DK Mobile    RSS    
KHIDMAT KAMI
Penerbitan
Kemuka Kemusykilan
Jawapan Kemusykilan
Waktu Solat
Quran Flash
Bacaan Al-Quran
Terjemahan Al-Quran
Tafsir Al-Quran (Indon)
Tafsir Al-Quran (Eng)
Al-Quran Digital (download)
al-Quran Explorer
Terjemahan Hadis
Previu Buku
Buku Elektronik
Belajar Bahasa Arab
P.P.A.Darul Kautsar
Jadual Kuliah Hadis
Islam Secara Ringkas
Islam dan Sains
Penapis Laman Lucah

~::~
MAQAALAAT 'ASRI
Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah
ARKIB

~::~
TERKINI

~::~
NAVIGASI
Laman Utama
Terbaru
Popular
Pilihan
Tentang Kami
Hubungi Kami
Pautan
Site Map

:~:
Memesan Buku Syiah Rafidah
GALERI

Himpunan Galeri www.DarulKautsar.net


:~:
RAYAU-RAYAU
10 outrageous (but true) facts about vaccines the CDC and the vaccine industry don't want you to know
Exclusive: US bankrolled anti-Morsi activists
Not even good enough for dog food: Imported food from China loaded with chemicals, dyes, pesticides and fake ingredients
Camp Nama: British personnel reveal horrors of secret US base in Baghdad
Secret Government Documents Reveal Vaccines To Be A Total Hoax
Shock Findings In New GMO Study: Rats Fed Lifetime Of GM Corn Grow Horrifying Tumors, 70% Of Females Die Early
78 Percent Increase In Childhood Autism Rates Over Past Decade Coincides With Sharp Uptick In Vaccination Schedules
The CIA and the Drones
Seasonal Flu Vaccine Fairy Tale Rapidly Collapsing As The Truth Comes Out
The Truth About Soy Foods

:~:
NEWSLETTER

~::~
HADIS PILIHAN
Tetap Mendapat Pahala Dalam Nafkah Keluarga
Nasihat Ringkas Padat Kepada Yang Mahu Mengambil Ingatan
Kelebihan Berwudu` Adakah Khusus Kepada Ummat Ini
ARKIB

~::~
TENTANG BID'AH


:~:
BAHAYA SYIAH
.


:~:
PESAN RINGKAS

~::~
  Sejauh Mana Bid`ahnya Membuat Bubur Asyura   Hukum Bertawassul Dalam Islam   Debat Melayu Sunni vs Syiah - Bab Imamah    Rakaman Maulana Asri Yusoff di IKIM - Bahaya Syiah    Risalah Syiah Edisi 2013, Sisipan Risalah Syiah 2013, Risalah Syiah (Versi B.Inggeris) Edisi 2013 - Sila Download, Cetak Atau Edar    TERBARU - VIDEO-VIDEO SYIAH      Perpaduan Salaf & Khalaf - Video & Sinopsis    Benarkah Hajjaj Seorang Yang Sangat Jahat      Doa Setelah Solat Jenazah: Dari Manakah Asal Usulnya     Isu-Isu   ISTIMEWABahaya Syiah & Info-Info Berkenaan Syiah      Terbaru Di Youtube - Bukhari KL, Misykat, Sahih Bukhari Kitab Waktu-Waktu Solat, Sahih Muslim Kitab Zikir, Abu Daud Kitab Thalaq   Web Pilihan: OnIslam                                                                                        |                                                                                        
PuasaPuasayoutube PuasaPuasa
Carian artikel di darulkautsar.net :
Ikut Kategori
  > Home > Pemurnian Aqidah > Bahaya Syiah > Jawapan Kepada at-Tijani > Bahkan Kamu Sesat Wahai al-Tijani: BAB DUA Fasal Kedua Sanggahan Terhadap Al-Tijani Tentang Pendiriannya Terhadap Sahabat Pada Tragedi Hari Khamis (Bah 3)
Bahkan Kamu Sesat Wahai al-Tijani: BAB DUA Fasal Kedua Sanggahan Terhadap Al-Tijani Tentang Pendiriannya Terhadap Sahabat Pada Tragedi Hari Khamis (Bah 3)

