DK Mobile    RSS    
KHIDMAT KAMI
Penerbitan
Kemuka Kemusykilan
Jawapan Kemusykilan
Waktu Solat
Quran Flash
Bacaan Al-Quran
Terjemahan Al-Quran
Tafsir Al-Quran (Indon)
Tafsir Al-Quran (Eng)
Al-Quran Digital (download)
al-Quran Explorer
Terjemahan Hadis
Previu Buku
Buku Elektronik
Belajar Bahasa Arab
P.P.A.Darul Kautsar
Jadual Kuliah Hadis
Islam Secara Ringkas
Islam dan Sains
Penapis Laman Lucah

~::~
MAQAALAAT 'ASRI
Hadits-Hadits Yang Selalu Digunakan Oleh Syi`ah Untuk Menghujah Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah
ARKIB

~::~
TERKINI

~::~
NAVIGASI
Laman Utama
Terbaru
Popular
Pilihan
Tentang Kami
Hubungi Kami
Pautan
Site Map

:~:
Memesan Buku Syiah Rafidah
GALERI

Himpunan Galeri www.DarulKautsar.net


:~:
RAYAU-RAYAU
10 outrageous (but true) facts about vaccines the CDC and the vaccine industry don't want you to know
Exclusive: US bankrolled anti-Morsi activists
Not even good enough for dog food: Imported food from China loaded with chemicals, dyes, pesticides and fake ingredients
Camp Nama: British personnel reveal horrors of secret US base in Baghdad
Secret Government Documents Reveal Vaccines To Be A Total Hoax
Shock Findings In New GMO Study: Rats Fed Lifetime Of GM Corn Grow Horrifying Tumors, 70% Of Females Die Early
78 Percent Increase In Childhood Autism Rates Over Past Decade Coincides With Sharp Uptick In Vaccination Schedules
The CIA and the Drones
Seasonal Flu Vaccine Fairy Tale Rapidly Collapsing As The Truth Comes Out
The Truth About Soy Foods

:~:
NEWSLETTER

~::~
HADIS PILIHAN
Tetap Mendapat Pahala Dalam Nafkah Keluarga
Nasihat Ringkas Padat Kepada Yang Mahu Mengambil Ingatan
Kelebihan Berwudu` Adakah Khusus Kepada Ummat Ini
ARKIB

~::~
TENTANG BID'AH


:~:
BAHAYA SYIAH
.


:~:
PESAN RINGKAS

~::~
  Sejauh Mana Bid`ahnya Membuat Bubur Asyura   Hukum Bertawassul Dalam Islam   Debat Melayu Sunni vs Syiah - Bab Imamah    Rakaman Maulana Asri Yusoff di IKIM - Bahaya Syiah    Risalah Syiah Edisi 2013, Sisipan Risalah Syiah 2013, Risalah Syiah (Versi B.Inggeris) Edisi 2013 - Sila Download, Cetak Atau Edar    TERBARU - VIDEO-VIDEO SYIAH      Perpaduan Salaf & Khalaf - Video & Sinopsis    Benarkah Hajjaj Seorang Yang Sangat Jahat      Doa Setelah Solat Jenazah: Dari Manakah Asal Usulnya     Isu-Isu   ISTIMEWABahaya Syiah & Info-Info Berkenaan Syiah      Terbaru Di Youtube - Bukhari KL, Misykat, Sahih Bukhari Kitab Waktu-Waktu Solat, Sahih Muslim Kitab Zikir, Abu Daud Kitab Thalaq   Web Pilihan: OnIslam                                                                                        |                                                                                        
PuasaPuasayoutube PuasaPuasa
Carian artikel di darulkautsar.net :
Ikut Kategori
  > Home > Pemurnian Sejarah > Zaman Sahabat > Benarkah Kisah Umar Pernah Dimarahi Isterinya
Benarkah Kisah Umar Pernah Dimarahi Isterinya

Benarkah Kisah Umar Pernah Dimarahi Isterinya

 

 

Soalan:

 

Saya pernah mendengar satu kisah tentang ‘Umar bin al-Khattab RA juga dimarahi oleh isterinya. Suatu hari seorang lelaki ingin mengadu kepada Sayyidina ‘Umar tentang akhlak buruk isterinya yang sering meninggikan suara memarahinya.  Lalu lelaki tadi pergi ke rumah sayyidina ‘Umar RA untuk mengadu, sampai sahaja di hadapan pintu, beliau mendengar ‘Umar yang juga seorang khalifah ketika itu sedang dimarahi oleh isterinya.  Lalu lelaki itu berkata: "Jika demikian yang berlaku kepada 'Umar yang merupakan Amirul mukminin, maka apa yang berlaku antara aku dan isteriku adalah perkara biasa." Saya ingan kepastian dari ustaz adakah cerita ini benar, sebahagian para isteri menjadikan kisah ini sebagai bukti seorang isteri boleh meninggikan suara terhadap suaminya. Sekian, terima kasih.

