DK Mobile    RSS    
KHIDMAT KAMI
Penerbitan
Kemuka Kemusykilan
Jawapan Kemusykilan
Waktu Solat
Quran Flash
Bacaan Al-Quran
Terjemahan Al-Quran
Tafsir Al-Quran (Indon)
Tafsir Al-Quran (Eng)
Al-Quran Digital (download)
al-Quran Explorer
Terjemahan Hadis
Previu Buku
Buku Elektronik
Belajar Bahasa Arab
P.P.A.Darul Kautsar
Jadual Kuliah Hadis
Islam Secara Ringkas
Islam dan Sains
Penapis Laman Lucah

~::~
MAQAALAAT 'ASRI
Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah
ARKIB

~::~
TERKINI

~::~
NAVIGASI
Laman Utama
Terbaru
Popular
Pilihan
Tentang Kami
Hubungi Kami
Pautan
Site Map

:~:
Memesan Buku Syiah Rafidah
GALERI

Himpunan Galeri www.DarulKautsar.net


:~:
RAYAU-RAYAU
10 outrageous (but true) facts about vaccines the CDC and the vaccine industry don't want you to know
Exclusive: US bankrolled anti-Morsi activists
Not even good enough for dog food: Imported food from China loaded with chemicals, dyes, pesticides and fake ingredients
Camp Nama: British personnel reveal horrors of secret US base in Baghdad
Secret Government Documents Reveal Vaccines To Be A Total Hoax
Shock Findings In New GMO Study: Rats Fed Lifetime Of GM Corn Grow Horrifying Tumors, 70% Of Females Die Early
78 Percent Increase In Childhood Autism Rates Over Past Decade Coincides With Sharp Uptick In Vaccination Schedules
The CIA and the Drones
Seasonal Flu Vaccine Fairy Tale Rapidly Collapsing As The Truth Comes Out
The Truth About Soy Foods

:~:
NEWSLETTER

~::~
HADIS PILIHAN
Tetap Mendapat Pahala Dalam Nafkah Keluarga
Nasihat Ringkas Padat Kepada Yang Mahu Mengambil Ingatan
Kelebihan Berwudu` Adakah Khusus Kepada Ummat Ini
ARKIB

~::~
TENTANG BID'AH


:~:
BAHAYA SYIAH
.


:~:
PESAN RINGKAS

~::~
  Sejauh Mana Bid`ahnya Membuat Bubur Asyura   Hukum Bertawassul Dalam Islam   Debat Melayu Sunni vs Syiah - Bab Imamah    Rakaman Maulana Asri Yusoff di IKIM - Bahaya Syiah    Risalah Syiah Edisi 2013, Sisipan Risalah Syiah 2013, Risalah Syiah (Versi B.Inggeris) Edisi 2013 - Sila Download, Cetak Atau Edar    TERBARU - VIDEO-VIDEO SYIAH      Perpaduan Salaf & Khalaf - Video & Sinopsis    Benarkah Hajjaj Seorang Yang Sangat Jahat      Doa Setelah Solat Jenazah: Dari Manakah Asal Usulnya     Isu-Isu   ISTIMEWABahaya Syiah & Info-Info Berkenaan Syiah      Terbaru Di Youtube - Bukhari KL, Misykat, Sahih Bukhari Kitab Waktu-Waktu Solat, Sahih Muslim Kitab Zikir, Abu Daud Kitab Thalaq   Web Pilihan: OnIslam                                                                                        |                                                                                        
PuasaPuasayoutube PuasaPuasa
Carian artikel di darulkautsar.net :
Ikut Kategori
  > Home > Pemurnian Syariat > Bid'ah > Konsep Umum > Sikap Terhadap Ahli Bid`ah
Sikap Terhadap Ahli Bid`ah

SIKAP TERHADAP AHLI BID'AH

 

 

1.  Pertanyaan: Kami memohon penjelasan Syaikh tentang sikap para Salaf terhadap pelaku bid'ah, semoga Allah s.w.t membalas kebaikan anda!

 

Jawab: Kaum Salaf tidak membid'ahkan siapa sahaja, dan mereka tidak mudah menggunakan kalimat bid'ah untuk menghukumi seseorang yang melakukan suatu penyimpangan. Mereka pada umumnya menyebut bid'ah terhadap orang yang melakukan suatu amalan yang tidak ada dalilnya dengan tujuan untuk bertaqarrub kepada Allah s.w.t., berupa ibadah yang tidak pernah disyari'atkan Rasulullah s.a.w. Kaum Salaf ini mengambil sabda Nabi s.a.w, "Barang siapa melakukan suatu amalan (dalam agama) yang tidak ada perintahnya dari kami maka amalan tersebut tertolak." (HR. Muslim No. 1718,18)

 

Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, "Barangsiapa yang mengada-adakan hal baru dalam urusan kami ini (agama) padahal bukan sebahagian darinya maka ia tertolak."   (HR. Al-Bukhari No.2697 dan Muslim No.1718)

 

Jadi bid'ah adalah mengada-adakan suatu yang baru di dalam agama yang tidak ada dalilnya dari Kitabullah dan dari Sunnah Rasulullah s.a.w. Inilah yang dimaksudkan sebagai bid'ah, maka jika ada seseorang melakukan suatu perbuatan bid'ah dalam agama dan enggan untuk kembali bertaubat, maka manhaj salaf adalah bahawa dia dihajr (dipulaukan) dan dijauhi serta tidak bergaul atau duduk-duduk dengannya.