SANGGAHAN TERHADAP AL-TIJANI BAB DUA FASAL KEDUA BAHAGIAN 3

 

 

Kemudian al-Tijani menyatakan sebab-sebab kepada dia memperolehi ‘hidayatnya’: “Perkara ini tidak sesederhana seperti yang dibayangkan lantaran ianya berkaitan dengan diri Umar seorang. Kalau memang demikian maka Nabi akan memarahinya dam berdalih bahawa beliau tidak berkata apa-apa mengikut hawa nafsunya, dan beliau tidak meracau di dalam membimbing umat ini. Namun masalahnya lebih serius dari itu dan dilihatnya bahawa Umar bersama sahabat-sahabatnya telah bersepakat sebelum kejadian itu. Kerana itu mereka bertengkar dan berselisih di hadapan baginda sehingga mereka lupa atau pura-pura lupa dengan firman Allah SWT,"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi. Dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain supaya tidak gugur (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari" (Al-Quran: 49: 2).

       

Jika kamu merasa hairan maka yang patut menghairankan ialah kata-kata mereka. Sekiranya Rasulullah marah terhadap ‘Umar dan para sahabat serta mengusir mereka keluar, tidakkah baginda berkuasa untuk mendiamkan ‘Umar. Diriwayatkan dalam hadis bahawa Rasulullah s.a.w. mewasiatkan kepada mereka tiga perkara. Tindakan baginda untuk tidak mendiamkan ‘Umar adalah bukti persetujuan dan keredhaan baginda dengan ucapan ‘Umar itu. Tentang mereka riuh atau bising dan terlupa atau melupai firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hujurat, maka jawapan penulis kepada al-Tijani ialah sahabat tidak meninggikan suara melebihi suara Rasulullah tetapi mereka mengangkat suara sesama mereka dan ini harus berdasarkan kepada pengertian ayat tersebut. Dengan itu, hujah al-Tijani yang lemah itu tertolak dengan sendirinya.

 

Kemudian al-Tijani terus mengeluarkan kesumatnya dengan mengatakan: “Di dalam kes ini mereka telah melampaui dari batasan "meninggikan suara" dan "berkata keras". Mereka telah mengatakan bahawa Nabi telah meracau. (Semoga Allah melindungi kita). Lalu bertengkar ramai dan hiruk-pikuk di hadapannya.

 

Aku hampir memastikan bahawa kebanyakan yang hadir berpihak pada Umar. Kerana itu maka Rasulullah melihat adalah tidak berguna lagi menuliskan pesanan itu. Baginda juga tahu bahawa mereka sudah tidak menghormatinya dan tidak patuh pada perintah Allah atas haknya sebagai Nabi di mana kaum Muslimin dilarang berkata kasar dan keras di hadapannya. Nah, jika mereka enggan patuh pada perintah Allah, maka apa lagi pada perintah RasulNya SAW.

 

Kebijaksanaan Rasul memutuskan untuk tidak menuliskan wasiat itu kerana ia merupakan celaan pada masa hidupnya, maka bagaimana pula nanti selepas wafatnya. Kelak orang-orang yang mencelanya akan berkata bahawa Nabi waktu itu sedang meracau, dan mungkin juga mereka akan meragukan sebahagian hukum yang disyariatkan Nabi pada masa sakitnya itu juga kerana keyakinan mereka akan meracaunya baginda.

 

Aku memohon ampunan dari Allah dan ucapan seperti itu terhadap Nabi Rasul Allah. Bagaimana aku dapat menyakinkan diriku bahawa Umar bin Khatab tidak bermaksud sungguh-sungguh ketika mengucapkan itu. Padahal sebahagian sahabat yang hadir menangis dalam kejadian ini sehingga air matanya membasahi tanah dan dikatakan sebagai tragedi Hari Khamis.

 

Aku berkesimpulan untuk menolak setiap alasan yang diajukan untuk menjustifikasikan kejadian itu, dan berusaha juga untuk mengingkarinya secara total agar hati ini dapat tenteram. Tetapi sayangnya semua buku-buku sahih telah meriwayatkannya dan membuktikan kebenarannya.”