 

Jawapan:

 

Cerita ini disebut oleh beberapa ulama di dalam kitab mereka, antaranya:

 

1.    Al-Syeikh Sulaiman bin Muhammad al-Bujairamiy (الشيخ سليمان بن محمد البجيرمي) seorang faqih dalam mazhab al-Syafie di dalam kitab Hasyiah al-Bujairamiy 3/441-442.

2.    Abu al-Laith al-Samarqandiy, seorang faqih mazhab Hanafi di dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin, halaman: 517.

3.    Ibn Hajar al-Haitami di dalam al-Zawajir 2/80.

 

Ketika menyebut cerita ini, ketiga-tiga mereka tidak mendatangkan sebarang Sanad bahkan mereka menyebutnya dalam bentuk sighah tamridh, iaitulah satu cerita yang dinukilkan dalam bentuk ‘ada orang kata’. Bentuk cerita yang seumpama ini menunjukkan kelemahan dan tidak benarnya cerita tersebut. Apatah lagi kelemahan dan tidak benarnya cerita ini dikuatkan dengan alasan-alasan berikut:

 

Bersalahan dengan cerita yang lebih masyhur tentang kehebatan sayyidina ‘Umar bin al-Khattab RA, sehingga Ibn ‘Abbas RA pernah berkata:

 

مَكَثْتُ سَنَةً أُرِيْدُ أَنْ أَسْأَلَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ عَنْ آيَةٍ فَمَا أَسْتَطِيْعُ أَنْ أَسْأَلَهُ هَيْبَةً لَهُ

 

Mafhumnya: “Daku pernah menetap selama setahun untuk bertanyakan kepada ‘Umar bin al-Khattab tentang satu ayat (dari al-Quran), namun daku tidak mampu bertanyakan beliau tentang ayat tersebut disebabkan aku berasa haibah (rasa takut disebabkan hormat) terhadap beliau.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

 

Kata ‘Amr bin Maimun:

 

شَهِدْتُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَوْمَ طُعِنَ فَمَا مَنَعَنِي أَنْ أَكُونَ فِي الصَّفِّ الْأَوَّلِ إِلَّا هَيْبَتُهُ، وَكَانَ رَجُلًا مَهِيبًا

 

Mafhumnya: “Daku bersama dengan ‘Umar RA pada hari beliau ditikam, tidaklah  menghalang kami dari berada pada saf yang pertama melainkan disebabkan haibahku terhadapnya. Beliau adalah seorang yang digeruni kerana dihormati oleh orang ramai.” (Hilyah al-Auliya’: 4/151)

 

Disebabkan kehebatan ‘Umar bin al-Khattab RA ini, Sa’ad bin Abi Waqqas RA berkata:

 

اسْتَأْذَنَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَعِنْدَهُ نِسْوَةٌ مِنْ قُرَيْشٍ يُكَلِّمْنَهُ وَيَسْتَكْثِرْنَهُ ، عَالِيَةً أَصْوَاتُهُنَّ ، فَلَمَّا اسْتَأْذَنَ عُمَرُ قُمْنَ فَبَادَرْنَ الْحِجَابَ ، فَدَخَلَ عُمَرُ وَرَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَضْحَكُ ، فَقَالَ : أَضْحَكَ اللَّهُ سِنَّكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ! فَقَالَ النَّبِيُّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - : ( عَجِبْتُ مِنْ هَؤُلَاءِ اللَّاتِي كُنَّ عِنْدِي ، فَلَمَّا سَمِعْنَ صَوْتَكَ ابْتَدَرْنَ الْحِجَابَ ) قَالَ عُمَرُ ؟ يَا عَدُوَّاتِ أَنْفُسِهِنَّ ! أَتَهَبْنَنِي وَلَا تَهَبْنَ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - ؟ فَقُلْنَ : نَعَمْ ؟ أَنْتَ أَفَظُّ وَأَغْلَظُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - : ( إِيهٍ يَا ابْنَ الْخَطَّابِ ! وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا لَقِيَكَ الشَّيْطَانُ سَالِكًا فَجًّا قَطُّ إِلَّا سَلَكَ فَجًّا غَيْرَ فَجِّكَ

 

