RSS    
KHIDMAT KAMI
Penerbitan
Kemuka Kemusykilan
Jawapan Kemusykilan
Waktu Solat
Bacaan Al-Quran
Terjemahan Al-Quran
Terjemahan Hadis
Previu Buku
Buku Elektronik
Belajar Bahasa Arab
P.P.A.Darul Kuatsar
Jadawilun Naafi`ah
Jadual Kuliah Hadis
Islam Secara Ringkas
Islam dan Sains
Penapis Laman Lucah

~::~
TERKINI

~::~
NAVIGASI
Laman Utama
Terbaru
Popular
Pilihan
Tentang Kami
Hubungi Kami
Pautan
Site Map

:~:
GALERI

Himpunan Galeri www.DarulKautsar.net


:~:
RAYAU-RAYAU
Sayyid Maududi -The Mujaddid (Reformer) of His Century
Syeikh Wahbah Zuhaili: “Orang-orang Liberal Tidak Punya Agama”
100,000 Americans Die Each Year from Prescription Drugs, While Pharma Companies Get Rich
Report: WHO Overstated H1N1 Threat
If Ultrasound Destroys Sperm, Why Is It Safe For A Fetus?
‘Privacy Settings’ di Facebook (Supaya Muslimah Terjaga Kehormatannya)
Tracing The Footsteps Of Tariq Ibn Ziyad
How Americans Are Propagandized About Afghanistan
FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa
Lagu Allahu.. Nusrat Fateh Ali Khan.. Sufi.. Syiah dan Kuburan

:~:
NEWSLETTER
Dapatkan berita dan artikel terbaru daripada DarulKautsar.com
 Batal Pendaftaran

~::~
HADIS PILIHAN
Memelihara Diri Dari Perkara Yang Samar (Siri 3)
Memelihara Diri Dari Perkara Yang Samar (Siri 2)
Memelihara Diri Dari Perkara Yang Samar.
ARKIB

~::~
TENTANG BID'AH


:~:
BAHAYA SYIAH
.


:~:
IKLAN

Akan Datang Kami Ada Jualan DVD & MP3 Kuliah Hadith M.'Asri

~::~
facebook

~::~
   Kesalahan-Kesalahan Masyarakat Dalam Menamakan Anak - Video & Sinopsis      Terbaru Di YoutubeSahih Bukhari Kitab Tayammum    Istimewa Dari Arkib 22 : Fatwa Tentang Merayakan Sambutan Nisfu Syaaban  (Klik Senarai Terdahulu)  Web Pilihan: Turn To Islam                                                                                        |                                                                                        
PuasaPuasayoutube
Carian artikel di darulkautsar.com :
Carian : Ikut Kategori
  > Home > Pemurnian Aqidah > Bahaya Syiah > Jawapan Kepada at-Tijani > Bahkan Kamu Sesat Wahai al-Tijani: BAB KEDUA FASAL KETIGA: Sanggahan Terhadap Al Tijani Bab Dua Fasal Ketiga Bahagian Kedua
Bahkan Kamu Sesat Wahai al-Tijani: BAB KEDUA FASAL KETIGA: Sanggahan Terhadap Al Tijani Bab Dua Fasal Ketiga Bahagian Kedua

BAB KEDUA

FASAL KETIGA:

 

Sanggahan Terhadap Al Tijani Bab Dua Fasal Ketiga Bahagian Kedua

 

 

Ketiga, al-Tijani cuba memprovokasi pembaca dengan mengambarkan secara berlebih-lebihan keadaan Rasulullah s.a.w. pada hal ia bercanggah dengan apa yang diriwayatkan. Kata al-Tijani: “Sambil kepalanya diikat kerana demam panas baginda keluar dipapah oleh dua orang dalam keadaan dua kakinya diheret menyentuh bumi (semoga ayah dan ibuku terselamat lantaran derita yang dialaminya).”

 

Subhanallah, manakah amanah dan keinsafan yang membuatkan al-Tijani meminda-minda lafaz sebenar riwayat dan mereka-reka apa yang tidak dinukilkan ahli-ahli sirah dan sejarah dalam kitab-kitab mereka. Padahal mereka meriwayatkan bahawa, Rasulullah s.a.w. keluar dalam keadaan kepalanya berbalut dan memakai selimut lalu naik ke mimbar. Adapun cerita yang direka-reka oleh al-Tijani bahawa Rasulullah s.a.w. keluar dengan dipapah  oleh dua orang lelaki dalam keadaan kakinya diheret menyentuh bumi, maka ini tidak disebutkan oleh mana-mana ahli sejarah walaupun seorang. Pada pandangan penulis, ini bukanlah sesuatu pelik dan asing bagi individu yang menjadikan Syi’ah Rafidhah sebagai jalan hidup. Kerana pendustaan bagi Syi’ah adalah satu keutamaan bukan kecelaan. Para pembaca akan lihat, al-Tijani menulis bukunya atas asas pendustaan, pertentangan dan percanggahan.