 

Inilah dia, al-Tijani, menjolok tangannya untuk memuntahkan segala isi perutnya yang mencemarkan helaian-helaian bukunya. Dia tidak sedar bahawa dengan mengeluarkan kata-katanya itu, dia telah melepaskan ikatan Islam dari dirinya! Bagaimana dia berani mendakwa bahawa Rasulullah s.a.w. merasakan tidak ada faedah menulis surat itu dan itu kehendak hikmatnya dengan alasan para sahabat tidak pernah menghormati dan melaksanakan perintah Rasulullah s.a.w. sekiranya mengandaikan secara rambang bahawa ini adalah kebenarannya, bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w. berhenti daripada menulis apa yang telah diperintahkan atasnya sedangkan baginda adalah Rasul bagi pihak Allah s.w.t. Dan baginda tidak ada pilihan melainkan menyampaikan perintah Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t.:

 

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ

 

Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang kafir. (al-Maidah: 67)

 

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى

 

Dan dia (Rasulullah s.a.w.) tidak memperkatakan sesuatu menurut kemahuan hawa nafsunya. Segala yang diperkatakan itu hanyalah wahyu yang diturunkan kepadanya. (al-Najm: 3-4)

 

Tidak dapat tidak baginda wajib mentablighkan sama ada dengan cara penulisan atau ucapan seperti mana baginda memerintahkan supaya orang-orang musyrikin diusir daripada Jazirah Arab.

 

Dakwaan al-Tijani ini sendiri merupakan serangan terhadap Rasulullah s.a.w. kerana bagaimana mungkin baginda berhenti daripada mentablighkan semata-mata adanya kecaman terhadapnya. Sesiapa sahaja yang membaca al-Qur`an mengetahui betapa jahilnya al-Tijani akan hakikat kerasulan kerana semua para rasul menghadapi pelbagai jenis penyeksaan, jasad dan jiwa daripada kaum mereka. Penyeksaan seperti ini tidak pernah mengecualikan mereka daripada menyampaikan risalah Allah. Rasulullah s.a.w. sendiri telah menghadapi ancaman dan penyeksaan yang dilakukan oleh musyrikin Mekah untuk menghalang baginda daripada menyampaikan risalah Allah s.w.t. Mereka telah menzalimi, menyeksa dan memulaukan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat di Syi’b Mekah. Bukan setakat itu sahaja, mereka telah melontarkan pelbagai gelaran ejekan seperti ahli sihir, gila tetapi tekanan-tekanan tidak menyekat Rasulullah s.a.w. daripada terus menyampaikan agama Allah sehingga sempurna tanpa kurang sedikitpun. Baginda berjihad di jalan Allah bersama-sama sahabatnya sehingga Allah s.w.t. memberikan kekuasaan memerintah bumi kepada baginda dan menjadikan agama-Nya mengatasi agama-agama lain. Lantaran itulah baginda berhak menjadi sebaik-baik rasul.

 

Tetapi tiba-tiba muncul al-Tijani dengan dakwaan bahawa Rasulullah s.w.t. berhenti daripada menyampaikan risalah perintah Allah kerana menjaga umat daripada kesesatan! Mengapa? Apakah semata-mata kerana para sahabat tidak menghormati baginda, tidak mentaati perintahnya atau mencelanya maka baginda menarik diri daripada menyampaikan apa yang telah diperintahkan kepadanya? Tidak sekal-kali!! Rasulullah s.a.w. sekali-kali tidak melakukan demikian. Baginda wajib menyampaikan risalah dan menyatakan kebenaran walaupun semua penduduk bumi ini memeranginya. Dan pada prinsipnya, hendaklah pembawa kebenaran itu menewaskan pembawa kebatilan dan membezakan antara teman-temannya daripada musuh-musuhnya. Sesiapa yang mengikuti perintah Allah s.w.t. dan Rasul-Nya pasti akan selamat sebaliknya sesiapa yang menyalahinya akan binasa. Oleh kerana itu, Allah s.w.t. mengutuskan para rasul sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran kepada manusia. Dari sinilah kita mengetahui bahawa apa yang mahu ditulis oleh Rasulullah s.a.w. itu bukan wahyu tetapi penulisan secara pilihan kepada sesiapa yang mempunyai hati dan menggunakan pendengarannya dalam keadaan dia menyaksikannya. Tetapi al-Tijani menuduh sahabat tidak menghormati Rasulullah s.a.w. dan tidak melaksanakan perintahnya malah menuduh baginda!! Nampaknya perbicaraan al-Tijani dengan percuma tanpa wang ringgit kerana tidak ada keaiban jika dia memenuhkannya dengan kekarutan dan pembohongan. Sekali dia mengatakan bahawa Ibn Abbas menangis sehingga mengalirkan air mata. Sekali dia menulis sahabat menangis mengeluarkan air mata dan dalam masa yang sama merancang untuk menghalang Rasulullah s.a.w. daripada menulis surat itu dan kebanyakan mereka itu mengikut pendapat ‘Umar. Banyak lagi tuduhan-tuduhan yang dilontarkan oleh al-Tijani!!

