadits yang zahirnya sahih, tetapi ia syaz daripada segi sanad atau daripada segi matannya. Hadits-hadits seperti ini pada hakikatnya dha`if juga. Ia tidak harus dikatakan sahih dalam erti kata sebenarnya. Seperti hadits Kisaa’ dan lain-lain.

 

(9) Hadits-hadits yang menjadi bahan sendaan golongan Syi`ah terhadap golongan Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah kerana menerima dan berpegang dengannya. Padahal di dalam kitab-kitab mereka juga ada hadits-hadits itu. `Ulama’-`ulama’ mereka bahkan mensahihkannya. Sebagai contohnya hadits, ‘Kami para nabi tidak diwarisi…’ . Hadits Nabi s.a.w. kencing sambil berdiri dan sebagainya.

 

(10) Hadits-hadits dha`if dan maudhu` yang tersebar dengan agak meluas dan banyak pula saluran riwayatnya. Tetapi tidak ada satu pun daripadanya yang tsabit. Apa lagi hendak dikatakan sahih. Seperti hadits أنا مدينة العلم وعلي بابها (Aku kota ilmu dan `Ali adalah pintunya) dan sebagainya.

 

(11) Hadits-hadits sahih yang dipesong dan diselewengkan dengan diubahsuai, dipinda atau ditokok tambah supaya sesuai dengan pegangan dan kepercayaan mereka. Sebagai contohnya hadits: تركت فيكم ما إن تمسكتم [به] لن تضلوا كتاب الله وعترتي . Perkataan بهditukar mereka dengan perkataan بهما yang tentu sekali membawa pengertian yang jauh bezanya.

 

(12) Hadits-hadits mungkar yang terdapat di dalam kitab-kitab yang tidak mu`tabar dan tidak boleh dipertanggungjawabkan. Seperti hadits yang menceritakan Abu Thalib mengucap dua kalimah syahadah (memeluk Islam) sebelum kematiannya. Ia hanya terdapat di dalam kitab-kitab yang dikarang oleh orang-orang seperti Ibnu Ishaq. Dan Ibnu Ishaq itu sendiri adalah seorang yang dipertikaikan `aqidahnya oleh `ulama’-`ulama’ Sunni.

 

(13) Hadits-hadits yang memang berpunca daripada Syi`ah dan tersebut di dalam kitab Syi`ah juga. Tetapi mereka mengemukakannya tanpa memberikan rujukan sebenar. Seolah-olahnya ia hadits yang diterima oleh semua pihak.

 

Walaupun pada hakikatnya golongan Syi`ah gagal menghujah golongan Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah dengan menggunakan hadits-hadits seperti itu, namun tidak dapat dinafikan potensinya sangat besar dalam memesongkan `aqidah umat Islam. Malah bukan sedikit juga orang-orang Sunni yang telah terpedaya dengannya. Maka adalah wajar diketengahkan kepada masyarakat hadits-hadits yang selalu digunakan oleh mereka itu dengan pendedahan kelemahan dan kekarutan di sebaliknya. Sebahagian besar daripada tulisan ini merupakan saringan daripada buku yang berjodol أحاديث يحتج بها الشيعة karangan Syeikh `Abdur Rahman Muhammad Sa`id Dimashqiya. Penyusunan hadits-hadits menurut abjad di dalamnya sangat menarik. Ia perlu sekali dikekalkan utk kemudahan pembaca. Tetapi di sana sini banyak sekali tambahan, pindaan dan tokok tambah dibuat oleh penulis sendiri. والله ولي التوفيق. 

 

(1)

الأئمة من بعدي إثنا عشر كعدة نقباء بني إسرائيل

 

Maksudnya: “Para imam sesudahku dua belas orang, sebanyak bilangan nuqabaa’ Bani Isra’il.”