 

Keempat, al-Tijani menuduh sahabat dengan katanya: “Kemudian baginda mendesak mereka untuk segera berangkat. Baginda berkata,"Siapkan pasukan Usamah. Lepaskan pasukan Usamah. Berangkatkah Sariyyah Usamah". Baginda mengulang-ulang ucapannya sedangkan mereka tetap merasa segan dan bermalas-malasan di Jurf, dan mereka hampir tidak dapat melaksanakannya.” Tetapi apakah sebenarnya yang dinyataka oleh ahli-ahli sejarah berhubung dengan persoalan ini? Mereka menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Luluskan tentera Usamah. Hari itu ialah hari Sabtu. Pada hari Ahad, Usamah datang menemui RAsulullah s.a.w. untuk mengucapkan selamat tinggal lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bertolaklah dengan keberkatan daripada Allah.” Ketika Usamah mahu berangkat dan menyuruhnya bersiap di atas kenderaan, tiba-tiba datang berita kewafatan Rasulullah s.a.w. Ahli-ahli sejarah tidak menyebut selain dari itu. Tetapi bagi al-Tijani yang mendakwa dia mendapat petunjuk, tidak keberatan untuk berbohong terhadap sahabat dengan mendakwa bahawa sahabat sengaja melengahkan diri dan merasa berat terhadapperintah Rasulullah s.a.w. Tidak syak lagi sesiapa yang merasa ringan dengan pendustaan yang sejelek ini kepada sahabat, sebaik-baik manusia maka dialah orang yang paling sesat dan paling jauh daripada hidayat.

 

Kelima, siapakah sebenarnya yang mempertikaikan kepimpinan Usamah? Berdasarkan kepada apa yang disebutkan oleh ahli-ahli sejarah, jelaslah bahawa tokoh Muhajirin dan Ansar tidak pernah mempertikaikan perlantikan Usamah dan orang yang bercakap-cakap itu ialah individu yang tidak dikenali. Al-Tabari dan Ibn al-Athir menyebutkan mereka itu ialah golongan munafiqin. Sekiranya mereka itu sahabat pasti salah seorang daripada ahli sejarah pasti menyebutkannya. Penulis, di awal buku ini, telah mengaskan bahawa munafiq sama sekali tidak termasuk dalam kategori sahabat. Daripada sini dapat diketahui bahawa sahabat itu bersih daripada perkara itu, dengan itu musnahlah dakwaan yang tak ubah seperti sarang labah-labah yang dikait oleh al-Tijani berhubung dengan persoalan ini.

 

Keenam, tragedi bukannya al-Tijani menyandarkan kepada sumber-sumber yang menjadi senjata memakan dirinya dan Syi’ahnya, tetapi tragedi dan mala petaka yang sebenarnya ialah pertentangan dan kemerapuan ketika mencari celaan terhadap sahabat. Al-Tijani mendakwa bahawa para sahabat dan yang terutama sekali Abu Bakar, mencela perlantikan Usamah. Setakat pengetahuan penulis, tidak orang yang memberikan pendapat yang sama dengan al-Tijani, kerana tujuan al-Tijani ialah untuk mencari peristiwa manakah yang boleh dijadikan alasan untuk memburuk-burukkan sahabat. Oleh sebab itu, al-Tijani mencari dari semua penjuru dan sudut, dari semua arah, atas dan bawah, kalau-kalau dia menemui sesuatu yang boleh mencela sahabat. Jika tidak ada, maka tidak mengapa kalau dia melakukan pembohongan dan penyelewengan dalam kitab-kitab sejarah dengan menukar ganti perkataan atau menambahkan beberapa kalimah supaya tercapai matlamatnya. Inilah yang betul-betul dilakukan oleh al-Tijani dalam kes ini, tetapi apakah yang telah dilakukan oleh Syi’ah terdahulu sebelumnya? Memang mereka juga mencari-cari jalan di setiap sudut dan penjuru agar dapat menemui sesuatu yang boleh mengecam para sahabat dan mereka itu lebih banyak peluang daripada al-Tijani, tetapi apa yang mereka dapati?