Inilah manhaj mereka, namun sebagaimana saya sebutkan yakni setelah orang tersebut terbukti benar-benar melakukan bid'ah, dan setelah dia diberi nasihat dan tidak mahu meninggalkan perbuatan bid'ah tersebut. Ketika itu dia boleh dipulaukan dengan tujuan agar bahayanya tidak berjangkit kepada orang lain yang bergaul dengannya dan orang yang ada hubungan dengannya. Dan juga dengan tujuan agar manusia berhati-hati dari orang tersebut dan dari perbuatan bid’ah.

 

Adapun sikap melampau di dalam melemparkan tuduhan bid'ah kepada setiap orang yang dipandang berbeza pendapat dengan kita ialah dengan mengucapkan, "Ini mubtadi’ (si fulan ahli bid'ah)". Padahal dia tidak pernah membuat perkara baru dalam agama Islam ini, kecuali hanya sekadar berbeza pendapat. Orang tersebut tidak boleh disebut sebagai ahli bid’ah.

 

Manakala sesiapa yang melakukan perkara haram atau maksiat, maka dia disebut orang yang bermaksiat ('ashi), dan tidak setiap orang yang bermaksiat adalah mubtadi', tidak setiap orang yang bersalah adalah mubtadi'. Kerana mubtadi' adalah orang yang mengadakan perkara baru dalam agama yang bukan merupakan sebahagian darinya. Adapun berlebihan di dalam menyebut ahli bid'ah dan menggunakannya secara melulu kepada seseorang yang berbeza pendapat dengan orang tertentu, maka itu tidaklah benar. Kerana boleh jadi orang yang berbeza pendapatnya itu berada di pihak yang benar. Demikianlah manhaj salaf.

(Dzahiratu at-Tabdi' wat Tafsiq wat Takfir wa Dlawabithuha, hal 51, Syaikh Ibn Fauzan)

 

 

2. Pertanyaan: Bagaimanakah sikap kita terhadap ahli bid'ah seperti Syiah Rafidhah? Apakah kita perlu mengajak mereka kepada sunnah, dan bagaimana kita bermuamalah dengan mereka kerana ada seorang Syiah Rafidah yang berkerja bersama saya?

 

Jawab: Berdakwah ke jalan Allah s.w.t adalah hal yang diperintahkan, siapa tahu itu akan bermanfaat bagi mereka lalu dia bertaubat. Dan yang paling minima kita telah menyampaikan hujjah atas mereka. Dakwah ke jalan Allah s.w.t. adalah diperintahkan baik terhadap mereka (Syiah rafidhah) atau kepada orang-orang lain juga . Adapun dalam hal pekerjaan, jika anda tidak menjadi orang bawahannya (yang mesti ditaati) dan dia bukannya orang yang menguasai anda, tetapi hanya sekadar terlibat dalam urusan pentadbiran kerja yang benar atau dia teman sejawat dan bekerja seperti anda, maka tidak diragukan lagi bahawa bekerja dengan teman yang sesama ahlussunnah atau ahlul khair adalah lebih baik. Sedangkan jika anda bekerja, atau dalam kumpulan atau pejabat , namun dia tidak mempunyai kekuasaan atas anda maka itu tidak ada masalah. Dengan suatu syarat anda harus berpegang teguh dengan sunnah dan menjaga shalat di samping itu berusaha menjauhinya, tidak bergaul akrab dan dekat-dekat dengannya, dan anggap sahaja bahwa dia itu tidak ada.

(Dzahiratu at Tabdi' wat Tafsiq wat Takfir wa Dlawabithuha hal 41, Syaikh Ibn Fauzan)

 

 

3.  Pertanyaan: Bagaimanakah seseorang yang multazim bergaul dengan teman yang berbuat bid’ah? Apakah harus memulaukannya?

