RSS    
KHIDMAT KAMI
Penerbitan
Kemuka Kemusykilan
Jawapan Kemusykilan
Waktu Solat
Quran Flash
Bacaan Al-Quran
Terjemahan Al-Quran
Tafsir Al-Quran (Indon)
Tafsir Al-Quran (Eng)
Al-Quran Digital (download)
al-Quran Explorer
Terjemahan Hadis
Previu Buku
Buku Elektronik
Belajar Bahasa Arab
P.P.A.Darul Kautsar
Jadual Kuliah Hadis
Islam Secara Ringkas
Islam dan Sains
Penapis Laman Lucah

~::~
TERKINI

~::~
NAVIGASI
Laman Utama
Terbaru
Popular
Pilihan
Tentang Kami
Hubungi Kami
Pautan
Site Map

:~:
Memesan Buku Syiah Rafidah
GALERI

Himpunan Galeri www.DarulKautsar.net


:~:
RAYAU-RAYAU
78 Percent Increase In Childhood Autism Rates Over Past Decade Coincides With Sharp Uptick In Vaccination Schedules
The CIA and the Drones
Seasonal Flu Vaccine Fairy Tale Rapidly Collapsing As The Truth Comes Out
The Truth About Soy Foods
Muslim Women Who Wear The Hijab And Niqab Explain Their Choice
Amin Djamaluddin: Ajaran ESQ Ary Ginanjar tentang Asma Allah Jelas Menyimpang
IN PICTURES: Pakistan drowns in misery
Women: Before Getting Pregnant, Check Out Your Man's Diet
Jerangkap Kad Kredit @ Nafsu Hutang
Sayyid Maududi -The Mujaddid (Reformer) of His Century

:~:
NEWSLETTER
Dapatkan berita dan artikel terbaru daripada DarulKautsar.com
 Batal Pendaftaran

~::~
HADIS PILIHAN
Bermanfaat Untuk Orang Lain
Menjadi Kaya Dan Bertaqwa Tanpa Menonjol Diri
Modal Utama Manusia Di Dunia
ARKIB

~::~
TENTANG BID'AH


:~:
BAHAYA SYIAH
.


:~:
PESAN RINGKAS

ShoutMix chat widget

~::~
  Andai Rasulullah S.A.W. Bersama Kita    Perpaduan Salaf & Khalaf - Video & Sinopsis    Benarkah Hajjaj Seorang Yang Sangat Jahat    Isu-Isu    JUALAN DVD KULIAH MAULANA ASRI KINI DILANCARKAN. SILA AKSES PORTAL JUALAN DI SINI   Kini Dibuka! Pusat Penyelidikan & Sumber Darulkautsar   ISTIMEWABahaya Syiah & Info-Info Berkenaan Syiah      Terbaru Di YoutubeSahih Bukhari Kitab Solat   Web Pilihan: OnIslam                                                                                        |                                                                                        
PuasaPuasayoutube Puasa
Carian artikel di darulkautsar.net :
Ikut Kategori
  > Home > Pemurnian Syariat > Masyarakat & Amalan Semasa > Hakikat Dan Ma’na Cinta Kepada Rasulullah S.A.W.: Tercapaikah Dengan Sambutan Maulidur Rasul
Hakikat Dan Ma’na Cinta Kepada Rasulullah S.A.W.: Tercapaikah Dengan Sambutan Maulidur Rasul

Hakikat Dan Ma’na Cinta Kepada Rasulullah S.A.W.: Tercapaikah Dengan Sambutan Maulidur Rasul?

 

Muhammad Hanief Awang Yahaya

www.darulkautsar.net

 


Setiap orang yang beriman dituntut untuk menyintai Rasulullah s.a.w., sunnahnya, ajarannya dan perjuangannya. Keimanan kepada Allah s.w.t. tidak akan sempurna melainkan dengan menyintai Rasulullah s.a.w. Keimanan kepada Rasulullah s.a.w. disebut secara beriringan dengan keimanan kepada Allah s.w.t. dalam banyak ayat al-Qur`an dan sunnah baginda. Persoalannya apakah cinta Rasul itu, bagaimanakah jalan untuk menyintai dan cinta yang mana diakui sebagai benar.

 

Hakikat menyintai Rasulullah s.a.w. ialah mengikuti dengan patuh Sunnah baginda, mempertahankannya, mengutamakannya dalam setiap keadaan dan gerun untuk menyalahi sunnahnya. Kesemua di atas akan tercapai apabila seseorang itu mempelajari sunnah Rasulullah s.a.w. dan mempraktikkannya dalam kehidupan.

 

Seseorang yang mengakui cinta kepada Rasulullah s.a.w. akan zahir padanya beberapa tanda dan alamat kecintaannya kepada baginda. Pertama, mengikuti sunnah, beramal dengannya, menuruti ucapan dan perbuatannya, menjunjung perintahnya, menjauhi larangannya dalam keadaan senang atau susah, berat atau ringan, cergas atau malas.

 

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

 

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ali ‘Imran: 31)

 

Kedua, mengutamakan sunnah Rasulullah s.a.w. daripada menuruti akal fikiran dan hawa nafsu. Tidak ada kebaikan dalam menyalahi Rasulullah s.a.w. walaupun akal mengatakan baik.