 

Pengarang Sirah Halabiyyah menulis: “Dengan ini, tertolak pendapat Syi’ah Rafidhah yang menuduh Abu Bakar menarik diri dari menyertai tentera Usamah kerana anda telah pun mengetahui bahawa itu kerana perintah Rasulullah supaya menjadi imam. Tuduhan Syi’ah Rafidhah ini dan di samping mengatakan baginda mela’nat orang yang meninggalkan tentera Usamah tertolak kerana dalam hadis tersebut tidak terdapat la’nat sama sekali.”

 

Tidakkah saudara pembaca melihat bagaimana Syi’ah bercakaran dan bercanggahan sesama mereka. Sekali mereka mencela Abu Bakar kerana mempertikaikan perlantikan Usamah, dan ini bererti beliau juga termasuk dalam pasukan itu dan pada kali yang lain pula mereka menuduh Abu Bakar tidak menyertai tentera Usamah. Penulis tertanya-tanya apakah dosa Abu Bakar sehingga Syi’ah mengubah dan memalsukan sejarah serta memutar belitkan fakta-fakta dengan menyebarkan riwayat-riwayat yang mengecamnya. Apakah mereka tidak mengerti bahawa kata-kata mereka itu saling bertentangan dan jelas kepalsuannya dan hujah mereka bertukar daripada menyokong mereka kepada menentang mereka. Penulis hampir mengatakan bahawa al-Tijani tidak menggunakan akalnya ketika mencari fakta dalam kitab-kitab sejarah.

 

Kemudian al-Tijani menulis: “Sikap seperti ini mendorongku untuk bertanya, alangkah beraninya mereka terhadap Allah dan RasulNya? Kenapa harus derhaka terhadap Nabi SAWA yang begitu kasih dan sayang kepada kaum Muslimin? Aku tidak dapat membayangkannya, begitu juga orang lain, tafsiran apa yang boleh membenarkan pelanggaran dan pengabaian seperti ini?”

 

Penulis menjawab: Lebih menghairankan lagi orang yang menganggap berdusta itu sebagai baik seperti al-Tijani ini. Demi Allah, sungguh beraninya al-Tijani terhadap Allah dan Rasul-Nya. Bukankan orang yang memalsukan fakta kebenaran dan melakukan pendustaan kepada umat untuk menyerang sahabat itu sebenarnya telah menyerang Rasulullah s.a.w. yang telah mendampingi mereka. Bagaimana mungkin Allah s.w.t. mencemuh sahabat yang telah berbai’ah dengan Rasulullah s.a.w. untuk menolong dan mempertahankannya, berjihad bersama dan hidup bersama dalam sebahagian besar kehidupannya serta mempelajari daripadanya segala sesuatu? Bukankan lebih patut al-Tijani menyerang guru mereka kerana dia sendiri telah gagal dalam mendidik mereka sehinggap mereka tidak menghormati guru sendiri! Dan tidak melaksanakan perintah-perintahnya, bahkan merancang konspirasi terhadapnya. Alangkah beraninya mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya. Apakah lagi yang tinggal kepada umat Islam setelah al-Tijani menyerang sahabat yang menjaga al-Qur`an dan Sunnah Rasulullah s.a.w.?! Saya percaya tidak akan tinggal melainkan kebatilan Syi’ah Rafidhah!!

 

Kemudian al-Tijani menulis lagi: “Seperti biasa ketika membaca peristiwa-peristiwa yang menyentuh tentang kemuliaan para sahabat, maka aku berusaha untuk tidak mempercayai kebenarannya. Namun bagaimana mungkin aku dapat bersikap demikian sementara para ahli sejarah dan ahli hadith Sunnah dan Syiah bersepakat dalam meriwayatkannya.”

 

Langit manakah menaungi al-Tijani dalam keadaan dia berdusta terhadap sahabat dan terus berdusta kemudian cuba untuk menipu dirinya sendiri? Dia mengatakan aku berusaha untuk tidak mempercayai kebenaran persoalan ini. Pelik sungguh! Kemudian dia melampau dalam berdusta dengan mendakwa ahli-ahli sejarah Ahli Sunnah telah sepakat menyetujui pembohongan-pembohongannya. Kita telah mengetahui apa yang sebenarnya disebutkan ahli-ahli sejarah dan sudah jelas tentang keadilan sahabat dan bersihnya mereka daripada pembohongan al-Tijani.