 

Hadits ini lengkap dengan sanad dan matannya adalah seperti berikut:

 

حدثنا حسن بن موسى حدثنا حماد بن زيد عن المجالد عن الشعبي عن مسروق قال: كنا جلوسا عند عبد الله بن مسعود وهو يقرئنا القرآن فقال له رجل يا أبا عبد الرحمن هل سألتم رسول الله كم تملك هذه الأمة من خليفة؟ فقال عبد الله بن مسعود: ما سألني عنها أحد منذ قدمت العراق قبلك ثم قال نعم ولقد سألنا رسول الله فقال إثنا عشر كعدة نقباء بني إسرائيل

 

Maksudnya: Kata Masruq: “Pernah kami duduk di hadapan `Abdullah bin Mas`ud ketika beliau mengajarkan al-Qur’an kepada kami. Tiba-tiba ada seorang lelaki bertanya beliau. Katanya: “Wahai Aba `Abdir Rahman, pernahkan kamu bertanya Rasulullah s.a.w. tentang bilangan khalifah yang akan memerintah umat ini?” Jawab `Abdullah bin Mas`ud: “Tidak pernah ada sesiapa pun sebelummu bertanya saya tentang perkara itu semenjak saya datang ke `Iraq ini.” Kemudian beliau seterusnya berkata: “Ya, memang kami pernah bertanya Rasulullah s.a.w.” Jawab Baginda s.a.w.: “Dua belas orang, sebanyak bilangan nuqabaa’ Bani Isra’il.” (Hadits riwayat Ahmad, Abu Ya`la dan al-Bazzaar).

 

Hadits ini dha`if. Di dalam isnadnya terdapat Mujaalid bin Sa`id al-Hamdaani. Dia seorang perawi dha`if menurut jumhur `ulama’ Rijaal Hadits. Hafiz Ibnu Hajar di dalam at-Taqrib berkata: ليس بالقوي و قد تغير في آخرعمره Maksudnya: Dia perawi tidak kuat. Di akhir hayatnya, fikirannya telah berubah. Demikian juga kata al-Haitsami di dalam Majma` az-Zawaa’id. Hadits ini juga tidak mahfuz. Kerana yang ma`lum dari Sya`bi ialah beliau meriwayatkannya daripada Jaabir bin Samurah menurut riwayat Ibnu `Aun dan Ibnu Abi Hind daripadanya. Mujaalid sendiri juga telah meriwayatkan begitu di dalam Musnad Ahmad. Besar kemungkinan riwayat ini termasuk dalam salah satu kesilapan yang telah berlaku kepada Mujaalid. Maka hadits ini dari sudut yang lain merupakan hadits mungkar. Dari sudut dirayah juga hadits ini tidak dapat diterima. Kerana Syi`ah mengemukakannya untuk membuktikan kebenaran dua belas orang imam mereka, sedangkan di dalam hadits yang merupakan puncanya tidak tersebut pun perkataan imam. Yang tersebut di dalamnya ialah khalifah. Seperti sedia dima`lumi semua, bagi Syi`ah khalifah dan imam adalah dua istilah yang berbeda. Bagi mereka kalifah bukan imam dan imam bukan khalifah. Kalau diandaikan hadits ini hasan atau sahih sekalipun, tetap juga ia tidak menunjukkan bilangan imam. Yang ditunjukinya ialah bilangan khalifah bukan bilangan imam.

 

(2)                          

ابحث عن دينك حتى يقال مجنون

 

Bermaksud: Carilah ugamamu sehingga dikatakan (engkau) gila.

 