 

Ketiga, menyebarkan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam masyarakat, sama ada melalui pengajaran, pendidikan, penerbitan serta membersihkan sunnah baginda daripada hadis-hadis palsu.

 

Keempat, selalu menyebut Rasulullah s.a.w. dengan berselawat kerana cinta kepada seseorang akan membuat pencinta itu sering menyebut-nyebut namanya. Begitu juga sentiasa berdoa selepas azan supaya baginda dikurniakan maqam yang tertinggi di akhirat.

 

Kelima, menyintai mereka yang dikasihi oleh Rasulullah s.a.w. iaitu isteri-isteri baginda, anak cucu baginda dan para sahabat, memusuhi mereka yang dimusuhi baginda, membenci mereka yag dibenci oleh baginda kerana cinta kepada seseorang merangkumi apa yang dicintai olehnya.

 

Keenam, cinta kepada Rasulullah s.a.w. yang paling utama ialah menyintai al-Qur`an yang diturunkan kepada Rasulullah dan pada diri bagindalah al-Qur`an terzahir dalam bentuk praktikal. Hal inilah yang telah diriwayatkan daripada ‘Aishah bahawa akhlak baginda itu ialah al-Qur`an. Kata Sahl bin Abdullah: “Alamat cinta kepada Allah ialah cintakan al-Qur`an, alamat cinta kepada al-Qur`an ialah cinta kepada Rasulullah s.a.w., alamat cinta kepada Rasulullah s.a.w. ialah cinta kepada sunnah dan alamat cinta kepada sunnah ialah cinta kepada akhirat, alamat cinta kepada akhirat ialah bencikan dunia dan alamat benci dunia ialah tidak menyimpan harta dunia melainkan sebagai bekalan dan alat penyampai kepada akhirat.” (Qadhi ‘Iyadh, al-Syifa`, hal. 571)

 

Ketujuh, cinta kepada Rasulullah dapat dilihat dengan kasihnya seseorang kepada sunnah dan bencinya kepada bid’ah. Dia tidak akan senang diri apabila berhadapan dengan bid’ah dan berusaha untuk memeranginya. Bid’ah merupakan ancaman yang terbesar kepada sunnah kerana ia akan menghilang wajah asal sunnah dan mengubah keaslian agama kerana agama itu hanya diketahui melalui sunnah. Apabila berleluasa bid`ah dalam masyarakat maka sunnah akan lenyap dan natijahnya agama tidak akan dikenali dalam bentuknya yang asal sebagai yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.

 

Melihat kepada konteks masyarakat Malaysia hari ini khususnya, perayaan Maulidur Rasul setiap kali bulan Rabi’u Awwal dianggap sebagai manifestasi kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. Acara dan aktiviti utama yang diadakan ialah membaca selawat dengan cara berarak di sepanjang jalan dan dengan berdiri dalam masjid dan rumah, mengadakan jamuan kesyukuran sempena keputraan baginda, berselawat dengan suara yang kuat setiap lepas Juma’at sepanjang bulan Rabi’u Awwal, membaca zanji burdah serta sirah Rasul yang bercampuk aduk sahih dan mawdu’ serta pelbagai acara lagi yang sentiasa ada yang baru saban tahun.

 

Sekiranya cara ini diredai oleh Rasulullah s.a.w. pasti baginda akan mengajarkan umat.

 

Di dalam al-Mustadrak, Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadis:

 

عن بن مسعود أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ليس من عمل يقرب إلى الجنة إلا قد أمرتكم به ولا عمل يقرب إلى النار إلا قد نهيتكم عنه

 

Daripada Ibn Mas`ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda tidak satu amalan yang mendekatkan kepada syurga melainkan aku telah menyuruh kamu melakukannya dan tidak ada amalan yang mendekatkan kepada neraka melainkan aku telah melarang kamu dari melakukannya. (Al-Mustadrak, no: 2136)

 

Walaupun para sahabat dan para tabi’in serta para ulama soleh yang mengikuti mereka mempunyai kecintaan yang tinggi dan kasih kepada baginda, namun mereka tidak pernah menganggap sebagai elok mengadakan pelbagai acara untuk menyambut kelahiran baginda termasuklah jamuan kesyukuran ataupun berpuasa secara khusus pada hari tersebut. Ini kerana sambutan sebegini merupakan sesuatu yang tidak dituntut oleh sunnah Rasulullah s.a.w. Masyarakat yang keliru akan menurut sahaja apa yang telah diputuskan oleh pihak yang mereka percayai. Sepatutnya dalam perkara seperti ini mereka perlu merujuk kepada al-Qur`an dan al-Sunnah serta apakah yang telah dipraktikkan oleh para sahabat.

 


 
 
430 Reads    Cetak    Hantar Kepada Kawan


TERKINI DARI al-ahkam.net - Lebih Sederhana.. Lebih Terbuka

~::~


IKLAN

                                                    Hubungi Ust. Zakaria: 0139748156

~::~
Hakcipta 2007-2011, www.DarulKautsar.net

Bahan-bahan dalam laman web ini boleh disalin dan diedarkan dengan syarat bukan untuk tujuan komersial. Sebarang bahan yang disalin/diedarkan hendaklah dinyatakan sumbernya - www.darulkautsar.net

RSS Created By : darulkautsar.net / ejoeSolutions.com / AhliMasjid.com Pelawat Atas Talian: 49