DK Mobile    RSS    
KHIDMAT KAMI
Penerbitan
Kemuka Kemusykilan
Jawapan Kemusykilan
Waktu Solat
Quran Flash
Bacaan Al-Quran
Terjemahan Al-Quran
Tafsir Al-Quran (Indon)
Tafsir Al-Quran (Eng)
Al-Quran Digital (download)
al-Quran Explorer
Terjemahan Hadis
Previu Buku
Buku Elektronik
Belajar Bahasa Arab
P.P.A.Darul Kautsar
Jadual Kuliah Hadis
Islam Secara Ringkas
Islam dan Sains
Penapis Laman Lucah

~::~
MAQAALAAT 'ASRI
Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah
ARKIB

~::~
TERKINI

~::~
NAVIGASI
Laman Utama
Terbaru
Popular
Pilihan
Tentang Kami
Hubungi Kami
Pautan
Site Map

:~:
Memesan Buku Syiah Rafidah
GALERI

Himpunan Galeri www.DarulKautsar.net


:~:
RAYAU-RAYAU
10 outrageous (but true) facts about vaccines the CDC and the vaccine industry don't want you to know
Exclusive: US bankrolled anti-Morsi activists
Not even good enough for dog food: Imported food from China loaded with chemicals, dyes, pesticides and fake ingredients
Camp Nama: British personnel reveal horrors of secret US base in Baghdad
Secret Government Documents Reveal Vaccines To Be A Total Hoax
Shock Findings In New GMO Study: Rats Fed Lifetime Of GM Corn Grow Horrifying Tumors, 70% Of Females Die Early
78 Percent Increase In Childhood Autism Rates Over Past Decade Coincides With Sharp Uptick In Vaccination Schedules
The CIA and the Drones
Seasonal Flu Vaccine Fairy Tale Rapidly Collapsing As The Truth Comes Out
The Truth About Soy Foods

:~:
NEWSLETTER

~::~
HADIS PILIHAN
Tetap Mendapat Pahala Dalam Nafkah Keluarga
Nasihat Ringkas Padat Kepada Yang Mahu Mengambil Ingatan
Kelebihan Berwudu` Adakah Khusus Kepada Ummat Ini
ARKIB

~::~
TENTANG BID'AH


:~:
BAHAYA SYIAH
.


:~:
PESAN RINGKAS

~::~
  Sejauh Mana Bid`ahnya Membuat Bubur Asyura   Hukum Bertawassul Dalam Islam   Debat Melayu Sunni vs Syiah - Bab Imamah    Rakaman Maulana Asri Yusoff di IKIM - Bahaya Syiah    Risalah Syiah Edisi 2013, Sisipan Risalah Syiah 2013, Risalah Syiah (Versi B.Inggeris) Edisi 2013 - Sila Download, Cetak Atau Edar    TERBARU - VIDEO-VIDEO SYIAH      Perpaduan Salaf & Khalaf - Video & Sinopsis    Benarkah Hajjaj Seorang Yang Sangat Jahat      Doa Setelah Solat Jenazah: Dari Manakah Asal Usulnya     Isu-Isu   ISTIMEWABahaya Syiah & Info-Info Berkenaan Syiah      Terbaru Di Youtube - Bukhari KL, Misykat, Sahih Bukhari Kitab Waktu-Waktu Solat, Sahih Muslim Kitab Zikir, Abu Daud Kitab Thalaq   Web Pilihan: OnIslam                                                                                        |                                                                                        
PuasaPuasayoutube PuasaPuasa
Carian artikel di darulkautsar.net :
Ikut Kategori
  > Home > Pemurnian Aqidah > Isu semasa > Amalan & Kepercayaan > Perpaduan Salaf Dan Khalaf (Salafi Wahabi dan Asya’irah) - Video & Sinopsis
Perpaduan Salaf Dan Khalaf (Salafi Wahabi dan Asya’irah) - Video & Sinopsis

Perpaduan Salaf Dan Khalaf (Salafi/Wahabi dan Asya’irah)
  




Kelebihan dan kebaikan-kebaikan yang terdapat pada golongan Salafi/Wahabi

Pada asasnya golongan Salafi/Wahabi adalah pengikut ahlul-hadits ( atau golongan Hanabilah, iaitu pengikut Imam Ahmad bin Hanbal). Oleh itu yang pastinya ianya tidak terkeluar dari kelompok Ahlus-sunnah wal jamaah.