 

Kemudian al-Tijani mempertahankan kemerapuannya dengan mengatakan: “Aku lebih condong kepada pendapat Syiah di dalam menafsirkan kejadian ini, kerana tafsirannya itu rasional dan mempunyai bukti yang kuat. Aku masih teringat jawapan Sayyid Muhammad Baqir Sadr ketika aku tanya bagaimana Sayyidina Umar dari segenap sahabat dapat mengerti maksud Nabi yang ingin menjadikan Ali sebagai khalifahnya seperti kalian duga. Bukankah ini adalah bukti kepandaiannya?

 

Sayyid Sadr menjawab: “Bukan Umar sendiri yang tahu maksud Rasul. Semua yang hadir juga tahu kerana sebelum itu pun Rasul juga pernah berkata kepada mereka,"Aku tinggalkan kepada kalian dua pusaka berat (thaqalain): Kitab Allah dan ‘Itrahku Ahlul Baytku. Jika kalian berpegang teguh pada keduanya maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya". Di waktu sakitnya baginda berkata kepada mereka,"Biar aku tuliskan kepada kalian suatu pesanan di mana kalian tidak akan tersesat selama-lamanya". Semua yang hadir termasuk Umar tahu maksud Nabi yang ingin menegaskan secara tertulis apa yang diucapkannya di Ghadir Khum sebelum itu. Yakni  berpegang teguh pada Kitab Allah dan Itrah Ahlul Baytnya. Dan penghulu Itrah adalah Ali. Jadi seakan-akan Nabi ingin berkata,"Berpeganglah kalian kepada Al-Qur'an dan Ali. Ucapan-ucapan seperti ini pernah dikatakanya juga di berbagai tempat yang lain  seperti yang diungkapkan  oleh berbagai ahli hadith.

 

Majoriti Quraisy tidak suka dengan Ali kerana beliau adalah yang paling muda, yang pernah menghancurkan pembesar-pembesar mereka dan membunuh pahlawan-pahlawan mereka. Tetapi mereka tidak berani menentang Nabi ke tahap yang pernah berlaku di Perdamaian Hudaibiyyah, atau penentangan keras mereka terhadap Nabi ketika baginda menyembahyangkan jenazah Abdullah bin Ubai, seorang munafik, dan di dalam berbagai kejadian yang telah dicatatkan oleh sejarah. Sikap seperti ini, seperti yang anda lihat penentangan mereka atas penulisan wasiat di saat-saat akhir hayatnya, menimbulkan keberanian kepada yang lain untuk menentang dan bertengkar di hadapan baginda.”

 

Sebenarnya penulis tidak mengerti apakah mereka itu bergembira dengan mimpi dan angan-angan mereka atau bersedih dengan kelemahan aqal mereka. Al-Tijani mendakwa bahawa tafsiran Syi’ah Rafidhah lebih logik dan mempunyai beberapa bukti. Penulis bertanya apakah bukti-bukti tersebut? Adakah itu analisis Baqir al-Sadr terhadap sikap sahabat? Sesiapa sahaja yang mendengar perbicaraan al-Baqir ini akan menyangka bahawa beliau mengetahui ilmu ghaib atau diberikan wahyu!! Sesungguhnya penulis amat hairan dan terus hairan dengan kata al-Baqir: “Bukan Umar sahaja yang tahu maksud Rasul. Semua yang hadir juga tahu.”

