DK Mobile    RSS    
KHIDMAT KAMI
Penerbitan
Kemuka Kemusykilan
Jawapan Kemusykilan
Waktu Solat
Quran Flash
Bacaan Al-Quran
Terjemahan Al-Quran
Tafsir Al-Quran (Indon)
Tafsir Al-Quran (Eng)
Al-Quran Digital (download)
al-Quran Explorer
Terjemahan Hadis
Previu Buku
Buku Elektronik
Belajar Bahasa Arab
P.P.A.Darul Kautsar
Jadual Kuliah Hadis
Islam Secara Ringkas
Islam dan Sains
Penapis Laman Lucah

~::~
MAQAALAAT 'ASRI
Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah
ARKIB

~::~
TERKINI

~::~
NAVIGASI
Laman Utama
Terbaru
Popular
Pilihan
Tentang Kami
Hubungi Kami
Pautan
Site Map

:~:
Memesan Buku Syiah Rafidah
GALERI

Himpunan Galeri www.DarulKautsar.net


:~:
RAYAU-RAYAU
10 outrageous (but true) facts about vaccines the CDC and the vaccine industry don't want you to know
Exclusive: US bankrolled anti-Morsi activists
Not even good enough for dog food: Imported food from China loaded with chemicals, dyes, pesticides and fake ingredients
Camp Nama: British personnel reveal horrors of secret US base in Baghdad
Secret Government Documents Reveal Vaccines To Be A Total Hoax
Shock Findings In New GMO Study: Rats Fed Lifetime Of GM Corn Grow Horrifying Tumors, 70% Of Females Die Early
78 Percent Increase In Childhood Autism Rates Over Past Decade Coincides With Sharp Uptick In Vaccination Schedules
The CIA and the Drones
Seasonal Flu Vaccine Fairy Tale Rapidly Collapsing As The Truth Comes Out
The Truth About Soy Foods

:~:
NEWSLETTER

~::~
HADIS PILIHAN
Tetap Mendapat Pahala Dalam Nafkah Keluarga
Nasihat Ringkas Padat Kepada Yang Mahu Mengambil Ingatan
Kelebihan Berwudu` Adakah Khusus Kepada Ummat Ini
ARKIB

~::~
TENTANG BID'AH


:~:
BAHAYA SYIAH
.


:~:
PESAN RINGKAS

~::~
  Sejauh Mana Bid`ahnya Membuat Bubur Asyura   Hukum Bertawassul Dalam Islam   Debat Melayu Sunni vs Syiah - Bab Imamah    Rakaman Maulana Asri Yusoff di IKIM - Bahaya Syiah    Risalah Syiah Edisi 2013, Sisipan Risalah Syiah 2013, Risalah Syiah (Versi B.Inggeris) Edisi 2013 - Sila Download, Cetak Atau Edar    TERBARU - VIDEO-VIDEO SYIAH      Perpaduan Salaf & Khalaf - Video & Sinopsis    Benarkah Hajjaj Seorang Yang Sangat Jahat      Doa Setelah Solat Jenazah: Dari Manakah Asal Usulnya     Isu-Isu   ISTIMEWABahaya Syiah & Info-Info Berkenaan Syiah      Terbaru Di Youtube - Bukhari KL, Misykat, Sahih Bukhari Kitab Waktu-Waktu Solat, Sahih Muslim Kitab Zikir, Abu Daud Kitab Thalaq   Web Pilihan: OnIslam                                                                                        |                                                                                        
PuasaPuasayoutube PuasaPuasa
Carian artikel di darulkautsar.net :
Ikut Kategori
  > Home > Pemurnian Aqidah > Isu semasa > Amalan & Kepercayaan > Penyelewengan Aqidah - Isu, Masalah Dan Cara Penyelesaiannya
Penyelewengan Aqidah - Isu, Masalah Dan Cara Penyelesaiannya

1. MUQADDIMAH

 

2. AJARAN-AJARAN SESAT YANG DIKENALPASTI

2.1 AJARAN SYIAH

2.2 AJARAN QADIANI

2.3 AJARAN BAHA'I

2.4 AJARAN ANTI HADIS

2.5 AJARAN AL ARQAM

2.6 AJARAN-AJARAN TAREKAT DAN TASAUF YANG SESAT

 

3. AJARAN-AJARAN SESAT YANG SAMAR DAN DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT ISLAM TANPA DISEDARI

 

4. MASALAH-MASALAH AJARAN SESAT

4.1 SEBAB-SEBAB BERLAKU

4.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENYELEWENGAN AQIDAH BERLAKU SECARA BERTERUSAN

 

5. CARA PENYELESAIANNYA

 

6. PENUTUP

 

 

1. MUQADDIMAH

 

Beragama dan beraqidah adalah satu naluri semulajadi manusia sama ada secara betul atau salah. Sebenarnya tiada manusia yang tidak beraqidah walaupun pada zahirnya dia mengingkari Tuhan.