 

Kemudian al-Tijani menulis lagi: “Aku telah berjanji kepada Tuhanku untuk berlaku adil dan jujur. Aku tidak boleh bersikap taksub dengan madzhabku, dan menjadikan kebenarannya semata-mata sebagai ukuran. Dan memang kebenaran adalah pahit seperti yang dikatakan. Nabi bersabda,"Katakanlah kebenaran itu walau untuk diriku sekalipun; katakanlah kebenaran itu walau pahit sekalipun". Kebenaran dalam hal ini adalah para sahabat yang telah mengecam Nabi dalam pengangkatan Usamah sebagai pemimpin mereka, sebenarnya mereka telah tidak patuh pada perintah Tuhan mereka. Mereka telah mengabaikan nas-nas yang sangat jelas yang tidak dapat diragukan lagi atau ditakwilkan. Mereka tidak mempunyai alasan dalam hal ini. Usaha sebahagian orang untuk menjaga kemuliaan sahabat atau salaf as-soleh dengan mengajukan berbagai alasan yang apologetik sangatlah rapuh. Seorang yang rasional tidak dapat menerimanya, melainkan mereka yang tidak berfikir, atau mereka yang taksub buta yang tidak dapat membezakan antara yang wajib dipatuhi dengan yang wajib dihindari.

Aku juga sering merenungkan kalau-kalau aku boleh dapatkan suatu jawapan yang memuaskan tetapi sayang semua itu gagal untuk menyakinkanku.”

 

Penulis menjawab, berhubung dengan dia berjanji atas nama Allah untuk bersikap adil dan tidak ta’sub kepada mazhabnya dan menjadikan kebenaran semata-mata sebagai ukuran, maka penulis menyerahkan kepada pembaca untuk menghukum akan kebatilan dan kepalsuannya. Dakwaan al-Tijani bahawa sahabat telah tidak mematuhi perintah Tuhan mereka. Mereka telah mengabaikan nas-nas yang sangat jelas yang tidak dapat diragukan lagi atau ditakwilkan. Mereka tidak mempunyai alasan dalam hal ini. Ini tidak lain menunjukkan tentang kejahilan al-Tijani dan ketandusan modalnya. Jika tidak, bila dan bagaimana sahabat menyalahi perintah Tuhan mereka! Di mana nas-nas yang sangat jelas tentang yang tidak boleh diragui dan dita`wilkan itu?

 

Persoalan yang sebenar ialah Rasulullah s.a.w. telah melantik Usamah sebagi ketua tentera lalu beberapa orang mempertikaikan perlantikan tersebut sehingga Rasulullah s.a.w. bangun membuat penjelasan. Kemudian mereka menarik balik kritikan mereka dan mula melaksanakan perintah baginda. Selalunya, para sahabat berbincang dengan Rasulullah s.a.w. tentang banyak perkara kecuali apabila baginda bertegas. Pada ketika itu, mereka melaksanakan perintah baginda. Dalam peristiwa ini, semua orang menjunjung perintah Rasulullah s.a.w. termasuklah mereka yang mempertikaikain perlantikan Usamah.

 

Tentang kata-kata al-Tijani: “Usaha sebahagian orang untuk menjaga kemuliaan sahabat atau salaf as-soleh dengan mengajukan berbagai alasan yang apologetik sangatlah rapuh. Seorang yang rasional tidak dapat menerimanya.”

 

Penulis mengatakan ini adalah kata-katanya yang paling ajaib. Sesiapa yang membaca apa yang ditulis oleh al-Tijani akan membayangkan sahabat itu seperti penyamun jalanan, kemacar atau orang-orang yang kurang akal. Bagaimana setengah pihak boleh mencari alasan yang apologetik untuk menjaga kemuliaan sahabat?!! Semoga Allah s.w.t. memerangi Syi’ah Rafidhah. Adakah para sahabat itu memerlukan kepada perlindungan untuk kemuliaan mereka  dalam keadaan Allah s.w.t. telah mempertahankan mereka dan menyaksikan bahawa mereka adalah sebaik-baik umat serta memiliki iman yang agung. Sesungguhnya Allah s.w.t. meredhai persahabatan Rasulullah s.a.w. dengan para sahabat. Setiap negeri yang mereka buka dan takluki menyaksikan kehebatan mereka. Tetapi malangnya datang orang yang sebodoh al-Tijani membawa hujah yang licik yang tidak dapat diterima oleh orang-orang yang bodah apatah lagi cerdik pandai yang berfikir!

 


 
 
9 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan


TERKINI DARI al-ahkam.net - Lebih Sederhana.. Lebih Terbuka

~::~


IKLAN

                                                    Hubungi Ust. Zakaria: 0139748156

~::~
Hakcipta 2007-2009, www.DarulKautsar.net

Bahan-bahan dalam laman web ini boleh disalin dan diedarkan dengan syarat bukan untuk tujuan komersial. Sebarang bahan yang disalin/diedarkan hendaklah dinyatakan sumbernya - www.darulkautsar.net

RSS Created By : darulkautsar.net / ejoeSolutions.com / AhliMasjid.com / Rosli Ab Ghani Pelawat Atas Talian: 39