Golongan Salafi/Wahabi banyak berjasa kepada Islam dalam membenteras  kekarutan dan amalan yang sesat  yang berleluasa dalam masyarakat Arab. Golongan ini juga berperanan dalam mendedahkan  golongan sesat seperti  Syiah.

Oleh  itu tidak hairanlah jika  Syiah, sebagai tindakbalas,  selalu memburuk-burukkan Wahabi.  Adalah amat malang jika kita pula terpedaya dengan daayah Syiah ini dan turut  memburuk-burukkan saudara kita dari golongan Salafi/Wahabi  ini.

Banyak kebaikan yang ada pada golongan Salafi/Wahabi dan dalam banyak perkara mereka lebih tepat daripada kita.  Sebagai contohnya masyarakat kita masih lagi melakukan amalan  membazir dan bid’ah yang ditentang oleh Salafi/Wahabi seperti menabur bunga atas kubur atau mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Contoh lain, raja-raja dari negara yang dikatakan  berfahaman Wahabi dimakamkan seperti rakyat biasa menyebabkan ramai orang  bukan Islam begitu tertarik dengan Islam dan seterusnya memeluk  Islam.

Kita sepatutnya berfikiran terbuka dan menerima apa saja amalan yang menepati syariat yang diamalkan oleh golongan Salafi/Wahabi ini. Kita patut mencontohi golongan Salafi/Wahabi dengan  keazaman  jitu mereka dalam membenteras amalan  bid’ah dan syirik.

Perbezaan di antara golongan Salafi/Wahabi dengan golongan Asya’irah adalah di segi furu’ aqidah

Sebenarnya, perbezaan kita  dengan golongan Wahabi adalah dari segi furu` aqidah dan bukannya usul aqidah.  Perbezaan dengan golongan Salafi/Wahabi tidak sama dengan perbezaan kita dengan golongan Syiah di mana golongan Syiah  adalah nyata sesat dan terkeluar dari Islam. Golongan Wahabi adalah dalam kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak sesat.

 

Perkara-perkara yang patut diperbetulkan oleh golongan Salafi/Wahabi

Walau bagaimanapun begitu, tidak dinafikan bahawa  ada kelompok –kelompok dalam golongan Salafi/Wahabi yang agak keterlaluan dengan menghukum golongan Asya’irah adalah sesat.  Kesilapan ini  adalah kesilapan sebagai manusia biasa maka hendaklah kita sama-sama betulkan. Kita tidak  boleh mengatakan mereka sesat apatah lagi  mengkafirkan mereka.

Besar implikasinya jika kita mengatakan mereka sesat atau kafir, di antaranya kita tidak boleh berimamkan mereka ketika bersembahyang di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi.

Sepatutnya kita tidak membesar-besarkan dan fokuskan perhatian kita kepada kesilapan-kesilapan ini. Kita sepatutnya akur bahawa kita sendiri pun tidak terlepas dari kesilapan-kesilapan seumpama itu.

 

Antara kesilapan golongan Salafi/Wahabi

1) Golongan Salafi/Wahabi umumnya menganggap golongan Asya`irah sesat dan langsung tidak menerima kelompok  ‘ahlun nazor’ sedangkan  pada hakikatnya ‘ahlun nazor ‘ juga diterima kerana mereka juga menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai ikutan.

2) Golongan Salafi/Wahabi percaya  bahawa Imam Abul Hasan al-`Asy`ari hanya  bertaubat dan mempunyai  akidah sebagaimana  ahli sunnah wal-jamaah di saat akhir hayatnya. Sebenarnya anggapan ini tidak benar kerana adalah tidak munasabah tidak ada seorangpun anak-anak murid Abul Hasan al-`Ays`ari  yang ramai itu yang tahu atau sedar tentang kesalahan aqidahnya dan menurutnya dengan membuta tuli sehinggalah saat-saat akhir hayatnya.

Adakah kita  yang hidup seribu tahun kemudian di zaman ini, lebih tahu daripada anak-anak muridnya sendiri?

3) Golongan Salfi/Wahabi tersilap dalam menghukum sifat 20 itu salah dan bid`ah. Hakikatnya, dalam al-Quran juga ada menyebutkan sifat-sifat yang tersebut. Golongan Wahabi juga mendakwa  golongan `Asya`irah menghadkan sifat Allah hanya kepada 20 sifat sahaja sedangkan golongan `Asyairah tidak pernah menghadkan  sifat Allah setakat 20 sahaja, sebaliknya  golongan `Asya`irah mengatakan selain dari 20 sifat tersebut Allah juga bersifat dengan segala sifat kamaalaat.