 

Agama atau aqidah adalah sesuatu yang aneh di dalam dunia ini dan sukar untuk dimengerti. Kerananya manusia sanggup bermusuhan, berperang dan mati. Walaupun sesuatu aqidah itu buruk dan hina pada pandangan sesuatu golongan tertentu tetapi bagi orang-orang yang menganutinya, itulah yang paling indah dan mulia di dalam hidupnya.

 

Mungkin kita kehairanan apabila melihat kalangan orang-orang Hindu merenjiskan air kencing lembu di sudut-sudut rumahnya kerana mengharapkan keberkatan daripadanya. Lebih hairan lagi, mereka sanggup menyucuk diri mereka dengan besi-besi tajam kononnya untuk menghapuskan dosa mereka.

 

Kita kehairanan juga melihat orang-orang yang memutuskan hubungan langsung dengan dunia - tiada erti wanita dan harta dalam kehidupannya. Bagi mereka, untuk mendampingi Tuhan, semestinya manusia memutuskan hubungan dengan segala sesuatu yang dianggap mata benda dunia. Demikianlah dapat dilihat pada orang-orang Kristian dan Buddha.

 

Paling malang ialah manusia yang mendakwa tidak beragama tetapi kerana tuntutan nalurinya pada ketika-ketika tertentu mereka bertafakur di hadapan kubur orang-orang yang dianggap oleh mereka sebagai manusia agung dan telah berjasa kepada mereka. Orang-orang yang yang secara tidak disedari oleh mereka telah dianggap sebagai jelmaan "roh-roh ghaib' atau kuasa ketuhanan.

Pada ketika-ketika yang lain pula mereka mengelilingi patung-patung tertentu sebagai menghargai dan menghormati sumbangannya terhadap mereka. Kemudian setelah lama berbuat begitu mereka tumbangkannya kerana orang yang dipuja oleh mereka selama ini rupanya adalah syaitan berupa manusia yang menjahanamkan hidup mereka melalui sistem hidup ciptaannya.

 

Hanya agama yang betul dapat mengimbangkan kehidupan manusia kerana ia merupakan himpunan peraturan daripada Tuhan di setiap peringkat kehidupan manusia dan di semua bidang yang dilalui mereka semasa berada di dunia.

 

Menurut Al-Quran, sebab-sebab kepada penyelewengan aqidah itu dan terbabasnya manusia dari landasan agama yang sebenar ada tiga :

 

(i) Kelemahan diri atau tiadanya aqidah yang sebenar pada manusia itu

(ii) Godaan syaitan

(iii) Tipu daya manusia dan dunia

 

Penyelewengan aqidah bukan hanya telah berlaku dikalangan Ahli Kitab tetapi juga telah berlaku di kalangan umat Muhammad s.a.w dan akan terus berlaku selagi adanya ketiga-tiga faktor yang disebutkan tadi. Apa yang berbeza ialah ajaran-ajaran nabi-nabi selain Nabi Muhammad s.a.w telah berubah sebegitu rupa  sehingga tidak dapat diketahui lagi manakah ajaran asal yang pernah diajar oleh nabi-nabi mereka dan mana pula yang palsu.

 

Untuk mengetahui sebahagian daripada penyelewengan aqidah dan ajaran sesat yang didakwa sebagai ajaran Islam yang sebenar, sama ada secara sengaja diadakan atau tidak sengaja, di sini akan kita kemukakan kelahirannya, sebab-sebab kemunculan dan cara-cara mengatasinya supaya agama Islam yang suci ini tetap dengan kesucian dan ketulenannya dan dengan itu terbuktilah apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t berkenaan dengan agamaNya yang bermaksud :

 

"Mereka mahu memadamkan cahaya Allah (agama Allah) sedangkan Allah mahu menyempurnakan cahayaNya walaupun tidak disenangi oleh orang-orang kafir."

(Surah Saf : ayat 8)

 

 

2. AJARAN-AJARAN SESAT YANG DIKENALPASTI

 

Di antara ajaran sesat yang telah dikenalpasti dan diakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai sesat dan diketahui sedang beroperasi di dunia Islam amnya dan di tanah air kita khususnya ialah seperti berikut :

 

2.1 Syiah

2.2 Qadiani

2.3 Baha'i

2.4 Anti-Hadis

2.5 Al-Arqam

2.6 Ajaran-ajaran tarekat dan tasauf yang sesat dan lain-lain lagi

 

Di sini kita akan bincangkan dengan serba ringkas kesesatan dan penyelewengan aqidah yang berlaku pada golongan-golongan yang tersebut di atas.