 

Nampaknya al-Baqir telah membedah dada sahabat dan kerana itu dia mengetahui apa yang ada di dalamnya!!? Kemudian dia berkata lagi: “kerana sebelum itu pun Rasul juga pernah berkata kepada mereka,"Aku tinggalkan kepada kalian dua pusaka berat (thaqalain): Kitab Allah dan ‘Itrahku Ahlul Baytku.” Kemudian al-Baqir menyebutkan riwayat Ghadir Khum yang mengandungi ucapan “Sesiapa yang aku ini mawlanya maka Ali adalah mawlanya.

 

Jawapan penulis kepada al-Tijani yang mendapat ‘petunjuk’ dan Baqir al-Sadr, pemberi ‘petunjuk’ kepadanya.

 

Penulis mengatakan, sekiranya Rasulullah s.a.w. telah menyebutkan persoalan seumpama itu seperti yang didakwa oleh al-Tijani, mengapa beginda perlu mengulangnya sekali lagi dalam keadaan sudah ada nas yang jelas dalam hadis-hadis tersebut  dan diriwayatkan oleh Ahli Sunnah di dalam kitab-kitab sahih mereka dan kamu tidak menafikannya?? Tidakkah dua hadis ini sudah cukup menjadi hujah yang menentang Ahli Sunnah? Yang amat pelik ialah Syi’ah sering kali memukul gendang dan meniup seruling di telinga kita sama ada dalam kitab-kitab mereka atau melalui ucapan ulama mereka bahawa Ali telah dilantik berdasarkan nas-nas hadis yang terang yang tidak ada kekeliruan. Mereka berhujah dengan hadis-hadis tersebut dan hadis-hadis lain. Antara hadis yang didakwa oleh mereka ialah Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Sesungguhnya ini adalah saudaraku, penerima wasiatku dan khalifah aku bagi kamu. Oleh itu dengar dan patuhlah kepadanya.[1] Bahkan dalam al-Muraja’at, al-Musawi mendakwa bahawa terdapa 40 buah nas yang terang tentang imamah Ali dan dalam kitab Haq al-Yaqin karangan Abdullah Syabr terdapat 13 buah hadis yang terang tetang sabitnya perlantikan Ali sebagai khalifah. Oleh itu, dengan adanya hadis-hadis ini, mengapa kamu berpegang dengan dalil yang samar!! Dalam keadaan kamu yakin bahawa Rasulullah s.a.w. mahu menulis wasiat yang menyebutkan dengan jelas tentang imamah Ali?

 

Jika anda mengatakan bahawa Ahli Sunnah mengingkari atau mentakwilkan nas-nas tersebut, maka penulis mengatakan sekiranya ahli Sunnah menolak nas-nas yang terang itu menurut dakwaan kamu dan diriwayatkan di hadapan manusia yang ramai maka lebih patut dan lebih layak mereka menolak surat yang tidak diketahui yang hanya dihadiri sekumpulan kecil manusia.

 

Kemudian Baqir al-Sadr menunjukkan keganjilannya dengan mengatakan: “Jadi seakan-akan Nabi ingin berkata,"Berpeganglah kalian kepada Al-Qur'an dan Ali.”



[1] Kepalsuan riwayat ini akan dibincangkan dalam bab akan datang.

<<  1  2  3  >>
 
 


1519 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan    Social Share


TERKINI DARI al-ahkam.net 1434

~::~


IKLAN

                                                    Hubungi Ust. Zakaria: 0139748156

~::~
Hakcipta 2007-2011, www.DarulKautsar.net

Bahan-bahan dalam laman web ini boleh disalin dan diedarkan dengan syarat bukan untuk tujuan komersial. Sebarang bahan yang disalin/diedarkan hendaklah dinyatakan sumbernya - www.darulkautsar.net

RSS Created By : darulkautsar.net / ejoeSolutions.com / AhliMasjid.com Pelawat Atas Talian: 1