Ucapan ini bukan hadits pun. Tetapi at-Tijaani berani mengaitkannya dengan Bukhari. Kononnya Bukhari telah meriwayatkannya di dalam Sahihnya! Kalau hendak dikatakan hadits pun boleh juga. Tetapi hadits rekaan at-Tijaani, seorang Syi`ah yang menda`wa dirinya telah menemui kebenaran!! Padahal yang telah ditemuinya itu kesesatan bukan kebenaran!!! Dengan lafaz di atas, tidak tersebut di dalam mana-mana kitab hadits pun ia sebagai hadits. Kalau ada pun hadits yang hampir sama dengannya, hanyalah hadits berikut ini: أكثروا ذكر الله حتى يقولوا مجنون Bermaksud: “Perbanyakkanlah zikrullah sehingga orang berkata (engkau) gila.” (Hadits riwayat Ahmad, `Abd bin Humaid, Abu Ya`la, Ibnu as-Sunni, Ibnu Syaahin, Ibnu Hibbaan, Baihaqi di dalam Syu`ab al-Iman dan Haakim). Di dalamnya tidak tersebut pun perkataan “carilah” dan tidak tersebut juga perkataan “ugamamu”. Hadits أكثروا ذكر الله ini pun tidak sahih. Ia hanya sebuah hadits dha`if dan mungkar. Walaupun Haakim mengatakan sanadnya sahih, tetapi sebetulnya ia dha`if. Sebabnya ialah di dalam isnadnya terdapat perawi dha`if bernama Darraaj Abi as-Samh. Kebanyakan `ulama’ Rijaal al-Hadits mengatakan dia dha`if. Abu Daud, Nasaa’i, Abu Haatim, ad-Daaraquthni dan Ahmad sendiri menganggap dia seorang perawi dha`if. Apa lagi kalau hadits itu hadits yang diriwayatkannya daripada Abi al-Haitsam. Ibnu `Adi, az-Zahabi dan lain-lain juga menganggap hadits ini termasuk dalam manaakiir (hadits-hadits dha`if yang diriwayatkan oleh) Darraaj daripada Abi al-Haitsam.

 

(3)

 

ابني هذا إمام ابن إمام أخو إمام أبو أئمة تسعة تاسعهم قائمهم اسمه كاسمي وكنيته كنيتي يملأ الأرض عدلا وقسطا كما ملئت جورا وظلما

 

Bermaksud: “Cucuku ini adalah imam, anak imam, saudara imam. Dia bapa kepada sembilan imam (seterusnya). Yang kesembilan daripadanya ialah Imam Mahdi. Namanya seperti namaku. Kunyahnya seperti kunyahku. Dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ia (sebelumnya) dipenuhi kezaliman dan kekejaman.”

 

Demikianlah sabda nabi s.a.w. kepada cucunya Husain sebagaimana yang dida`wa oleh tokoh Syi`ah yang dikenali dengan Ibnu Muthahhar di dalam Minhaaj al-Karaamahnya. Apa yang dikatakan sebagai hadits ini hanya berpunca daripada Syi`ah Imam Dua Belas semata-mata. Ia langsung tidak terdapat di dalam kitab-kitab Sunni yang mu`tabar. Bagi `ulama’-`ulama’ Sunni hadits ini langsung tidak berasas dan ia hanya satu pembohongan. Meskipun golongan Syi`ah Imam Dua Belas menda`wa hadits ini mutawatir dan mereka menwarisinya turun-temurun, namun mereka sahaja yang membenarkannya. Adapun berpuluh-puluh lagi golongan Syi`ah, semuanya mendustakan hadits ini. Golongan Zaidiah, Ismailiah, Kaisaniah, Qaramithah, Rawandiah, Mukhtariah dan lain-lain pecahan Syi`ah tidak menerimanya. Mereka bahkan menganggapnya sebagai hadits rekaan golongan Syi`ah Imam Dua Belas semata-mata. Imam Ibnu Taimiyyah menolak hadits ini dengan mengemukakan dua belas hujah di dalam kitabnya Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyyah. Hadits rekaan syi`ah seperti ini tidak wajar sama sekali digunakan oleh syi`ah untuk menghujah golongan Ahli as-Sunnah wa al-Jama`ah.

 

 

 

bersambung…


 
 
9002 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan    Social Share


TERKINI DARI al-ahkam.net 1434

~::~


IKLAN

                                                    Hubungi Ust. Zakaria: 0139748156

~::~
Hakcipta 2007-2011, www.DarulKautsar.net

Bahan-bahan dalam laman web ini boleh disalin dan diedarkan dengan syarat bukan untuk tujuan komersial. Sebarang bahan yang disalin/diedarkan hendaklah dinyatakan sumbernya - www.darulkautsar.net

RSS Created By : darulkautsar.net / ejoeSolutions.com / AhliMasjid.com Pelawat Atas Talian: 1