 

2.1 AJARAN SYIAH

 

Sengaja penulis mendahulukan Syiah dari yang lain-lain kerana segala kesesatan yang terdapat pada golongan sesat yang lain terdapat di dalamnya.

 

Padanya terdapat ajaran anti-hadis, padanya juga terdapat fahaman yang menganggap sahabat adalah kafir seperti golongan Khawarij. Terdapat juga di dalamnya kepercayaan terhadap imam dan ikutan mereka secara 'ghuluw' seperti yang terdapat dalam ajaran-ajaran tarekat dan tasauf yang sesat.

 

2.1.1 Dapat dikemukakan secara ringkas aqidah mereka yang jelas bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam yang suci antara lain :

 

(i) Aqidah Tahrif Al-Quran

(ii) Aqidah Al Imamah

(iii) Aqidah Raj'ah

(iv) Aqidah Takfir As Sahabah

(v) Aqidah Al Bada'

(vi) Aqidah Tabarra atau Tabarri

 

2.1.2 Dari segi amalan pula, antara lain yang bercanggah dengan ajaran Islam ialah :

 

(i) Mut'ah

(ii) Pemujaan terhadap kubur-kubur

(iii) Penerimaan " Khumus " dari pengikut-pengikutnya dan lain-lain lagi.

 

Semua ajaran-ajaran yang salah di zaman lampau mempunyai pertalian dengannya atau berpunca daripadanya seperti Khawarij dan Mu'tazilah. Selain dari mempunyai buku rujukan yang terlalu banyak tersebar di kalangan mereka, Syiah juga mempunyai jumlah pengikut yang besar selain dari Ahli Sunnah di dunia hari ini dan sekarang mereka mempunyai sebuah negara yang merdeka.

 

Di antara rujukan-rujukan utama mereka ialah Al Kafi, Al Istibshar, Tahzibu Al Ankam, Man La Yahdhuruhu Al Faqih, Al Ihtijaj dan lain-lain lagi.

 

2.2 AJARAN QADIANI

 

Ajaran Qadiani muncul di akhir kurun ke 19 Masihi di India selepas mantapnya penjajahan Inggeris di sana. Sebenarnya ajaran Qadiani adalah ajaran yang disokong dan dibantu oleh penjajah Inggeris untuk memecahbelahkan umat Islam dan memadamkan api jihad yang bersemarak di kalangan umat Islam untuk menentang penjajah.

 

2.2.1 Di antara kesesatan dan penyelewengan aqidah golongan Qadiani ini ialah :

 

(i) Pengasasnya Mirza Ghulam Ahmad mendapat wahyu daripada Allah s.w.t.

(ii) Dia adalah Isa Al Masih yang dijanjikan.

(iii) Beliau lebih utama daripada sebilangan besar nabi dan tidak mustahil dia paling afdal daripada sekalian nabi.

(iv) Tidak ada perbezaan di antara sahabat-sahabat Nabi s.a.w dengan pengikut-pengikut Mirza Ghulam Ahmad selain daripada para sahabat itu adalah orang-orang pilihan generasi awal atau kebangkitan pertama dan murid-murid Mirza Ghulam Ahmad adalah orang-orang pilihan di zaman generasi kemudian atau kebangkitan kedua.

(v) Mereka menolak aqidah "Khatmin An Nubuwwah" iaitu Nabi Muhammad s.a.w penyudah sekalian nabi.

(vi) Mengerjakan haji ke Qadyan

(vii) Orang yang menziarahi Kubah Putih Nabi Isa (Mirza Ghulam Ahmad) yang dijanjikan menyamai orang yang mendapat keberkatan apabila menziarahi Kubah Hijau di Madinah.

(viii) Mirza Ghulam Ahmad mendakwa Maryam telah berzina dengan Yusuf An Najjar sehingga melahirkan Nabi Isa a.s. Anggapan bahawa Nabi Isa a.s. tidak mempunyai bapa itu adalah salah menurut beliau.

(ix) Tanah suci bagi mereka ada tiga iaitu :

(1) Mekah

(2) Madinah

(3) Qadyan

(x) Menta'wilkan ayat-ayat Al-Quran sesuai dengan ajaran yang diada-adakan oleh mereka.

 

 

 

2.3 AJARAN BAHA'I

 

Ajaran Baha'i lahir pada tahun 1844 M berpunca daripada ajaran Baabiyyah yang diasaskan oleh Mirza Ali Muhammad dan ajaran Bahaiyyah pula diasaskan oleh Mirza Husain Ali yang digelar dengan 'Al Baha' .

