> Home > Umum > Ilmu > Pusat Penyelidikan & Sumber Darulkautsar
Pusat Penyelidikan & Sumber Darulkautsar
PUSAT PENYELIDIKAN & SUMBER DARULKAUTSAR
Dalam rangka untuk memartabat dan menyebarluaskan ilmu hadis serta pemurnian aqidah, syariat dan sejarah Islam, Darulkautsar telah berjaya menubuhkan sebuah pusat komuniti yang membolehkannya berinteraksi dan memainkan peranan aktif dalam masyarakat. Alhamdulillah, Pusat Penyelidikan & Sumber Darulkautsar (PPSDK) telah mula beroperasi sejak April 2011 di Wakaf Che Yeh, di pinggir Bandaraya Islam Kota Bharu, Kelantan, yang terkenal dengan keunikan pasar borongnya.
Kelengkapan dan kemudahan asas seperti bahan bacaan termasuk majalah terkini, kemudahan internet dan multimedia serta minuman panas percuma disediakan. InsyaAllah, kami akan menambahbaik perkhidmatan dan pengisian pusat komuniti ini dari masa ke semasa.
PPSDK dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kedatangan anda amat dialu-alukan untuk bersama menimba ilmu dan juga berdiskusi hal-hal agama dengan penyelia-penyelia kami.
Alamat penuh PPSDK adalah seperti berikut:
Pusat Penyelidikan & Sumber Darulkautsar
PT 759, Blok H, Sebelah Hotel Ridel,
Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Lakaran peta lokasi PPSDK:-
Sebarang pertanyaan mengenai PPSDK boleh diajukan kepada:
Bahan-bahan dalam laman web ini boleh disalin dan diedarkan dengan syarat bukan untuk tujuan komersial. Sebarang bahan yang disalin/diedarkan hendaklah dinyatakan sumbernya - www.darulkautsar.net