 

Jawab:Bid'ah itu terbahagi menjadi dua bahagian, bid'ah yang menyebabkan kafir dan bid'ah yang tidak menyebabkan kafir. Dan terhadap dua macam bid'ah ini wajib bagi kita untuk menyeru mereka yang telah menisbatkan diri terhadap agama Islam, namun masih melakukan bid'ah, baik yang mukaffirah atau yang tidak menyebabkan kafir agar kembali kepada kebenaran. Iaitu dengan cara menjelaskan yang haq tanpa berdebat dengan mereka dan apa yang mereka perbuat, kecuali setelah kita ketahui bahawa mereka bersikap sombong terhadap kebenaran, kerana Allah s.w.t telah berfirman kepada Nabi s.a.w. , "Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan."                                                                                                                                            (QS.Al-An'am:108)

 

Maka pertama-tama kita ajak mereka kepada kebenaran, dengan menjelaskan mana yang benar itu, disertai penjelasan dalil. Kebenaran pasti akan diterima oleh siapa sahaja yang masih memiliki fithrah yang selamat. Jika didapati penentangan dan sikap sombong, maka kita jelaskan kebatilan mereka, kerana menjelaskan kebatilan mereka merupakan sesuatu yang wajib.

 

Adapun untuk memulaukan mereka, maka harus dilihat tingkatan bid'ah yang dia lakukan. Jika bid'ahnya adalah bid'ah yang menyebabkan kafir, maka wajib memulaukan dan menjauhinya. Jika kebid'ahan itu tidak menyebabkan kafir, maka kami tawaqquf (tidak memberi ulasan) apakah mesti dipulaukan atau tidak. Jika dengan memulaukannya mendatangkan maslahat (kebaikan) , maka kita lakukan dan jika tidak, maka kita tidak melakukannya. Hal ini disebabkan bahawa pada dasarnya seorang mukmin itu haram untuk dipulaukan berdasarkan sabda Nabi s.a.w, "Tidak halal bagi seorang mukmin untuk menjauhi (memulaulkan) saudaranya melebihi tiga hari." (HR. Al-Bukhari No.6077, 6237 dan Muslim No.2560)

 

Adalah tidak dibolehkan untuk memulaukan seorang Islam walaupun dia fasiq sekiranya di dalam pemulauan itu tidak terdapat maslahat. Tetapi jika dengan pemulauan terdapat maslahat, maka boleh kita memulaukannya kerana boleh jadi hal itu akan menjadi ubat atau terapi baginya. Sedangkan jika dengan memulaukannya tidak membawa maslahat atau sebaliknya menambah kemaksiatan dan pembangkangan, maka merupakan maslahat juga meninggalkan sesuatu yang tidak ada maslahatnya.

 

Apabila seseorang bertanya untuk menyanggah ini, "Bahawa Nabi s.a.w. telah memulaukan Ka'ab bin Malik r.a. dan dua orang sahabatnya yang tidak menyertai perang Tabuk?"

 

Maka jawabannya adalah bahawa itu merupakan suatu perintah dari Nabi s.a.w., dan beliau memerintahkan para sahabat untuk memulaukan mereka kerana dengan memulaukan mereka terdapat faedah yang sangat besar. Di mana hal itu menambah kuatnya keimanan mereka daripada sebelumnya. Sehingga tatkala datang surat kepada Ka'ab bin Malik dari Raja Ghassan yang menyebutkan, "Kami mendengar bahawa teman anda (Rasulullah s.a.w) telah memulaukan anda, sedangkan anda tidaklah berada di negeri yang hina dan rendah, maka bergabunglah dengan kami, kami akan memuliakan anda."

 

Lalu Ka'ab r.a. berdiri, meskipun dengan dada yang terhimpit dan dalam tekanan yang dahsyat, mengambil surat itu lalu dibawanya ke tungku dapur lalu dibakarnya. Maka para sahabat telah mendapatkan maslahat yang sangat besar di dalam pemulauan Ka'ab bin Malik r.a. ini. Dan hasilnya adalah sesuatu yang tidak dapat ditandingi, yakni Allah s.w.t. menurunkan untuk mereka ayat Al-Qur'an yang terus dibaca hingga hari Kiamat. Allah s.w.t berfirman, mafhumnya,

 

"Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan orang-orang Anshar, yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka. Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) kepada mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya sahaja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allahlah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (QS. At-Taubah: 117-118).

(Majmu' Fatawa wa Rasail Fadhilatus Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin No. 347)

 

(Disaring dari : www.alsofwah.or.id)

 

 

 


 
 
1327 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan    Social Share


TERKINI DARI al-ahkam.net 1434

~::~


IKLAN

                                                    Hubungi Ust. Zakaria: 0139748156

~::~
Hakcipta 2007-2011, www.DarulKautsar.net

Bahan-bahan dalam laman web ini boleh disalin dan diedarkan dengan syarat bukan untuk tujuan komersial. Sebarang bahan yang disalin/diedarkan hendaklah dinyatakan sumbernya - www.darulkautsar.net

RSS Created By : darulkautsar.net / ejoeSolutions.com / AhliMasjid.com Pelawat Atas Talian: 1