DK Mobile    RSS    
KHIDMAT KAMI
Penerbitan
Kemuka Kemusykilan
Jawapan Kemusykilan
Waktu Solat
Quran Flash
Bacaan Al-Quran
Terjemahan Al-Quran
Tafsir Al-Quran (Indon)
Tafsir Al-Quran (Eng)
Al-Quran Digital (download)
al-Quran Explorer
Terjemahan Hadis
Previu Buku
Buku Elektronik
Belajar Bahasa Arab
P.P.A.Darul Kautsar
Jadual Kuliah Hadis
Islam Secara Ringkas
Islam dan Sains
Penapis Laman Lucah

~::~
MAQAALAAT 'ASRI
Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah
ARKIB

~::~
TERKINI

~::~
NAVIGASI
Laman Utama
Terbaru
Popular
Pilihan
Tentang Kami
Hubungi Kami
Pautan
Site Map

:~:
Memesan Buku Syiah Rafidah
GALERI

Himpunan Galeri www.DarulKautsar.net


:~:
RAYAU-RAYAU
10 outrageous (but true) facts about vaccines the CDC and the vaccine industry don't want you to know
Exclusive: US bankrolled anti-Morsi activists
Not even good enough for dog food: Imported food from China loaded with chemicals, dyes, pesticides and fake ingredients
Camp Nama: British personnel reveal horrors of secret US base in Baghdad
Secret Government Documents Reveal Vaccines To Be A Total Hoax
Shock Findings In New GMO Study: Rats Fed Lifetime Of GM Corn Grow Horrifying Tumors, 70% Of Females Die Early
78 Percent Increase In Childhood Autism Rates Over Past Decade Coincides With Sharp Uptick In Vaccination Schedules
The CIA and the Drones
Seasonal Flu Vaccine Fairy Tale Rapidly Collapsing As The Truth Comes Out
The Truth About Soy Foods

:~:
NEWSLETTER

~::~
HADIS PILIHAN
Tetap Mendapat Pahala Dalam Nafkah Keluarga
Nasihat Ringkas Padat Kepada Yang Mahu Mengambil Ingatan
Kelebihan Berwudu` Adakah Khusus Kepada Ummat Ini
ARKIB

~::~
TENTANG BID'AH


:~:
BAHAYA SYIAH
.


:~:
PESAN RINGKAS

~::~
  Sejauh Mana Bid`ahnya Membuat Bubur Asyura   Hukum Bertawassul Dalam Islam   Debat Melayu Sunni vs Syiah - Bab Imamah    Rakaman Maulana Asri Yusoff di IKIM - Bahaya Syiah    Risalah Syiah Edisi 2013, Sisipan Risalah Syiah 2013, Risalah Syiah (Versi B.Inggeris) Edisi 2013 - Sila Download, Cetak Atau Edar    TERBARU - VIDEO-VIDEO SYIAH      Perpaduan Salaf & Khalaf - Video & Sinopsis    Benarkah Hajjaj Seorang Yang Sangat Jahat      Doa Setelah Solat Jenazah: Dari Manakah Asal Usulnya     Isu-Isu   ISTIMEWABahaya Syiah & Info-Info Berkenaan Syiah      Terbaru Di Youtube - Bukhari KL, Misykat, Sahih Bukhari Kitab Waktu-Waktu Solat, Sahih Muslim Kitab Zikir, Abu Daud Kitab Thalaq   Web Pilihan: OnIslam                                                                                        |                                                                                        
PuasaPuasayoutube PuasaPuasa
Carian artikel di darulkautsar.net :
Ikut Kategori
  > Home > Pemurnian Aqidah > Bahaya Syiah > Pengenalan Ringkas > Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah
Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah

PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN SYIAH 

 (Disunting dari Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

 

 1. TUJUAN

 

1.1 Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Syiah supaya orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan menyedarkan mereka yang terbabit bahawa pegangan fahaman mereka adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. 

 

1.2 Kajian penjelasan secara sederhana ini dibuat untuk membantu masyarakat awam mudah memahaminya. 

 

2. LATAR BELAKANG


2.1. Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia1. Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi di dalam buku penjelasan ini hanya disebut tiga kumpulan yang terbesar iaitu:

 

i. Syiah Imam Dua Belas (Ja'fariyah)

 

Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.

 

ii. Syiah Zaidiyah

 

Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah.

 

iii. Syiah Ismailiyah

 

Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika1

 

Di Malaysia terdapat tiga kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang Ialu iaitu:

 

i.              Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)

 

Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (tahun 1996).

 

ii.             Syiah Ismailiah Agha Khan.

 

Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

 

iii.        Syiah Ja'fariyah atau Imamiah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas)

 

a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. 

 

b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja'fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. 

 

c) Beberapa buah kitab utama Syiah telah dijadikan bahan rujukan dan sebahagiannya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, antaranya: 

 

i) Kasyf al-Asrar - Oleh: Ayatullah al-Khomeini 

ii) AI-Hukumah al-Islamiah - Oleh: Ayatullah al-Khomeini 

iii) Al-Sabah Min al-Salaf - Oleh: Ayatullah al Murtadza az- Zubaidi 

iv) AI- Usul Min al-Kafi - Oleh: al-Sheikh Muhammad bin Yakub al-Kulaini


v) Tahrir al- Wasilah - Oleh: Ayatullah al-Khomeini 

vi) Al-Murajaat - Oleh: al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi 

vii) Peshawar Nights - Oleh: al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin 

viii) Mafatih al-jinan - Oleh: Sheikh Abbas al-Qummi 


ix) Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan ljtihad) Oleh: al-Hasan bin Yusuf al- Mutahhar al-Hulliyy, diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) 

 

x) Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s? Oleh Syeikh Muhammad Mar’I al-Amin al-Antaki – diterjemahkan oleh Prof Madya Dr Lutpi Ibrahim (tahun 1993)

xi) Al-Sahabah - Oleh: Haidar 

xii) Ahlu al-Bait - Oleh: Dr. Mahfuz Mohamed 

Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor.