 

Antara kesilapan golongan `Asya`irah:

1) Kesilapan golongan Asya`irah  pula ialah mereka keterlaluan dalam mempertahankan fahaman mereka sehingga tidak mahu langsung menerima kritikan. Imam al-Ghazali berpendapat tidak salah mengkritik `Asya`irah sekiranya terdapat kesalahan.

2) Begitu juga dalam masalah sifat 20 yang mana sesetengah golongan `Asya`irah menganggap tidak masuk syurga mereka yang tidak mengetahuinya.

Alangkah baiknya jika  kita dapat meneliti  suatu  hadits di mana Nabi s.a.w.  bertanya kepada seorang hamba perempuan yang akan dibebaskan dengan pertanyaan “di mana Allah?” lalu hamba itu menjawab: “Allah di langit.” Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Siapa aku?” maka jawabnya; “Engkau Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia beriman.”

Pengikut Hanabilah, Wahabi dan Ahlul Hadits menerima hadits tersebut tanpa takwilan dan menyerahkan kepada Allah apakah  maksud sebenar  ‘Allah di langit’ itu.

Jelas dari kisah ini  bahawa Rasulullah s.a.w. mengi`tiraf iman hamba tersebut tanpa bertanya adakah dia tahu sifat 20.

Sebenarnya, sifat 20 itu bukanlah berasal dari Imam Abu Hasan Assya’ari kerana beliau hanya memperkenalkan sifat 13 yang kemudian ditambah/digabungkan dengan Maturidiyyah menjadikan dua puluh kesemuanya.

 

Umat Islam hendaklah bersifat terbuka.

Kedua-dua golongan `Asya`irah  dan juga Salafi/Wahabi  sepatutnya bersifat terbuka  dan berlapang dada dalam menerima kritikan dan pandangan pihak lain. Perbahasan ilmiah dalam suasana saling menghormati adalah sesuatu yang sihat dan digalakkan  dalam Islam.  Janganlah kita sesat menyesatkan antara satu sama lain.

 

Sumbangan  besar  Salafi/Wahabi  dan `Asya`irah kepada ummat Islam.

Hakikatnya, kedua-dua golongan Salafi / Wahabi dan Asya’irah ini telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada ummat Islam.

Sekiranya kita menafikan `Asya`irah maka kita menafikan ramai ulama dan tokoh-tokoh dari kelompok ` Asya’irah yang  telah berjasa besar kepada Islam seperti Imam an-Nawawi, Hafiz Ibnu Hajar, Badruddin `Aini, Ibnu Battol dan lain-lain lagi.  Alangkah sayangnya jika  pendapat mereka ini tidak boleh dipakai  oleh umat Islam. Walaupun begitu, hakikatnya umat Islam di seluruh dunia menerima  dan mendapat manafaat dari pendapat-pendapat mereka tidak kira dari golongan Salafi/Wahabi atau Asya’irah.

Begitu juga sebaliknya,  terdapat ramai tokoh-tokoh dari golongan Salafi/Wahabi yang  telah memberi sumbangan yang besar kepada ummat seperti Sheikh Abd Wahhab sendiri. Kita akan kerugian besar jika menolak sumbangan dari tokoh-tokoh tersebut.

 

Panduan ulama’ dalam akidah:

Akhirnya, sebagai panduan, ulama’ telah menetapkan kaedah bahawa : Jika terdapat pendapat yang menyebabkan sejumlah besar ummat Islam terutama ulama’-ulama`nya dianggap sesat, maka pendapat itu tidak benar.

Berdasarkan kaedah  ini, boleh disimpulkan bahawa  pendapat yang mengatakan samada golongan Wahabi/Salafi  atau  `Asya`irah sesat adalah  pendapat yang salah.

 


 
 
97676 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan    Social Share


TERKINI DARI al-ahkam.net 1434

~::~


IKLAN

                                                    Hubungi Ust. Zakaria: 0139748156

~::~
Hakcipta 2007-2011, www.DarulKautsar.net

Bahan-bahan dalam laman web ini boleh disalin dan diedarkan dengan syarat bukan untuk tujuan komersial. Sebarang bahan yang disalin/diedarkan hendaklah dinyatakan sumbernya - www.darulkautsar.net

RSS Created By : darulkautsar.net / ejoeSolutions.com / AhliMasjid.com Pelawat Atas Talian: 1