Mafhumnya: “Umar bin al-Khattab RA pernah meminta izin berjumpa dengan Rasulullah SAW, ketika itu bersama dengan baginda beberapa wanita Quraisy sedang berbicara dan suara mereka meneggelamkan suara baginda SAW. Apabila ‘Umar meminta izin untuk masuk, kesemua para wanita tersebut mengubah keadaan dan kedudukan mereka. Setelah ‘Umar masuk dan melihat keadaan baginda tersenyum, beliau berkata: “Apa yang menyebabkan tuan tersenyum, wahai Rasulullah?” Maka Nabi SAW bersabda: “Aku hairan dengan para wanita yang bersama dengan ku tadi, apabila mereka mendengar suaramu, mereka segera mengubah keadaan dan kedudukan mereka (kerana takut dan haibah terhadapmu).” Kata ‘Umar kepada para wanita tersebut: “Apakah kamu semua berasa haibah t erhadapku tetapi tidak kepada Rasulullah SAW?” jawab para wanita tersebut: “Ya, kerana kamu lebih dahsyat dan lebih keras  berbanding baginda. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Jangan pedulikan mereka wahai Ibn al-Khattab, demi jiwaku yang berada dalam genggamanNya, satu syaitan tidak bertemu dengan engkau yang sedang melalui suatu lembah melainkan dia akan melalui lembah yang lain.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

 

KESIMPULAN:

 

Riwayat-riwayat yang lebih Sahih di atas bertentangan dengan riwayat kononnya 'Umar RA pernah dimarahi isterinya. Selain itu kisah tersebut juga tidak berasal dari kitab-kitab hadis yang dijadikan rujukan,  kisah tersebut hanya diriwayatkan dalam bentuk periwayatan yang lemah. Justeru kisah ini tidak boleh dijadikan bukti bolehnya seorang isteri meninggikan suara terhadap suaminya.

 

Perlu dijelaskan juga di sini bahawa. Seorang isteri yang meninggikan suara terhadap suaminya termasuk dalam buruk adab dalam pergaulan. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:

 

نقول لهذه الزوجة إن رفع صوتها على زوجها من سوء الأدب ؛ وذلك لأن الزوج هو القوام عليها وهو الراعي لها فينبغي أن تحترمه وأن تخاطبه بالأدب ؛ لأن ذلك أحرى أن يؤدم بينهما وأن تبقى الألفة بينهما.

كما أن الزوج أيضاً يعاشرها كذلك ، فالعشرة متبادلة ، قال الله تبارك وتعالى: ( وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئاً وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْراً كَثِيراً ) .

فنصيحتي لهذه الزوجة أن تتقي الله عز وجل في نفسها وزوجها ، وأن لا ترفع صوتها عليه لا سيما إذا كان هو يخاطبها بهدوء وخفض الصوت

 

Maksudnya: “Kami katakan kepada wanita yang meninggikan suara terhadap suaminya bahawa perbuatan tersebut termasuk dalam adab yang buruk. Hal ini kerana suami adalah pemimpin untuknya, maka sepatutnya seorang isteri menghormati suaminya dan berbicara dengan suami dengan beradab. Dengan ini ia lebih dapat mendatangkan kesatuan dan kelunakan hubungan antara mereka berdua. Sama halnya seorang suami juga mesti melakukan perkara yang sama, mesti diwujudkan hubungan yang sama, Allah Taala berfirman: “Dan berhubunglah dengan mereka (para isteri) dengan cara yang makruf, jika kamu (para suami) tidak menyukai mereka, barangkali kamu tidak sukakan sesuatu, sedangkan Allah jadikan pada perkara tersebut kebaikan yang banyak.” Oleh yang demikian nasihat saya kepada wanita yang meninggikan suara terhadap suaminya agar dia bertakwa kepada Allah Azza wa Jalla terhadap dirinya dan suaminya, dan jangan dia meninggikan suara terhadap suami, terutamanya ketika berbicara dengan suami hendaklah dengan cara yang lembut dan merendahkan suara.” (Fatawa Nur ‘ala al-Darb: 2/19)

 

 

Wallahu a’lam.

 

 

 


Sumber: http://bin-sahak.blogspot.com/2012/12/benarkah-kisah-umar-pernah-dimarahi.html


 
 
1352 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan    Social Share


TERKINI DARI al-ahkam.net 1434

~::~


IKLAN

                                                    Hubungi Ust. Zakaria: 0139748156

~::~
Hakcipta 2007-2011, www.DarulKautsar.net

Bahan-bahan dalam laman web ini boleh disalin dan diedarkan dengan syarat bukan untuk tujuan komersial. Sebarang bahan yang disalin/diedarkan hendaklah dinyatakan sumbernya - www.darulkautsar.net

RSS Created By : darulkautsar.net / ejoeSolutions.com / AhliMasjid.com Pelawat Atas Talian: 1