 

Antara gejala-gejala Syiah yang timbul akibat dari fahaman dan ajaran Syiah ini ialah: 

 

      i.        Adanya usaha menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Iran. 

     ii.        Wujudnya kes kahwin Mut'ah 

    iii.        Meluasnya penyebaran buku-buku Syiah 

   iv.        Wujudnya sokongan dari golongan tertentu kepada pengaruh Syiah terutama golongan ahli politik. 

    v.        Wujudnya kesamaran dan keraguan orang ramai terhadap ajaran dan pegangan Islam yang sebenar, contohnya dalam aspek perkahwinan, pengkebumian dan sebagainya. 

 

 

3. PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH

 

Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara khususnya di Malaysia. 

 

Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Malaysia berdasarkan beberapa percanggahan yang terdapat di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan pelbagai penyelewengan umum yang lain.

 

 

3.1 PENYELEWENGAN DARI SUDUT AQIDAH.

 

i. Khalifah Diwasiatkan Secara Nas

 

Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas. Ini dinyatakan dalam Kitab “Aqaid al-Imamiah” oleh ulama Syiah iaitu Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 78:

 

Aqidah Kami Tentang Imam Itu Telah Sabit Secara Nas.

 

Kami (Syiah) beriktikad bahawa imam-imam seperti nabi tidak berlaku melainkan dengan nas daripada Allah s.w.t. atau lisan Rasul atau lisan imam yang dilantik secara nas apabila ia hendak menentukan imam selepasnya. Hukum Imamah sama seperti nabi, tidak ada perbezaan. Orang ramai tidak boleh membuat hukum lain terhadap orang yang telah ditentukan oleh Allah, sebagaimana mereka tidak mempunyai hak penentuan, pencalonan dan pemilihan kerana orang yang telah dilantik, telah mempunyai persediaan yang cukup untuk menanggung bebanan Imam dan memimpin masyarakat yang sudah pasti tidak boleh diketahui, kecuali dengan ketentuan Allah dan tidak boleh ditentukan, melainkan dengan ketentuan Allah. Kami mempercayai bahawa Nabi s.a.w. pernah menentukan khalifahnya dan imam di muka bumi ini selepasnya. Lalu baginda menentukan sepupunya Ali bin Abu Talib sebagai Amirul Mukmin pemegang amanah terhadap wahyu dan imam kepada semua makhluk di beberapa tempat. Baginda telah melantiknya dan mengambil baiah kepadanya untuk memerintah orang-orang Islam pada hari Ghadir, Ialu baginda bersabda: "Ketahuilah bahawa sesiapa yang aku telah menjadikannya ketua maka Alilah yang menjadi ketuanya. Wahai Tuhan, lantiklah orang yang menjadikan Ali sebagai pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya dan tolonglah orang yang menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya. Berilah kebenaran kepada Ali di mana ia berada.”

 

Syiah mempercayai wasi Rasulullah s.a.w. ialah Saidina Ali. Kemudian Saidina Ali mewasiatkannya pula kepada anaknya Hasan dan Hasan mewasiatkannya pula kepada Hussain sehinggalah kepada Imam Dua Belas aI-Mahdi aI-Muntazar. la merupakan sunnah Allah kepada semua Nabi-nabi bermula daripada Nabi Adam sehinggalah kepada Nabi yang terakhir. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita', hal. 136:

 

“Maka kita hendaklah kembali kepada menyempurnakan hadith yang dipegang oleh Syiah Imamiah. Maka kami berkata, sesungguhnya Syiah Imamiah mempercayai bahawa Allah s.w.t. tidak mengosongkan dunia daripada hamba yang dapat berhujah daripada kalangan nabi atau orang yang memegang wasiat yang nyata masyhur atau yang hilang tersembunyi. Nabi s.a.w. telah menentukan dan mewasiatkan kepada anak Saidina Ali iaitu Hasan dan Saidina Hasan mewasiatkannya pula kepada saudaranya Husain dan demikianlah kepada Imam Dua Belas iaitu Mahdi al-Muntazar. Ini merupakan sunnah Allah kepada semua nabi-nabi daripada Adam sehinggalah nabi yang terakhir.”

<<  1  2  3  4  5  6  >>
 
 


3 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan    Social Share


TERKINI DARI al-ahkam.net 1434

~::~


IKLAN

                                                    Hubungi Ust. Zakaria: 0139748156

~::~
Hakcipta 2007-2011, www.DarulKautsar.net

Bahan-bahan dalam laman web ini boleh disalin dan diedarkan dengan syarat bukan untuk tujuan komersial. Sebarang bahan yang disalin/diedarkan hendaklah dinyatakan sumbernya - www.darulkautsar.net

RSS Created By : darulkautsar.net / ejoeSolutions.com / AhliMasjid.com Pelawat Atas Talian: 1