Sebenarnya kedua-dua ajaran ini mempunyai hubungan yang rapat dengan perancangan Yahudi antarabangsa untuk memusnahkan imej aqidah Islam yang dibawa oleh Rasulullah Sa.w.

 

2.3.1 Di antara ajaran Bahaiyyah yang menyeleweng ialah :

 

(i) Allah s.w.t tidak mempunyai sifat, nama dan juga af'al. Mana-mana nama sifat dan af'al yang disandarkan kepada Allah s.w.t tidak lebih dari simbol-simbol untuk orang-orang pilihan dari kalangan manusia sama ada di zaman dahulu atau di zaman kemudian. Mereka merupakan fenomena perintah Allah s.w.t , tempat turunnya wahyu, menurut fahaman mereka.

 

Yang terakhir dan paling sempurna di antara mereka ialah Mirza Husain Ali Al Maazandaraani yang telah menggelarkan dirinya "Bahaullah".

 

(ii) Bahaullah dianggap sebagai fenomena dari Allah s.w.t yang paling sempurna dan telah dijanjikan. Kedatangannya merupakan saat teragung dan kebangkitannya merupakan qiamat. Kerasulannya merupakan bangkit dan penentangan terhadapnya merupakan neraka.

 

(iii) Bahaiyyah dipercayai sebagai agama yang paling tinggi dan mulia dari antara agama-agama lain kerana pernyataan 'wujud Allah' pada Al Baha' adalah dalam bentuk yang paling tinggi dan agung berbanding dengan pernyataannya pada nabi-nabi yang lalu.

 

(iv) Mereka tidak mempercayai Al-Quran sebagai mukjizat.

 

(v) Hujah mereka tentang mukjizat Bahaullah ini ialah semenjak awal lagi ia menghadapi berbagai-bagai ujian dan bencana yang besar. Walaupun dia bukan seorang ahli ilmu dan tidak pernah mendapat pelajaran di pusat-pusat ilmu namun begitu dia telah memenuhkan alam ini dengan 'lauh-lauh' sucinya sama ada dalam bahasa Farsi atau dalam bahasa Arab.

 

2.3.2 Di antara amalannya yang menyeleweng daripada Islam ialah :

 

(i) Sembahyang difardukan ke atas setiap orang yang baligh sebanyak 9 rakaat sahaja setiap hari pada 3 waktu iaitu :

 

(a) Pagi

(b) Gelincir matahari

(c) Petang

Dengan mengadap ke arah bandar 'Akka

 

(ii) Sembahyang dimaafkan kepada orang yang dalam perjalanan atau lemah, sama ada sakit atau tua sebagaimana dimaafkan juga kepada orang mengandung atau menyusu.

 

(iii) Tidak ada sembahyang jemaah pada mereka kecuali pada sembahyang mayat.

 

(iv) Puasa di sisi mereka adalah wajib selama sebulan mengikut kiraan mereka iaitu sebanyak 19 hari. Dimaafkan dari berpuasa orang-orang yang telah disebutkan tadi.

 

(v) Haji di sisi mereka ialah pergi ke rumah di mana dilahirkan pengasas mereka iaitu Mirza Ali Muhammad di Syiraz atau ke rumah yang menjadi persinggahan Husain Ali al Maazandaraani yang digelarkan dengan "bahaullah" di Iraq.

 

(vi) Tidak ada waktu tertentu untuk menunaikan haji

 

(vii) Perkahwinan dibolehkan hanya dengan seorang perempuan sahaja dan tidak ada perceraian di kalangan mereka.

 

(viii) Pusaka menurut ajaran Baha'i adalah sama banyak di antara anak lelaki dan anak perempuan begitu juga sekalian hak-hak yang lain.

 

(ix) Umur baligh disisi mereka bagi lelaki dan perempuan ialah 15 tahun.

- (Dr Muhammad Yusuf An Nagraami - Al-Harakat Al Munahidhah Li Al Islam ms 50-53)

 

<<  1  2  3  >>
 
 


12822 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan    Social Share


TERKINI DARI al-ahkam.net 1434

~::~


IKLAN

                                                    Hubungi Ust. Zakaria: 0139748156

~::~
Hakcipta 2007-2011, www.DarulKautsar.net

Bahan-bahan dalam laman web ini boleh disalin dan diedarkan dengan syarat bukan untuk tujuan komersial. Sebarang bahan yang disalin/diedarkan hendaklah dinyatakan sumbernya - www.darulkautsar.net

RSS Created By : darulkautsar.net / ejoeSolutions.com / AhliMasjid.com Pelawat Atas Talian: 1